Sunday, May 30, 2010

Perubahan Harga - NASI ARAB MAGLUBAH

Salam. Agak lama tidak mengupdatekan blog ini kerana kesibukkan dengan anak-anak yang di musim peperiksaan (dah jadi lumrah, anak-anak exam, mak bapak yang kelam kabut). Juga sibuk menghadirkan diri ke majlis-majlis kenduri kendara yang mula kerap ada di hujung minggu sejak akhir-akhir ini.

Harga barang-barang mentah naik dengan amat ketara sejak 2,3 bulan yang lepas maka dengan kenaikkan kos yang berganda-ganda itu kami juga terpaksa meletak harga baru bagi 2 produk kami iaitu NASI ARAB MAGLUBAH KOFTA DAGING dan NASI ARAB MAGLUBAH KOFTA KAMBING.


NASI ARAB MAGLUBAH KOFTA - bentuk loose/periuk


NASI ARAB MAGLUBAH KOFTA per set (nasi, kofta kambing/daging, hirisan limau, sayuran dan kuah khas)


NASI ARAB MAGLUBAH - bungkus (individu)
Berikut adalah harga baru :
1) Nasi Arab Maglubah Kofta Daging RM9/pax
2) Nasi Arab Maglubah Kofta Kambing RM10/pax
Untuk makluman, tempahan minima adalah 15pax. Harga tidak termasuk kos penghantaran.
Harga bagi Nasi Arab Maglubah Ayam adalah tidak berubah iaitu RM8/pax

Ingin menempah Nasi Arab Maglubah kami, sila hubungi no hp yang tertera di blog ini. Terima Kasih.

Monday, May 24, 2010

Bila Datang Kerajinan

Salam. Kadang-kadang tu bila ada masa lapang dan datang mood rajin maka penulis akan mencuba resipi-resipi baru untuk menambah ilmu dan jenis-jenis produk yang ditawarkan. Bila dah minat tu ada sajalah alasan untuk baking membaking ni. Sebenarnya self satisfaction itu amat dirasai apabila kuih atau sajian yang dihasilkan berjaya, sedap dan dihargai oleh mereka yang merasanya. Kali ini dua produk dihasilkan.

Cheese buttercream Cupcakes


Produk pertama adalah cupcake dengan deco cheese buttercream. Asyik-asyik buttercream biasa saja kali ini kita cuba yang bercheese pula. Tukang rasa pula tentulah ahli keluarga terdekat. Ulasan-sangat disukai oleh penggemar cheese.


Coklat Biskut Oreo

Produk kedua pula coklat oreo luv dan flora. Memang sedap biskut oreo yang disalut coklat ini. Penulis telah memberi beberapa sampel untuk pelanggan yang telah menempah goodies dari kami. Feedback yang diperolehi amat memberangsangkan. Kira beruntung siapa-siapa yang jadi pelanggan waktu itu kerana kami memang akan memberi sampel sekiranya ada stok. Coklat biskut oreo ini boleh diletakkan di dalam clear plastic ataupun kotak individu dan sesuai sabagai doorgift atau untuk diletakkan ke dalam goodie bags untuk majlis harijadi dan sebagainya.

Friday, May 21, 2010

Barbie Cuppies untuk puteri

Blog hari ini tentulah mengenai cupcake!! Memang trend masakini birthday party lebih ceria dengan adanya cupcakes pelbagai deco mahupun image/gambar.


Cupcake Barbie


Tempahan cupcake kali ini adalah dari Ies untuk anak tersayangnya yang akan menyambut ulangtahun ke 4 bulan ini. Anak Ies iaitu princess Imalina sukakan karektor Princess ataupun Barbie maka atas dasar kasihsayang ibunya telah meminta kami membuatkan cupcake buttercream dengan edible image beserta dengan nama dan umur puterinya. Oleh kerana edible image Barbie lebih ceria kerana penuh dengan warna warni maka itulah yang menjadi pilihan pada kali ini. Happy Birthday dan diharap princess Imalina gembira dengan cuppiesnya!!!

Wednesday, May 19, 2010

Kenduri Tahlil

Juadah kenduri tahlil!

Nasi Maglubah Kofta Kambing
Ini merupakan repeat order dari blogger Shifa (ntahapehapentah). Sebelum ini beliau pernah tempah nasi arab kami untuk makan-makan di pejabatnya. Kali ini tempahan khas Nasi Maglubah Kofta Kambing ini adalah untuk dimakan bersama-sama ahli keluarga sempena majlis tahlil di rumahnya pula. Syukran Jazilan untuk saudari Shifa di atas kesudiannya menempah nasi kami.
Bagi siapa-siapa yang ingin menempah Nasi Arab Maglubah samada ayam, kofta daging ataupun kofta kambing silalah hubungi kami. Tempahan hendaklah sekurang-kurangnya 5 hari dari tarikh penghantaran dan pembayaran 50% hendaklah dibuat apabila tempahan dipersetujui. Semua urusniaga adalah dalam bentuk tunai. Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran bagi tempahan minima 15pax ke kawasan-kawasan sekitar lembah klang dan Selangor. Caj tambahan akan dikenakan untuk penghantaran berdasarkan jarak perjalanan. Nasi Arab Maglubah boleh ditempah dalam bentuk bungkusan individu (individually packed) atau secara berasingan/periuk (loose) seperti di dalam gambar di atas.

Monday, May 17, 2010

Reunion dan Hari Guru

Sudah seminggu lebih penulis agak kurang sihat. Iyalah kita sihat untuk jangkamasa yang panjang, jadi sakit demam sekali kala pun ada hikmahnya. Alhamdullilah. Namun tugas dan tanggungjawab tetap perlu dilaksanakan. Terimakasih kepada keluarga yang sentiasa memahami dan menyokong.


Coklat Pelbagai Luv Box

Coklat ini penulis buat khas untuk cikgu-cikgu yang telah banyak berjasa sempena Hari Guru yang disambut baru-baru ini. Selalu sangat memberi jambangan bunga jadi apa salahnya hadiah untuk guru ditukar dengan pemberian coklat yang rata-rata disukai ramai. Coklat Luv Box ini juga sesuai sebagai hadiah kepada yang tersayang sempena sambutan harijadi, sambutan Hari Ibu atau Bapa dan sebagainya.


Choc Teddy in a Box
Coklat teddy ini pula dibuat untuk diberikan sabagai hadiah untuk diisi di dalam goodie bag dari penulis. Penulis telah menghadiri reunion sekolah rendah yang diadakan di sebuah kelab sukan di Kampung Bharu dan mereka yang menghadirinya telah diberikan cenderahati kiut dan sedap ini. Ada antara hadirin yang telah lebih 20 tahun tidak berjumpa. Semoga perjumpaan ini mengeratkan kembali silaturrahim antara kami. InsyaAllah.

Tuesday, May 11, 2010

Coklat Istimewa Untuk Yang Tersayang

Coklat Campuran - 35 pieces (in a box)

Kasih ibu untuk anaknya!!!

Dua tiga hari yang lepas agak sukar meng'updatekan' blog kerana speed internet yang mengalahkan kelajuan siput mahupun kura-kura. Alhamdullilah hari ini line clear maka kisah hari ini adalah tentang hadiah harijadi istimewa dari seorang ibu/mama/emak untuk anaknya. Tempahan coklat campuran ini dibuat oleh seorang pensyarah di UIA, Kak Yan. Coklat ini terdiri antaranya daripada coklat yang mengandungi badam, raisin, praline stroberi, praline kopi dan kulfi badam.Kesemua coklat ini diletakkan di dalam kotak khas yang sesuai sebagai hadiah samada untuk harijadi, pertunangan, hantaran mahupun sebagai hadiah tanda kasih untuk yang tersayang.
Bon appetite untuk Kak Yan dan anaknya.
Pemberitahuan : Setiap produk coklat kami mengandungi kekacang ataupun surihan kekacang (traces of nuts). Harap maklum. Selain daripada coklat campuran-35 pieces, kami juga menjual coklat campuran 4 pieces in a box, coklat nutty teddy, coklat pelbagai bentuk dan coklat biskut oreo! Sila hubungi hp atau emel kami untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Friday, May 7, 2010

Cupcake Pertunangan

3 Colour Cupcakes

Alhamdullilah, nampaknya tempahan untuk cupcakes agak banyak pada minggu ini. Kali ini cupcakes buttercream bunga ros dalam 3 warna ini telah ditempah oleh Cik Nana. Pada mulanya penulis ingat cupcakes deco bunga-bungaan ini untuk ibunya memandangkan beberapa hari lagi merupakan Hari Ibu tetapi rupanya cupcakes ini adalah tempahan dari rakannya yang akan bertunang dalam jangkamasa terdekat. Tahniah diucapkan untuk rakan beliau. Enjoy the cuppies!! Terimakasih untuk Nana kerana menempah cupcakes ini dari kami.

Untuk tempahan cupcakes di bawah 50 biji, sekurang-kurangnya 3 hari diperlukan sebelum tarikh cupcakes dikehendakki manakala untuk tempahan 50 biji ke atas tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 5-7 hari in advance untuk memastikan tempahan dapat disiapkan pada tarikh yang ditetapkan.

Untuk tempahan cupcakes majlis harijadi, pertunangan, hantaran perkhawinan, office function etc sila hubungi kami di nombor-nombor hp yang tertera di dalam blog ini.

Cupcakes Makan-Makan


Mixes Deco
Cupcakes kali ini ditempah oleh Mawar, seorang pegawai yang bertugas di UM. Beliau menempah cupcakes mixes (pelbagai deco) untuk makan-makan di rumahnya. Kerana Mawar tidak menetapkan tema untuk cupcakes tempahannya maka saya telah mencampuradukkan deco tema floral dengan party seperti yang dilihat dalam gambar-gambar di atas. Diharap Mawar gembira dengan hasil deco dan menikmati cupcakes ini.

Wednesday, May 5, 2010

Nasi Arab Maglubah Lagi - "Fadhal tho'am"


Nasi Maglubah Ayam


Tempahan Nasi Arab Ayam kali ini juga dari UIA, petaling Jaya. Ditempah oleh Shifa (blogger ntahapehapentah) untuk 18 orang makan-makan di pejabatnya. "Fadhal tho'am" - silakan makan!! Terimakasih untuk tempahan dan semoga dinikmati oleh semua di pejabat Shifa!

Saturday, May 1, 2010

Untuk Hubby Tersayang

Kisah hari ini sepatutnya dah lama diupdatekan ke dalam blog ini. Namun, memandangkan terlalu banyak perkara berlaku menyebabkan baru hari ini dapat disiarkan (antara sebabnya adalah penulis agak kelam kabut dan sering terlupa meng'update'kan blog mengikut turutan!)


Say it with cuppies!!!

Tempahan cupcake ini dibuat oleh Shifa (blogger "ntahapehapentah" ) dari UIA, pj, sempena birthday hubbynya yang tersayang. Lupa pulak nak bertanya untuk birthday yang ke berapa. Beliau meminta dibuatkan deco warna merah, biru, pink, putih dan hitam serta tulisan penuh erti seperti di dalam gambar di atas. Harap hubby tersayang Shifa enjoyed the cuppies!

Shifa juga menempah fruit tarts yang comel tapi mengancam tentunya untuk dinikmati bersama yang tersayang dan telah membantu penulis mempelajari sedikit sebanyak mengenai blogging kerana penulis amat tidak arif dalam hal blogging memblogging ini. Beliau telah membuat review yang memberangsangkan mengenai produk-produk yang telah ditempah termasuklah mengenai Nasi Arab Maglubah kami. Pada yang ingin tahu review beliau silalah berkunjung ke blog Shifa ya.Terima kasih banyak-banyak Shifa!