Wednesday, October 27, 2010

SWEET TREATS - PRODUK BARU

Salam. Produk terbaru manisan (sweet treats) daripada kami iaitu CHOCO LOLLIES. Amat sesuai untuk goodie bags majlis-majlis harijadi (birthdays) anak-anak anda ataupun untuk dihadiahkan kepada para tetamu.

Choco Lollies - Flower

Choco lollies kami terdiri daripada 2 model iaitu model Flower (sila lihat gambar di atas) dan model Cartoon (seperti 2 gambar di bawah). Choco lollies Flower dibuat daripada 2 jenis coklat warna.


Choco Lollies - Cartoon 1 (C1)

Choco lollies cartoon terdiri dari 2 jenis iaitu C1 - coklat susu dan coklat warna dan C2 - coklat putih dan coklat warna.

Choco Lollies - Cartoon (C2)
Choco lollies ini dibalut dengan plastik lutsinar dan diikat dengan dawai keemasan. Gambar agak kabur kerana penulis bukannya pro dan kemungkinan juga lens camera agak berminyak waktu itu. Kepada yang berminat silalah hubungi kami.


Sunday, October 24, 2010

COKLAT CINTA...LAGI!!!

Salam sihat. Kebelakangan ini ramai antara kita yang kurang sihat termasuklah penulis dan ahli keluarga penulis. Kesihatan mental dan fizikal amatlah penting. Kalau kita tak sihat, apa-apa pun tak dapat kita lakukan~fikir-fikirkanlah.

On a brighter note, love is in the air!!! Nampaknya musim kenduri-kendara kembali lagi. Baru-baru ini penulis menerima tempahan dari kenalan lama iaitu Puan Nikianis.

Coklat Cinta Ruby & E-one

Kalau tidak silap penulis, sepupu beliau bernikah hujung minggu yang lepas. Pengantin perempuan menempah coklat campuran, 35 biji untuk dibuat hantaran perkahwinan. Pengantin juga meminta disertakan mesej romantis di atas coklat tersebut. Penulis menggunakan kotak bertutup plastik lutsinar dan bahagian bawah kotak keemasan untuk coklat tempahan pasangan pengantin.

Selamat pengantin baru dan semoga Ruby & E-one bahagia ke akhir hayat. Terimakasih kepada Nik kerana menempah dari saya.

Untuk makluman, riben untuk kotak dan kotak mengikut tema/warna boleh disediakan dan bayaran dikenakan adalah berdasarkan pilihan yang dibuat. Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh produk dikehendakki.

Wednesday, October 20, 2010

Cuppies Macam Macam Ada..

Salam ceria. N3 hari ini tentulah mengenai cupcakes, dah tajuk pun cuppies macam-macam ada (cmma). Kalau nak tahu apakah cmma tu sila lihat gambar di bawah.

CMMA

Tempohari SIL penulis Dr. Hartati meminta dibuatkan cuppies untuk di bawa ke rumah rakannya sempena jamuan hari raya yang masih diadakan walaupun bulan syawal telah berlalu. Penulis rasa, majlis makan-makan dengan saudara mara dan sahabat handai patut diadakan bila-bila masa sahaja dan bukan sahaja di dalam bulan raya. Ini kerana majlis-majlis sedemikian dapat merapatkan silaturrahim, mengukuhkan talian persaudaraan dan persahabatan.

Berbalik kepada kisah cmma. Kebetulan penulis membuat pelbagai cuppies seperti, cuppies dengan edible image kartun, bebola coklat dan deco flora buttercream untuk dijual di karnival jubli emas SKPJ maka penulis buatkan juga untuk SIL penulis. Untuk makluman cmma hanya dapat dibuat pada masa-masa tertentu sahaja dan tidaklah dibuka untuk tempahan.

Semoga Kak Tati dan rakan-rakannya menyukai cuppies yang penulis buatkan. Bon appetite!!!

Monday, October 18, 2010

Alfatihah Untuk Mak dan Kisah Ekspo Coklat N Koko

Salam ukhwah kepada semua. Hari ini 18hb. Oktober 2010, genaplah umur arwah mak penulis Hajah Fatimah Haji Omar 70 tahun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mak dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman hendaknya. Al fatihah.

Booth Aida Chocs???

Penulis ingin bercerita sekejap tentang lawatan penulis ke ekspo/pameran coklat dan koko anjuran Lembaga Koko Malaysia (LKM) hari sabtu lepas. Saja penulis pergi ke pameran sedemikian untuk menambahkan ilmu serta meninjau produk-produk yang baru di pasaran. Pameran ini diadakan selama 3 hari dari 15/10(Jumaat) - 17/10(Ahad) di Midvalley, KL.

Alkisahnya, di pameran itu penulis ternampak sebuah booth yang dinamakan Aida's Choc. Terasa gembira juga walaupun booth berkenaan bukan milik penulis, siapa tahu di masa hadapan penulis juga akan berjaya menghasilkan produk sebegitu dan mempunyai booth sendiri di pameran-pameran sebegini. InsyaAllah.

Coklat Dari Russia

Penulis pernah mengunjungi pameran coklat ini pada tahun lepas atau awal tahun ini rasanya dan terdapat 1 booth dari Rusia yang hanya mempamerkan produk mereka tapi tidak menjual atau menyediakan sampel untuk pengunjung. Kali ini, booth mereka juga ada dan mereka menjual juga produk mereka iaitu coklat susu dan coklat bittersweet dari Rusia. Setelah mendapat pengesahan bahawa produk mereka tiada alkohol dan halal penulis telah membeli sedikit untuk merasai perbezaan coklat mereka dan coklat tempatan. Agak sedap juga coklat mereka namun penulis lebih gemar dengan coklat tempatan kita. Diharap pameran ini akan diadakan lagi cuma kali ini penulis berharap selain dari produk siap yang dipamer/jual, pameran sebegini juga patut menyertakan sekali :
  1. syarikat-syarikat tempatan yang menjual peralatan membuat coklat seperti mold coklat, alat memanas coklat (choc. warmer) etc
  2. pihak-pihak yang menawarkan kelas-kelas belajar membuat coklat
  3. syarikat-syarikat yang menjual produk mentah coklat atau serbuk koko
  4. syarikat-syarikat yang menjual bahan-bahan penulisan berkaitan coklat seperti buku-buku resipi coklat, buku teknik penghasilan coklat, majalah berkaitan coklat dan bahan makanan, coklat dan produk bukan makanan dan sebagainya.

Coklat Balutan Warna Warni

Disini penulis juga mengambil kesempatan mewar-warkan kepada semua bahawa kami juga ada menjual coklat balutan warna-warni yang dijual secara loose pack untuk jualan 100 biji ke atas. produk coklat kami terdiri daripada coklat inti kekacang badam, inti khulfi badam, inti kismis dan inti praline. Contoh coklat adalah seperti di dalam gambar di atas. Harap maklum bahawa semua produk coklat kami mengandungi kekacang atau kandungan surih kekacang. Sesiapa yang berminat silalah hubungi kami.





Friday, October 15, 2010

Ralat & Jualan Di Karnival Jubli Emas SKPJ

Salam hujung minggu kepada semua.

Ralat : Kami ingin memberitahu di sini bahawa gerai kami di tapak jualan Jubli Emas SKPJ tidak dapat dibuka hari ini (Sabtu, 16/10) kerana 'head chef' iaitu suami saya agak kurang sihat. Segala kesulitan adalah amat kami kesali.

Kek Kukus Coklat Tip Top

Pelbagai juadah telah kami jual semalam di karnival ini semalam iaitu hari hari jumaat (15/10) iaitu cupcakes, muffin, kek kukus coklat, choco balls dan nasi arab maglubah. Antara yang paling laris tentulah nasi arab maglubah kami yang laris bagai goreng pisang panas, diikuti dengan kek kukus coklat yang menjadi rebutan dan choco balls yang amat digemari kanak-kanak.


Chocolicious Choco Balls

Ribuan terimakasih kami ucapkan kepada yang telah menyokong dan membeli produk-produk kami. Semoga jualan kami akan mendapat sambutan yang menggalakkan juga pada masa hadapan.

Kepada yang ingin menempah produk-produk kami, silalah hubungi kami ya.

Monday, October 11, 2010

PEMBERITAHUAN : JUALAN EKSPO JUBLI EMAS SK PETALING JAYA

AHLAN WA SAHLAN

Anda semua dijemput ke GERAI EKSPO JUALAN JUBLI EMAS SK PETALING JAYA.
TARIKH : 15/10(JUMAAT) & 16/10(SABTU)
WAKTU: 8.30AM-3.OOPM
LOKASI: SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING JAYA, LORONG MASJID 3/69, PJ

NASI ARAB MAGLUBAH


Pelbagai juadah termasuk nasi arab maglubah, cupcakes, kek dan muffin serta barangan-barangan lain seperti bahan bacaan dan sebagainya akan dijual di tapak-tapak gerai di sana. Jangan lepaskan peluang ini, jom ramai-ramai meriahkan ekspo ini. Jumpa anda di sana!!!

Sunday, October 10, 2010

40TH. BIRTHDAY CUPPIES

Salam kesejahteraan semua. Minggu lepas penulis telah menerima tempahan cupcakes dari teman sekolah penulis yang kini menetap di Kuantan dan akan turun ke KL hari ini untuk meraikan sambutan harijadinya dengan teman-teman di sini.

Cuppies C+C iaitu Cupcakes + Chocolates

Puan Zuliana telah menempah 25 biji cupcakes dan meminta diletakkan edible image Barbie serta tulisan 'Happy Birthday' di atasnya. Penulis telah membuat cuppies C+C iaitu lapisan cupcake di bawah dan lapisan atas diletakkan coklat kompaun berbentuk hati serta butiran huruf juga dari coklat kompaun berwarna merah jambu untuk ungkapan Happy birthday tersebut.


Cuppies C+C Barbie

Semoga Zuliana gembira dengan cupcakes birthday khas ini. Welcome to the sweet 40's club Ana!!

Sesiapa yang ingin menempah cupcakes C+C ini sila hubungi kami.

PEMBERITAHUAN : CUPCAKE & KEK KURANG MANIS

Salam sihat. Kami di Mikaidamann ingin memaklumkan bahawa kami juga boleh menghasilkan cupcake dan kek yang kurang manis.

Cupcake Pelbagai Deco

Cupcake dan kek kami boleh dikurangkan tahap kemanisannya iaitu kandungan gula di kurangkan atas permintaan pelanggan. Permintaan produk kurang manis hanya boleh diaplikasikan kepada buttercream ataupun kek tersebut sendiri mahupun kedua-dua buttercream icing dan kek tersebut. Produk kurang manis tidak boleh diaplikasikan kepada produk-produk lain yang kami jual.

Sila maklumkan kepada kami sekiranya anda inginkan cupcake dan kek kurang manis semasa membuat pesanan. Terima kasih.

Friday, October 8, 2010

Tat Buah dan kek untuk Besday-Besday

Salam untuk semua pembaca.

Azleen, teman blogger blog 'sweet decor' telah berbesar hati menempah dari penulis tat buah dan kek harijadi untuk majlis harijadi ahli keluarganya.

Tat Buah - small but yummilicious

Saja penulis mengambil gambar tat dalam posisi begini kerana berasa bosan dengan gambar-gambar yang penulis ambil agak skema dan 'rigid' selalu. Azleen telah menempah 50 biji tat buah dari penulis. Penulis ingin berkongsi malumat iaitu sekiranya tat buah ini tidak dimakan dengan segera, ia hendaklah disimpan di dalam peti sejuk agar kelongsong tat kekal rangup dan inti kastadnya tidak rosak.


Kek CNC 4 Disney Princess

Kek kukus Choc N Cheese (CNC) ini ditempah untuk harijadi ibu, Afreena, Aina dan Tisya. Sesuai dengan edible imagenya iaitu 4 puteri. Penulis menambah deco buttercream ros besar dan kecil warna ungu dan kuning di atasnya dan sugar wafer berwarna warni di sisi kek itu agar kek kelihatan ceria.

Kek Spiderman Choc Moist
Azleen juga menempah kek coklat lembap, 1 kg, untuk sambutan harijadi ayah dan anak lelaki Azleen iaitu Ameer. Penulis meletakkan edible image orang labah-labah di atas kek dan dihiasi dengan sawang labah-labah dari buttercream juga sprinkle coklat warna warni dan coklat bulat warna warni di sisinya.
Selamat Harijadi dari kami di Mikaidamann untuk ahli keluarga Azleen yang menyambut ulang tahun pada tahun ini. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya.
Terima kasih daun keladi Azleen sebab sudi menempah dari kami. Sekiranya ingin menempah kek, tat ataupun cupcake lagi dari kami janganlah segan silu menghubungi kami ya.































Berita Sedih

Salam. Penulis agak lama tidak menziarahi blog teman-teman di sini. Baru-baru ini apabila berkesempatan, dan membaca blog-blog yang ada penulis dikejutkan oleh berita yang menyedihkan iaitu pemergian suami tersayang blogger Cikgu Akma Almari Lauk. Salam takziah kepada Cikgu Akma sekeluarga dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh suaminya dan beliau di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al fatihah.

Penulis juga mendapati pada minggu ini beberapa teman telah ditimpa musibah samada anak-anak mereka dimasukkan ke dalam hospital ataupun teman penulis sendiri yang jatuh sakit. Semoga Allah berikan kembali kesihatan pada mereka-mereka ini. Ya Allah tabahkanlah hati-hati yang diduga.

Tuesday, October 5, 2010

Kek untuk Besday Danish

Salam ceria. Alhamdullilah, minggu ini kami dapat kembali meneruskan operasi kami seperti biasa. N3 kali ini adalah tempahan terakhir minggu lepas yang sempat kami terima itupun atas permintaan dari SIL penulis kerana ingin mengadakan majlis harijadi anak bongsunya Danish.

2 Biji Kek Untuk Besday Danish Yang Ke 2 Tahun

SIL penulis, Mieza pernah menempah kek dari penulis untuk harijadi anak sulungnya dulu dan kini beliau telah menempah 2 biji kek kukus CNC (Chocolate N Cheese) pula untuk si bongsu. Sebiji kek 1 kg dan sebiji lagi adalah untuk kek 1/2 kg.


Kek Transformer Danish

Untuk kek 1 kg. SIL telah meminta dideco dengan edible image kartun Transformer. Penulis telah menyalut kek ini dengan buttercream dan dihiasi dengan colored chocolate sprinkles di tepi dan beberapa biji kereta coklat di atasnya. "Autobots..Transform and Roll Out!!!!!"

Kek Spiderman Danish
Untuk kek 1/2 kg CNC Danish, penulis deco dengan edible image spiderman. SIL telah memohon imej kartun toy story tetapi tidak ditemui oleh penulis pada waktu itu. Deco sawang labah-labah dan coklat warna-warni dihujung kaki kek diletak oleh penulis untuk menceriakan kek ini.
HAPPY 2 YEARS OLD DANISH!!! Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, Maklong tak dapat hadir ke majlis Danish yang semestinya meriah itu. Harap Danish suka kek-kek yang Maklong buat ...

Terima kasih Mieza atas tempahan ini. Apa yang terlebih dan terkurang itu harap dihalalkan ya.