Saturday, February 18, 2012

CUPPIES UKHWAH KEJIRANAN

Salam hujung minggu. Cuppies di dalam gambar blog kali ini telah ditempah oleh Puan Salwa untuk diberikan kepada jiran beliau sebagai balasan juadah. Semoga sifat memberi juadah dikalangan jiran dapat mengukuhkan lagi tali persahabatan mereka. InsyaAllah.

Thursday, February 16, 2012

CUPPIES DAN CAKE UNTUK DAUGHTER TERCINTA

Alhamdullilah dapat bersiar lagi di blog ini walaupun agak lama tidak diupdate. Tempahan ini dari UIA oleh pensyarah dan sahabat kami Puan Nazira sempena sambutan ulangtahun anaknya yang tersayang.





Terimakasih ya Nazira kerana sudi menempah dari kami. Diharap birthday girl gembira dengan kek tertera edible image beliau dan cupcake yang telah ditempah khas untuknya.

Friday, February 10, 2012

PEMBERITAHUAN : TEMPAHAN NASI ARAB MAGLUBAH

Salam Sabtu untuk semua. Kami di sini ingin meminta maaf kerana terpaksa menolak beberapa tempahan Nasi Arab Maglubah. Ini kerana ~ UNTUK TAHUN 2012 TEMPAHAN NASI ARAB MAGLUBAH HANYA DIBUKA PADA HARI MINGGU IAITU SABTU DAN AHAD SAHAJA. Tempahan juga hendaklah dibuat sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal dan jumlah minima adalah 15 pax. Segala kesulitan adalah amat kami kesali. Sekian. Terima Kasih.