Friday, April 30, 2010

Rezeki Hari Jumaat...

Alhamdullilah. Hari Jumaat yang berkat ini mendatangkan rezeki kepada kami apabila sahabat yang bertugas di UIA, Petaling Jaya, Nazira telah menempah Nasi Arab Maglubah kami untuk seramai 50 orang sebagai juadah makan tengah hari di pejabat beliau.



Nasi Maglubah Kofta Kambing

Nazira telah menempah 20 Nasi Maglubah Ayam, 20 Nasi Kofta Daging dan 10 Nasi Kofta Kambing. Terima kasih banyak-banyak di atas kesudian beliau menempah dari kami. Harap-harap semua di pejabat beliau menikmati juadah tersebut.

Floral Deco Cuppies
Sempena harijadi beliau baru-baru ini, Nazira juga telah menempah buttercream cupcakes deco floral (bunga-bunga) campuran warna pink dan purple untuk beliau dan keluarga nikmati. Hope you and your family like it dear!!!

Chocolate mixes
Nazira juga menempah chocolate mixes - 35 keping yang antaranya ada mengandungi badam, raisin, coffee praline, strawberry praline dan nutty nut di dalamnya, sempena harijadi beliau. Enjoy the chocolates!!!


Fruitty Tart- small but yummilicious
Tak ketinggalan juga fruit tart ditempah untuk jamuan di pejabat beliau. Again, thank you very much Nazira. lain kali boleh order lagi ya!

Alhamdullilah. Rezeki hari Jumaat kami.




Tuesday, April 27, 2010

Fancy Cookiesku - Cookies anyone????

Topik hari ini tentulah mengenai biskut, biskut dan......biskut. Setelah diinggeriskan dan ditokok tambah maka muncullah nama glamer biskut ini iaitu "FANCY COOKIES". Biskut perasa coklat ini memang rangup dan sedap apatah lagi bila ditambah corak berwarna warni yang dibuat dari royal icing. Biskut ini terdapat di dalam pelbagai bentuk antaranya :-


Playfull Boy

Cute Girl


Cool Ice Cream


Adorable Teddy

Terdapat juga bentuk-bentuk lain seperti Choo Choo Train, Delicious Dino dan Luv U Love. Biskut ini amat sesuai untuk diletakkan di dalam goodie bag pada majlis-majlis harijadi anak-anak. Juga sebagai hadiah untuk yang tersayang. Akan datang - biskut fancy cookies bergambar (edible image)....tungguuuuuuu!!!




Kesemua biskut ini dibungkus di dalam plastik lutsinar dan diikat dawai warna emas diatasnya.
Beginilah kelihatannya biskut yang ditempah oleh pelanggan yang inginkan campuran pelbagai bentuk-bentuk. Ingin dapatkan biskut yang cute, adorable dan yummy ini - hubungilah saya ya!








Fruit N Choco Tarts - Small but yummylicious

My small but yummylicious tarts (kecil tapi mengancam)!!!!

Choco Tart

Tart kiut dengan coklat sebagai inti dan ditabur dengan colour chocolate sprinkles ini merupakan favorite anak perempuan saya. Banyak ini saja yang sempat diambil gambar kerana selebihnya telah dibawa lari oleh beliau dan didepositkan dengan kadar segera ke dalam tummynya. Choco tart ini seringkali digemari oleh kanak-kanak dan sesuai sebagai hidangan ringan di majlis harijadi.






Fruit Tart

Fruit tart ini pula merupakan kegemaran saya. Dengan mudahnya 10 biji dapat saya makan sekali hadap kerana rasanya yang rangup, masam dan manis rata-rata amat memenuhi citarasa saya serta peminat tart yang lain. Buah pic serta stroberi/anggur/kiwi (bergantung ke atas availability) disusun di atas kastad manis yang lembut dan semua ini berada di atas kepingan seperti biskut yang rangup dan enak. Hidangan ini sesuai untuk makanan ringan (finger food) atau dessert selepas makanan utama di majlis-majlis keraian. Ia juga enak dihidang sebagai juadah minum petang bila-bila masa sahaja.

Choco tart dan fruit tart ini dijual pada saiz S dan dicadangkan untuk dimakan pada kadar segera atau disimpan dipetisejuk untuk memastikan kerangupan dan keenakkan tart ini terjamin.

Monday, April 26, 2010

Kisah Coklatku

Choc in a box

Coklat dalam gambar diatas saya buat untuk diberi kepada ahli keluarga sempena anak sulung berkhatan. Terdapat 2 wafer coated chocolate dan 2 coklat bentuk bunga, 1 berinti stroberi dan 1 lagi berinti kopi praline. Coklat dalam kotak diatas memang sesuai sabagai hadiah untuk tetamu yang menghadiri majlis ataupun sebagai 'doorgift'.




Nutty Teddy

Coklat bentuk teddybear ini pula amat digemari sebagai hadiah di dalam 'goodie bag' untuk majlis harijadi anak-anak anda. Terdapat cebisan-cebisan badam yang dipanggang enak dalam coklat kompaun ini. (Maaf, gambar agak kurang jelas kerana pantulan cahaya dan ianya diambil dengan camera phone).




Beginilah rupanya nutty teddy ini apabila siap dibungkus dengan plastik dan diikat tali dawai emas diatasnya.


Coklat Hantaran/Hari jadi
Coklat hantaran/harijadi pula terdiri daripada 35 ketul coklat campuran (mixes) - antaranya coklat badam (whole), coklat covered wafer, coklat raisin, coklat inti stroberi dan kopi serta coklat cebisan badam.

Terdapat juga beberapa jenis coklat yang tidak sempat saya masukkan ke dalam blog hari ini. InsyaAllah gambar dan kisah coklat tersebut akan saya kongsi pada masa terdekat nanti. Sekiranya anda ingin menempah coklat-coklat yang ditunjukkan ataupun ada apa-apa soalan berkaitan sila hubungi saya.
  • Untuk makluman, semua produk coklat saya mengandungi kekacang atau surihan kekacang (traces of nuts).

Sunday, April 25, 2010

Jualan di Karnival - Sold Out

Alhamdullilah sambutan yang menggalakkan telah diterima di gerai kami sempena jualan di pasaria karnival kesihatan di masjid Sultan Abdul Aziz tempoh hari.


Antara yang mendapat sambutan paling hangat dan sold out dengan cepat semestinya Nasi Arab Maglubah kami.



Tidak ketinggalan muffin pelbagai perisa juga habis dijual pada hari itu.




Kanak-kanak yang datang juga ramai yang membeli cupcake swirl with sprinkles pelbagai warna dan diletakkan di dalam bekas individual.




Di gerai kami pada hari itu juga ada dijual dadih perasa jagung dan stroberi . Manakala kek kukus coklat yang disalut coklat ganache dan sprinkles juga sold out pada hari tersebut (gambar tidak dapat diupload kerana penulis terlupa mengambilnya).

InsyaAllah kami akan mengambil bahagian lagi sekiranya terdapat lagi karnival sedemikian di masa depan.
MAASALAMAH ILALLIQOQ








Thursday, April 22, 2010

JOM KE KARNIVAL KESIHATAN!!!!!

Salam semua. Ini ada berita baik nih. Sabtu ni jom kita bawa anak-anak, suami, isteri, mak, ayah, makcik, pakcik, mak long, paklong, adik beradik,semua saudara mara, jiran tetangga, kawan pejabat, teman istimewa dan lain-lainlah berjalan-jalan sambil mendapat manafaat.

TEMPAT : MASJID JAMEK SULTAN ABDUL AZIZ, PETALING JAYA
TARIKH : 24 APRIL 2010 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI - 2.00 PETANG

Karnival kesihatan ini dianjurkan oleh Biro Hal Ehwal Muslimat dengan kerjasama Persatuan Penduduk Seksyen 3, Petaling Jaya.

Antara program yang ada adalah PEMERIKSAAN KESIHATAN, PAMERAN KESIHATAN, PASARIA KESIHATAN, CERAMAH KESIHATAN DAN PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK. Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu serta menunjukkan keprehatinan kepada kesihatan kita.

JUALAN PASARIA SEMPENA KARNIVAL AKAN DIADAKAN DI PERKARANGAN MASJID SULTAN ABDUL AZIZ.

Juga, bagi anda yang ingin merasa keenakkan Nasi Arab Maglubah, silalah ke gerai kami di karnival ini.

Tuesday, April 20, 2010

KISAH RINGKAS NASI ARAB MAGLUBAH

AHLAN WASAHLAN



Nasi Maglubah Kofta Kambing
Masakan Nasi Arab Maglubah ini merupakan masakan dari sempadan negara Jordan/Palestin dan kebiasaannya dihidangkan oleh orang-orang Badwi di padang pasir. Resipi masakan ini diturunkan oleh seorang ketua keluarga Badwi. "Maglubah" atau "Maklubah" bermaksud terbalik atau "upside down". Ini kerana nasi ini dimasak dengan lauk pauk dibahagian bawah manakala nasi yang digaul rempah ratusnya berada di atas. Setelah masak, nasi dicedok ke dalam dulang atau pinggan maka lauk pauk akan berada di bahagian atas manakala nasinya berada di bawah. Aroma dan rasa yang enak dari masakan ini adalah dari rempah ratus yang di impot serta daun-daun segar yang dicampur ke dalam masakan. Nasi ini amat enak dinikmati panas-panas bersama kuah dan sayurnya serta boleh dihidangkan bila-bila masa sahaja.


Kofta daging untuk nasi ini pula digaulkan dengan rempah ratus dan dipanggang dengan menggunakan minyak zaitun sebelum dihidangkan. Rasa keenakan kofta ini akan lebih terserlah setelah diperahkan dengan limau nipis keatasnya sebelum ia dinikmati .


Kuah bagi nasi ini amat unik kerana ia merupakan resipi rahsia keluarga turun temurun dan tidak dapat diperolehi dimana-mana jua dan sayuran segar terdiri dari timun, tomato dan lobak disediakan ala mediterranean amat berkhasiat serta enak dimakan sejuk bersama nasi arab ini.


Hidangan ini merupakan hidangan yang sihat kerana bahan-bahan segar digunakan serta tiada bahan pengawet, msg atau perisa tiruan di dalamnya.



Nasi Arab Maglubah Ayam (siap dibungkus)

Terdapat 3 hidangan Nasi Arab Maglubah iaitu Nasi Arab Maglubah Ayam, Nasi Maglubah Kofta Daging dan Nasi Maglubah Kofta Kambing. Ia sesuai untuk hidangan harian mahupun untuk dihidang semasa kenduri kendara, jamuan pejabat ataupun sambutan hari-hari istimewa anda. Di bawah disertakan senarai harga bagi hidangan ini.
  • Nasi Arab Maglubah Ayam - RM8/satu
  • Nasi Maglubah Kofta Daging - RM8/satu
  • Nasi Maglubah Kofta Kambing - RM9/satu

    Jumlah minima tempahan adalah untuk 15 orang dan kami juga menyediakan khidmat penghantaran ke pejabat atau rumah anda bagi tempahan di kawasan lembah kelang dan Selangor. Nasi ini boleh ditempah secara siap bungkus ataupun hidangan "loose". Tempahan hendaklah sekurang-kurangnya 5 hari dari tarikh penghantaran. Harga tersenarai tidak termasuk kos penghantaran.

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan sila hubungi kami : Idzmi (0173661156), Aida (0178812842) atau emel : aidagpr@gmail.com.

Sunday, April 18, 2010

Hantu Kek Cawan????











Hari tu, Sabtu malam rasanya ada siaran movie slot TV3 - Hantu Kek, patutnya hantu kek cawan aka "Cupcake Ghost" setelah diingeriskan. Terhibur jugak menontonnya. Teringat belum masukkan lagi gambar-gambar kek cawan yang saya buat. Maka godek sana, godek sini, jumpalah gambar-gambar lama yang patut saya letak di sini. Blog hari ini temanya tentulah...kek cawan aka cupcakes!!!!

Cupcake yang pernah dibuat ada antaranya tempahan untuk harijadi, pertunangan dan reunion. Terdapat gambar-gambar lain yang insyaAllah akan diuploadkan bila ada kesempatan. Sekiranya ada apa-apa pertanyaan atau untuk membuat tempahan silalah telefon, sms atau call saya di nombor yang terdapat di blog ini.






Blog Bersawang


Sudah lama blog ini tak dikemaskinikan, maka sudah tentu ia termasuk dalam kategori blog bersawang. Setelah beberapa sindiran diterima maka dengan kesedaran terkini, blog ini akan dan mesti dihidupkan kembali.



Penulis memerlukan bantuan kerana tidak berapa arif dengan dunia blog. Maka dengan bantuan teman Facebook merangkap pelanggan cupcake iaitu Sharifah/Shifa http://syanaf.blogspot.com , saya dengan perlahan-lahan mempelajari dan mula memahami selok belok blogspot ini. Sebelum itu juga, jutaan terima kasih tak terhingga kepada SIL, Kak Rahmah http://www.akak-akak.blogspot.com dan anaknya Qeeb kerana dengan bantuan dan dorongan mereka saya dapat memulakan blog dan Facebook saya ini.