Thursday, September 30, 2010

Cupakes Untuk MIL

Salam penuh kemaafan. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, penulis tidak dapat menerima tempahan dari kebanyakkan pelanggan minggu ini. N3 hari ini adalah mengenai cupcakes yang penulis buat khas untuk ibu mertua penulis (MIL) sempena 'open house' yang diadakan bersama-sama dengan adik ipar adik ipar penulis.

Cupcakes Open House Hari Raya

Penulis telah membuat pelbagai cupcakes antaranya adalah edible image hari raya, cupcake C+C iaitu cupcakes yang dideco dengan coklat kompaun di atasnya serta cupcakes buttercream bunga ros petite berwarna kuning. Untuk cupcake C+C, penulis telah menggunakan coklat berwarna berbentuk bunga dan ketupat sebagai hiasan.


Cupcakes Pelbagai yang Ceria

Sekiranya tiada aral, insyaAllah kami akan mula menerima tempahan kembali pada minggu hadapan. Segala kesulitan adalah amat kami kesali.



Monday, September 27, 2010

NASI ARAB MAGLUBAH AYAM YUM YUM

Salam sejahtera semua. Sekiranya N3 sebelum ini adalah mengenai tempahan cupcake pagi sabtu lepas, sebelah petangnya pula kami memenuhi tempahan nasi arab maglubah ayam pula.

Nasi Arab Maglubah Ayam, Kuah Khas dan Sayur Ala Meditteranean

Tempahan ini adalah dari Puan Zuriani dari Setiawangsa yang telah pernah menempah nasi ini juga pada hari Khamis lepas. Kali ini beliau menempah untuk 30 orang (pax) pula. Terimakasih kepada Puan Zuriani atas kesudiannya menempah dari kami.


Untuk makluman, kami juga sedia membuat penghantaran nasi arab maglubah ini bagi kawasan-kawasan sekitar lembah klang, shah alam, subang jaya dan petaling jaya. Caj penghantaran adalah berdasarkan jarak lokasi.

CUPCAKE IKATAN CINTA ZILADI

Salam kepada semua. Sabtu lepas, seorang pelanggan kami iaitu Adi yang pernah menempah cupcake pertunangan telah menempah cupcake hantaran pernikahannya pula.


Cupcake Cinta ZILADI

Memandangkan tema bagi hantaran pernikahan adalah berwarna hitam putih, Adi telah menempah 25 biji cupcake dengan warna-warna tersebut. Cupcake ini akan dibawa ke majlis pernikahan yang diadakan di Kuala Pilah.

Gabungan Warna Hitam, Putih, Merah dan Perak
Penulis telah membuat cupcake di deco buttercream putih dan di hiasi dengan sedikit sugar paste bunga dan hati berwarna merah serta diceriakan dengan manik manik gula berwarna perak. Deco bunga ros hitam juga diletakkan di antaranya. Adi juga meminta dituliskan ungkapan "SELAMAT PENGANTIN BARU ZILADI" iaitu gabungan nama beliau serta bakal isterinya. Kesemua cupcake penulis letakkan di dalam kotak bertingkap khas yang sesuai sebagai hantaran perkahwinan.

Close Up Deco Cupcake ZILADI
Terimakasih Adi kerana menempah dari kami. Kami di Mikaidamann mengucapkan tahniah kepada Adi serta isterinya dan kami doakan anda berdua semoga bahagia ke anak cucu!!!.





Sunday, September 26, 2010

Sweets for sweet mama Nani n cute baby joey

Salam untuk semua. Minggu lepas tempahan agak banyak maka minggu ini N3 penulis adalah mengenai tempahan-tempahan minggu lepas. Sebelum penulis taipkan N3 tempahan ingin penulis paparkan mengenai ole-ole yang penulis berikan kepada teman sekolah penulis iaitu Puan Zuriani (Nani) yang telah menempah nasi arab maglubah ayam minggu lepas sempena harijadi beliau.

Coklat untuk besday girl n baby boy

Memandangkan tujuan Nani menempah nasi kami adalah untuk sambutan harijadinya dan beliau baru juga selamat melahirkan seorang anak lelaki yang comel 5 bulan lepas, penulis menghadiah sweet mama dan cute baby dengan manisan iaitu homemade coklat yang penulis buat khas untuk mereka.

Just for you Nani and baby Joey....enjoy!!!!

Thursday, September 23, 2010

NASI ARAB MAGLUBAH HARIJADI

Salam Jumaat penuh keberkatan. Semalam kami ke Setiawangsa untuk menghantar tempahan Nasi Arab Maglubah kami kepada seorang teman lama penulis dari zaman persekolahan menengah dahulu.


Nasi Arab Maglubah Ayam

Teman lama yang penulis maksudkan adalah Puan Zuriani dari Setiawangsa. Beliau menempah 15 pax nasi arab maglubah ayam kami untuk menjamu keluarga sempena sambutan harijadi beliau. "Happy birthday Nani. Welcome to the sweet 40's club".


Set Individu Nasi Arab Maglubah Ayam

Setiap set nasi maglubah kami terdiri dari Nasi Arab, Ayam/kofta daging/kofta kambing, kuah khas serta sayuran ala mediterranen. Kami menggunakan bahan-bahan yang segar, rempah ratus yang diimport serta tiada penggunaan bahan awet atau MSG di dalam nasi-nasi kami.

Diharap Puan Zuriani sekeluarga menikmati nasi arab kami dan kami ucapkan ribuan terimakasih kerana sudi menempah dari kami.

Bagi yang berminat untuk menempah Nasi Arab Maglubah, silalah hubungi kami.

CUPCAKE RAYA..BETUL KE CUTE SANGAT????

Salam malam. Malam ini N3 penulis mempunyai soalan yang agak meng"confuse"kan penulis iaitu mengenai cupcake cute atau cantik.

Cuppies Raya

Baru-baru ini penulis ada membuat cupcakes raya yang deconya terdiri daripada edible image hariraya dan buttercream untuk dijamu kepada kawan-kawan. Antara komen-komen yang kerap penulis terima adalah "cantik sangat cupcake ni, sayang nak makan" atau "cute sangatlah untuk dimakan".


Cupcakes Raya Lagi

Penulis merasa serba salah akan apa jawapan atau alasan yang patut penulis berikan kerana:-

1. Penulis memang suka menghias(deco) cupcakes dan suka cupcakes yang comel-comel
2. Pada penulis lagi cantik cupcakes atau tinggi nilai estetik sesuatu produk itu semakin puas hati para pelanggan dan hati penulis sendiri.
3. Cupcakes-cupcakes tersebut memang dibuat untuk dimakan dengan gumbiranya dan bukan hiasan untuk majalah atau model di atas meja.

Jadi soalan yang terletak di sanubari penulis adalah..betul ke kiut sangat cupcakes raya ini sampai ramai yang tak sampai hati untuk memakannya???

Apa yang penulis boleh kata adalah, nikmatilah paras rupa cupcakes raya ini beberapa saat, bacalah Bismillah dan nikmatilah pula rasanya dengan hati yang lapang. Hari Raya Aidilfitri hanya setahun sekali, maka cupcakes raya ini kemungkinan besar akan penulis buat pada musim raya sahaja.

Jadi, "enjoy the beautifull things in life now, before its too late"!!!


Bagi mereka yang ingin menempah cupcakes kiut miut raya ni, contactlah kami ya.

Wednesday, September 22, 2010

BIRTHDAY CAKE N CUPPIES FOR A PRINCESS

Salam. Alhamdullilah, minggu ini tempahan yang kami terima agak banyak, murah rezeki kami . Terimakasih pada teman-teman yang banyak menyokong dan menempah produk dari kami.

Puan Azlina, iaitu sahabat penulis di UIA ingin menyambut harijadi anak kesayangannya Batrisyia yang ke 7. Beliau telah menempah dari kami 25 biji cupcakes serta sebiji kek harijadi.

Birthday Cuppies

Tema harijadi Batrisyia adalah "PRINCESS". Deco cupcake yang ditempah terdiri dari buttercream warna merah jambu, edible image disney princess serta tulisan dan ros kecil dari buttercream dan ditambah dengan heart shaped coloured sprinkles.


Princess Barbie Cake

Puan Azlina juga telah menempah kek 1 kg, chocolate moist yang dihiasi dengan edible image princess barbie, buttercream mearh jambu, sprinkles dan buah stroberi segar.

Hope you liked the cake and cuppies Azlina and Happy 7th. Birthday for the birthday princess, Batrisyia dari kami di Mikaidamann.

Bagi yang ingin menempah kek atau cupcake sila hubungi kami. Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh produk dikehendakki.

Monday, September 20, 2010

Cuppies + Chocolates(C+C) & Cuppies Hari Raya

Salam kepada semua pembaca blog ini. Selamat bertugas kepada semua yang kembali bertugas selepas seminggu lebih bercuti raya, selamat kembali ke sekolah bagi para pelajar dan selamat menduduki peperiksaan bagi pelajar-pelajar yang berkenaan.

Penulis kadang-kala akan mencuba produk-produk baru apabila berkesempatan untuk mempelbagaikan produk yang kami tawarkan. Kali ini produk terbaru yang dihasilkan adalah gabungan antara cupcake dan coklat iaitu cuppies + choc. (C+C).

Cuppies + Choc (produk terbaru- C+C)

Sempena harijadi 2 anakbuah penulis iaitu Umar dan Iman, penulis telah menghadiahkan mereka C+C ini.


Khas untuk Umar dan Iman

Produk C+C terdiri dari cupcake sebagai lapisan bawah manakala lapisan dan tulisan di atasnya adalah diperbuat daripada coklat kompaun. Untuk hadiah harijadi ini coklat dasarnya adalah coklat kismis dan coklat berwarna digunakan sebagai tulisan. Double delicious!!!

"Makda harap Umar dan Iman suka dengan hadiah dari makda ni".

Siapa-siapa yang ingin menempah produk C+C ini hubungilah kami.


Cuppies Raya

Tidak ketinggalan adalah cuppies raya yang dihidangkan kepada teman-teman yang sudi singgah ke rumah kami pada hujung minggu lepas.

Cuppies raya ini terdiri daripada lapisan buttercream di dasar dan terdapat edible image (sugar paper) bergambar dan/atau tulisan Selamat Hari Raya/Salam Aidilfitri di atasnya. Amat sesuai sebagai hidangan jamuan sempena open house hari raya yang sedang rancak diadakan sekarang.

Siapa-siapa berminat menempah cuppies hari raya ini, hubungilah kami dengan segera ya.

Saturday, September 18, 2010

CUPPIES PERTUNANGAN

Salam hujung minggu semua. Apa agaknya rancangan hujung minggu ini ya? Rasanya ada yang akan berkunjung sanak saudara dan teman-teman. Maklumlah kita masih lagi dalam bulan syawal ini. Tak kurang juga yang memanafaatkan hujung minggu ini dengan meraikan hari-hari istimewa seperti dalam N3 kali ini, iaitu majlis pertunangan.

Cuppies Buttercream dan Sugar Paste (close up)

Tempahan cuppies pertunangan ini dibuat oleh sahabat lama penulis iaitu Puan Salamah yang duduk jauh di Sepang. Sambil mengambil cuppies ini dapatlah penulis beraya dengan beliau. Agak lama juga penulis tidak berjumpa dengannya. Seronok dapat berjumpa dan mengetahui perkembangan terbaru dirinya.


Cuppies Pertunangan- 25 biji

Mengikut Puan Salamah, cuppies ini adalah sempena pertunangan kakaknya pada hari ahad ini. Puan Salamah berhajat membuat 'surprise' untuk kakaknya itu.Sepatutnya terdapat nama kakaknya dan bakap tunangnya di atas cuppies ini tapi atas kesilapan teknikal dan komunikasi tidaklah penulis tuliskan pada cuppies pertunangan ini. "Terima kasih banyak-banyak Sal kerana menempah cuppies saya serta sanggup datang all the way dari Sepang untuk mengambil tempahan dan beraya dengan saya. Harap kakak Sal suka dengan surprise dari u ini."

Kami di mikaidamann juga ingin mengucapkan tahniah dan selamat bertunang untuk kakak Puan Salamah.

Thursday, September 16, 2010

Birthday Treat

Salam Syawal dan Selamat Hari Malaysia!!!

Agak lama penulis tidak meng'update'kan N3 dalam blog ini. Maklumla mood raya masih terasa. Rata-rata sana sini masih ramai yang bercuti raya, kunjung mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai. Perkara ini memanglah amat bagus kerana kita dapat merapatkan silaturrahim serta mengetahui perkembangan terbaru orang-orang tersayang.

Chocolicious Choc Birthday

N3 kali ini sepatutnya dimasukkan minggu lepas tapi atas sebab cuti-cuti raya Malaysia baru hari ini dapat penulis updatekan. Beberapa hari sebelum hari raya tahun ini, kakak ipar penulis telah menyambut harijadi beliau yang ke??? (biarlah rahsia!!!). Penulis yang dalam perjalanan pulang ke kampung sempat membuat dan singgah ke rumah beliau untuk memberinya satu kotak coklat birthday treat ala ala surpise gitu. Coklat yang penulis buat terdiri daripada pelbagai jenis seperti coklat praline, coklat kekacang dan tulisan khas di atasnya untuk membuat coklat ini lebih istimewa dan personal.

Gambar yang penulis ambil agak kurang tajam/fokus kerana diambil diwaktu malam dan kurang cahaya agaknya. Bagaimanapun, penulis berharap Kak Rahmah sekeluarga menikmati coklat tersebut. Bon appetite ma cherie!!

Monday, September 6, 2010

SALAM AIDILFITRI DAN HAMPER MADE WITH LOVE

Salam akhiran ramadhan. Sempena syawal yang menjelang, kami di Mikaidamann menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya terkasar bahasa, tersilap bicara. Kepada pelanggan-pelanggan kami, halalkanlah apa-apa yang terlebih dan terkurang sepanjang berlakunya urusniaga di antara kita. Semoga syawal anda semua diberkati dan dipenuhi dengan kegembiraan walau di mana jua anda berada.


Penulis tidak berapa arif dalam penyediaan hamper tetapi memandangkan telah memasang niat untuk menghadiahkan abah di kampung serta MIL&FIL di sini sebuah hamper raya maka penulis usahakan juga. Walaupun hamper ini agak ringkas tapi ia penuh dan sarat dengan hasil tangan dan kasih sayang dari penulis serta suami.


Hamper Kasih Sayang Hari Raya

Walaupun hamper ini agak ringkas tetapi ia sarat dengan hasil titik peluh kerja tangan dan kasih sayang penulis serta suami. Iyalah, semasa kita kecil, mak dan ayah kita bersusahpayah menyediakan dan memberi pelbagai perkara kepada kita untuk menceriakan hariraya kita jadi apa salahnya kita pula yang memberi mereka sedikit balasan sebagai tanda penghargaan kita.



Antara barangan di dalam hamper ini adalah almond puff rocher, coklat kurma badam, ketupat mini choc, biskut choc chip kurma, kek kurma ceri walnut berempah dan jus delima. Semua buatan air tangan sendiri (homemade kecuali jus). Semoga ayahanda dan bonda kami gembira dengan pemberian kami ini.
SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI DI MIKAIDAMANN F&B



Kek Kurma Ceri Walnut Berempah

Salam. N3 kali ini panjang sikit nama dia - kek kurma ceri walnut berempah, tu dia, penulis tak tahu nama singkatan apa yang patut digunakan. Berbelit juga lidah nak menyebutnya. Penulis telah membuat 3 biji kek ini semalam. Untuk ringkaskannya kita panggil kek kurma sajalah.

Kek Kurma Ceri Walnut Berempah

Kek kurma ini sememangnya mengandungi buah kurma, ceri, kekacang walnut dan rempah yang dimaksudkan adalah serbuk kayu manis. Sepatutnya serbuk halia digunakan tetapi setelah penulis membuat eksperiman dan bega, kek ini lebih enak jika dicampurkan dengan rempah kayu manis.


Kek di dalam kotak khas yang menarik

Penulis telah membuat kek ini untuk tempahan dan juga untuk diberikan kepada abah di kampung serta MIL&FIL di petaling jaya. Kek ini akan diletakkan di dalam hamper yang penulis akan buat sendiri dan akan diupdate di dalam N3 kemudian.


Kek dibalut dengan 'clingwrap"

Kek kurma ini agak lembap (moist) dan perlu dibalut dengan 'clingwrap' untuk memastikan ia kekal segar dan sedap sebelum ia disimpan di dalam kotak khas untuknya.


Kek Kurma Hari Raya
Kek ini amat sesuai sebagai hidangan hariraya dan sebagai hadiah untuk yang tersayang. Ia juga sesuai sebagai juadah hidangan minum petang namun penulis cuma membuat kek ini pada bulan ramadhan kerana kesukaran untuk memperolehi buah kurma pada bulan-bulan yang lain.

Bon appetite!!!





Sunday, September 5, 2010

Semekut Fancy Cookies Lagi

Salam ramadhan. Masih lagi tinggal beberapa hari lagi bulan ramadhan al mubarak ini kan. Hari ini cuaca agak sejuk Alhamdullilah setelah beberapa hari terasa bahang kepanasan cuaca yang tak menentu kebelakangan ini.

Tahun ini kami menerima beberapa tempahan untuk semekut (biskut) fancy cookies untuk hari raya. Mungkin ini merupakan trend terbaru agaknya. Penulis memang suka menyebut "semekut" tapi takut pula tak semua orang tahu apa yang penulis maksudkan.

Fancy cookies M size

Tempahan ini dari SIL, pelbagai bentuk dalam saiz M.


Fancy cookies L Size

Ini pula tempahan dari Puan Muziana dari Selayang. Semekut ini akan dibawa balik ke Kuantan sempena menyambut hari rayanya di sana.

Semoga SIL dan Puan Muziana menikmati semekut yang telah ditempah. Terimakasih dari kami di Mikaidamann.

Untuk perhatian, kami tidak akan menerima tempahan semekut fancy cookies untuk masa terdekat ini kerana pembuatannya yang agak cerewet dan kerana kami ingin menumpukan perhatian kepada raya goodies yang kami tawarkan sempena hari raya ini. Harap maklum.

Friday, September 3, 2010

Sambutan Harijadi di Bulan Ramadhan

Salam menjelang akhir ramadhan. Dalam beberapa hari saja lagi kita akan meninggalkan bulan penuh keberkatan ini. Penulis telah agak lama tidak mengupdatekan blog kerana beberapa perkara antaranya masalah teknikal signal internet P1 penulis dan kesibukkan memenuhi tempahan raya goodies.

Penulis bagimana pun masih sempat memenuhi permintaan tempahan untuk harijadi kerana tempahan dibuat di awal ramadhan.

Fancy Cookies - Animal Shape (butterflies, dino, cat and teddy bear)

Puan Zarini dari PKNS pj telah menempah beberapa produk dari kami untuk majlis harijadi anaknya yang kebetulan jatuh di dalam bulan ramadhan pada tahun ini. Antara tempahan beliau adalah fancy cookies pelbagai bentuk haiwan.


Choco Oreo

Juga ditempah adalah choco oreo pelbagai corak iaitu heart (love), floral dan animal faces (gajah, singa, monyet dan beruang teddy).



Nutty Teddy Lollies

Puan Zarini telah meminta nutty teddy on a stick (nutty teddy lollies) kerana mudah untuk diedarkan kepada kanak-kanak yang akan hadir di majlis harijadi anaknya itu. Terimakasih diucapkan atas tempahan dan semoga Puan Zarini, anaknya serta tetamu yang hadir menikmati fancy cookies, choco oreo dan nutty teddy dari kami.