Friday, July 30, 2010

Kek Kukus CNC ~ Orang Labah-Labah!!!

Salam. Penulis agak keberatan sebenarnya menerima tempahan kek kerana pada penulis kek yang dibuat penulis biasa-biasa sahaja. Deco yang dibuat penulis taklah secanggih deco kek-kek yang dibuat oleh blogger-blogger lain. Tapi atas permintaan adik ipar (SIL) yang inginkan kek kukus chocolate n cheese (CNC) yang dibuat penulis maka penulis terima tempahan tersebut.


Kek Spiderman CNC

Kek orang labah-labah ini ditempah khas oleh SIL untuk anak sulungnya iaitu Harith sempena meraikan sambutan harijadinya yang ke 5. Harith amat minat kepada ultraman dan spiderman. Memandangkan penulis tak dapat menemui edible image ultraman selepas menerjah 2,3 buah kedai peralatan bakery, penulis akhirnya memperolehi edible image spiderman itupun merupakan stok terakhir di kedai tersebut.


Kek Besday Harith - Side Profile

Untuk kelihatan menarik penulis melukis deco sawang labah-labah pada kek besday itu. Maklumlah, labah-labah radioaktiflah yang bertanggungjawab menukar Peter Parker menjadi orang labah-labah aka Spiderman! Hasil deco tersebut - kek yang simple but nice!

Harap SIL dan Harith gumbira dengan kek ini. Happy 5th Birthday Harith!!! Pesanan dari Mak Long ~ 'with great power, comes great responsibility' tau.




Thursday, July 29, 2010

CUPCAKE CINTA PULAK

Salam. Kalau n3 hari tu pasal coklat cinta, n3 hari ini ~cupcake cinta pulaklah.

Cupcake Cinta Merah/Putih (close up)

Tempahan kali ini adalah dari Nana. Nana sebelum ini pernah menempah cupcake untuk sahabatnya bertunang. Nampaknya bantuan Nana itu membawa berkat kerana cupcake kali ini adalah untuk pertunangan Nana sendiri.


Tempahan I - 15 biji cupcake merah/putih

Nana menempah cupcake tema floral (tema kegemaran penulis). Maka penulis membuat 2 corak deco agar kelihatan menarik dan tidak monotonous. Penulis menggunakan buttercream dan bunga gumpaste untuk hiasan. Kesemua cupcake ini diletakkan di dalam kotak bertingkap yang sesuai sebagai hantaran pertunangan.


Tempahan II - 15 biji cupcake ungu/putih

Ini pula untuk kotak kedua di mana Nana mahukan cupcake bertema ungu/putih pula. Lagi sekali penulis membuat 2 corak deco tapi corak dibezakan agar kelihatan berlainan serta tidak membosankan.


Cupcake Cinta Ungu/Putih (close up)
Menurut Nana, cupcake-cupcake ini akan dibawa ke Negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan) untuk majlis pertunangannya. Nampaknya cupcake-cupcake penulis akan berjalan jauh nun ke rantau orang. Sebelum ini cupcake penulis telah sampai ke Ganu Kita (Trengganu) cuma penulis saja belum berkesempatan ke sana tahun ini.
Thanks Nana atas tempahan. Diharap Nana berpuas hati dengan cupcake cinta ini. Kami disini ingin mengucapkan tahniah dan selamat bertunang!!!
Bagi sesiapa yang ingin menempah cupcake cinta ini silalah hubungi kami ya.






Sunday, July 25, 2010

CHOCOLATES N CUPCAKES TOGETHER-GETHER

Salam. Nampaknya ramai kalangan kita dapat merapatkan silaturrahim dengan menghadiri 'reunion/gathering' yang kerap diadakan sepanjang tahun kini. Dengan wujudnya teknologi maklumat makin mudah untuk kita menghubungi teman-teman yang telah lama tidak bersua. Penulis sendiri melalui 'facebook' dapat menghubungi semula kawan-kawan zaman sekolah rendah yang telah lebih 20 tahun terputus hubungan.


Floral Pink Buttercream Cupcakes

Tempahan kali ini dibuat oleh kakak ipar (SIL) penulis iaitu Dr. Hartati. Beliau menempah cupcakes dan coklat untuk dibawa ke perjumpaan dengan teman-teman lamanya. SIL tidak menetapkan konsep deco untuk cupcakesnya maka penulis dengan senang hatinya membuat deco kegemaran penulis iaitu tema flora. 2, 3 hari ini pula warna merah jambu menjadi warna pilihan penulis jadi bunga-bungaan di cupcakes diwarnakan warna itu dan warna putih pula untuk memberi sedikit kontras agar deco tidak tenggelam dengan warna merah jambu sahaja.


Mix Chocolate - 35 pieces

SIL juga menempah coklat pelbagai yang tentunya menggembirakan teman-temannya. Terdiri daripada coklat praline stroberi, praline coklat, badam, kismis, khulfi badam dan rice puff beserta coklat warna, teramatlah sesuai dikongsi bersama teman-teman tersayang.



Kotak Lutsinar dengan Bahagian Bawah Keemasan

Coklat yang ditempah SIL diletakkan penulis di dalam kotak khas lutsinar agar produk iaitu coklat yang amat chocolicious dan telah disusun dengan cantik dapat dilihat dengan jelas. Minta maaf gambar agak kurang menarik kerana penulis cuma menggunakan kamera handphone dan gambar telah diambil pada waktu malam. Terima kasih teramat sangat kepada Kak Tati atas tempahan dan diharap rakan-rakan Kak Tati menikmati chocolate n cupcakes together-gether ini!!!





Wednesday, July 21, 2010

Choco Oreo Anyone???

Salam everyone. Harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Pagi ini n3 mengenai satu produk coklat yang comel lagi sedap iaitu CHOCO OREO.


CHOCO OREO Pelbagai warna dan corak

Choco oreo ini merupakan coklat kompaun yang mengandungi biskut oreo di dalamnya ataupun dari sudut lain, biskut oreo inti vanilla yang diselaputi oleh lapisan coklat kompaun yang lazat dan enak diluarnya serta terdapat pelbagai corak menarik di permukaannya. Antara corak yang ada adalah love, bunga (flora), haiwan dan pelbagai bola. Choco oreo boleh ditempah samada dalam beg plastik lutsinar ataupun kotak plastik.

Tempahan kali ini dari seorang pensyarah iaitu Puan Nora Ahmad, yang semestinya amat disayangi oleh pelajar-pelajar dikelasnya. Puan Nora telah menempah 80 keping choco oreo khas untuk anak-anak muridnya. Bertuah sungguh pelajar-pelajar beliau. Puan Nora sebelum ini pernah menempah coklat untuk suami tersayang. Terimakasih banyak-banyak kepada Puan Nora dan kenalan beliau Puan Nazira di atas tempahan ini.

Penulis teringat akan arwah mak penulis yang juga merupakan seorang pengajar (cikgu). Allahyarhamah iaitu Cikgu Fatimah amat kerap memberi murid-muridnya terutama yang tidak berduit makanan, duit belanja, pakaian malahan buku-buku. Beliau amat disayangi oleh anak-anak muridnya dan masih diingati oleh mereka sehingga kini. Semoga roh mak penulis dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Untuk menempah choco oreo dan sebarang pertanyaan sila hubungi nombor yang tertera di blog ini.

Sunday, July 18, 2010

BIRTHDAY CHOCOLATES

Salam. "Say It With Chocolates". Saja penulis menulis tajuk dan komen dalam bahasa inggeris. Sekali sekala penulis juga teringin 'berspeaking' di blog Ini.


Birthday Chocolate (35pcs - mix) dengan ucapan

Kali ini kami telah menghasilkan coklat harijadi sebagai hadiah kepada abang penulis. Coklat kali ini disertakan dengan tulisan ucapan 'HAPPY BIRTHDAY'. Coklat harijadi ini terdiri daripada pelbagai jenis - praline, kekacang, kismis dan sebagainya. Diharap abang Asri dan keluarga menyukai coklat ini. Semoga abang Asri dirahmati dan diberkati Allah, dimurahkan rezeki, dijauhkan dari mala petaka serta dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan dunia akhirat.


Chocolates For The One U Love

Pelbagai tulisan dan ucapan boleh ditempah untuk coklat ini contohnya SELAMAT BERTUNANG, I LUV U, TERIMA KASIH dan sebagainya. Bagi yang ingin menempah coklat ini, tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya seminggu dari tarikh produk dikehendakki. Coklat kami adalah homemade serta halal. Untuk makluman semua produk coklat kami mengandungi kekacang atau surihan kekacang (all our chocolate products contain nuts or traces of nuts).



Sunday, July 11, 2010

Kek Birthday Waka Waka

Salam. Semalam penulis sekeluarga menyambut harilahir ayah mertua penulis (fil) yang ke 70. Semoga hidup ayah diberkati, dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan tubuh badan serta dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman hendaknya. Harijadi semalam juga diadakan serentak dengan suami adik ipar(sil) penulis. Sil telah menempah kek kukus coklat dan cheese (CNC) dan meminta dimakeupkan kek itu megikut tema bolasepak kerana kebetulan suami sil seorang peminat bola.


Kek CNC Waka-waka yang telah siap dimakeupkan

Semoga suami sil juga diberkati dan dirahmati Allah serta dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat. Apabila ditanya umur suami sil, beliau pada mulanya mengaku berusia 25 tahun manakala kali kedua ditanya soalan yang sama beliau menjawab baru berusia 5 tahun. Kami disini mengucapkan selamat hari lahir yang ke 35 untuk beliau.


Kek Kukus CNC - sebelum dimakeup

Kek CNC ini mendapat sambutan hangat dimajlis hari jadi tersebut dan amat sedap dimakan setelah disejukkan di dalam petisejuk untuk beberapa jam sebelum dihidang. Terimakasih kepada sil kerana menempah kek ini daripada kami dan kerana merupakan antara regular customer kami. Thank you for your support Salwa.



Mix n Match Choco Oreo

Penulis juga telah membuat choco oreo pelbagai corak - flora, haiwan, bebola dan luv untuk diberikan kepada anak-anak saudara yang hadir di majlis harijadi itu. Choco oreo merupakan biskut oreo yang disalut dengan coklat kompaun diluarnya serta amat sedap dan digemari kanak-kanak serta penggemar coklat. Choco oreo ini terdapat dalam 2 jenis iaitu dibungkus dalam plastik bag atau diletakkan di dalam kotak plastik serta sesuai sebagai doorgift atau dimasukkan ke dalam goodie bag.


Ingin menempah kek CNC atau choco oreo sila hubungi kami ya.

Wednesday, July 7, 2010

Coklat Cinta

Salam. Pelbagai cara untuk kita menunjukkan kasih sayang kepada seseorang yang istimewa dalam hidup kita. Antaranya tentulah dengan memberikan manisan iaitu coklat.


Coklat Campuran - 35 ketul


Tempahan kali ini juga dibuat oleh Puan Nazira dari UIA atas permintaan sahabatnya iaitu Puan Nora juga seorang pensyarah di UIA, cawangan pj. Puan Nora ingin memberikan coklat khas ini sebagai hadiah untuk ulangtahun suami tercinta. Penulis tidak pula bertanya untuk ulangtahun yang ke berapa. Maklumlah hal umur ini kadangkala isu sensitif pula.


Coklat Cinta untuk yang tersayang
Atas permintaan Puan Nora, coklat cinta ini diletakkan di dalam kotak khas berwarna emas. Antara coklat yang terdapat di dalamnya adalah coklat praline, stroberi, praline kopi, badam, kismis, rice puff dan khulfi badam yang semestinya enak-enak dan lazat belaka.
Terimakasih banyak-banyak diucapkan kepada Puan Nazira dan Puan Nora di atas tempahan ini. Kami harap suami Puan Nora gembira dengan hadiah coklat cinta ini.
Semua produk coklat kami adalah segar dan homemade serta halal. Coklat kami dibuat dalam pelbagai bentuk serta saiz dan sesuai untuk hadiah pribadi, doorgift majlis-majlis keramaian seperti harijadi, kenduri kendara serta untuk dimakan bersama orang tersayang. Untuk makluman semua produk coklat kami mengandungi kekacang atau surihan kekacang (nuts or traces of nuts). Bagi yang ingin menempah silalah hubungi kami ya.

Friday, July 2, 2010

Jualan Jumaat

Ahlan Wa Sahlan. Semalam, hari Jumaat yang berkat kami sekali lagi berniaga di gerai kecil berdekatan Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Seksyen 3 (Kawasan Melayu), Petaling Jaya. Setiap hari Jumaat sekiranya tiada tempahan ataupun rintangan kami akan menjual Nasi Arab Maglubah yang siap dibungkus beserta dadih pelbagai perisa di sana.

Nasi Arab Kofta Kambing/Daging


Nasi Arab Maglubah Ayam


Nasi Arab Maglubah Siap Dibungkus
Kami menjual nasi arab yang siap dibungkus untuk memudahkan pelanggan membeli untuk dimakan dipejabat atau rumah sebelum atau selepas solat Jumaat. Untuk makluman, kuantiti nasi arab yang dijual pada hari Jumaat adalah terhad - siapa cepat dia dapat. Nasi arab yang dibungkus juga sesuai untuk jamuan dipejabat-pejabat. Kami juga menjual nasi arab loose (di dalam periuk) atas permintaan pelanggan dan menyediakan perkhidmatan penghantaran ke pejabat atau rumah.


Dadih Pelbagai Perisa
Selain nasi arab, kami juga menjual dadih pelbagai perisa. Antara perisa yang ada adalah stroberi, coklat, jagung, anggur dan keladi. Dadih juga sesuai sebagai pencuci mulut di jamuan-jamuan dan kenduri-kendara. Alhamdullilah, semalam jualan kami mendapat sambutan dan agak laris. Jualan berdekatan masjid ini adalah dari pukul 10.00am - 3.00pm (atau sehingga jualan habis dijual).

Bagi yang berminat untuk menempah Nasi Arab Maglubah dan dadih kami ataupun mempunyai sebarang soalan mengenai produk kami sila hubungi nombor telefon yang tertera di blog ini. Terima Kasih.