Tempahan kali ini juga dibuat oleh Puan Nazira dari UIA atas permintaan sahabatnya iaitu Puan Nora juga seorang pensyarah di UIA, cawangan pj. Puan Nora ingin memberikan coklat khas ini sebagai hadiah untuk ulangtahun suami tercinta. Penulis tidak pula bertanya untuk ulangtahun yang ke berapa. Maklumlah hal umur ini kadangkala isu sensitif pula.
Atas permintaan Puan Nora, coklat cinta ini diletakkan di dalam kotak khas berwarna emas. Antara coklat yang terdapat di dalamnya adalah coklat praline, stroberi, praline kopi, badam, kismis, rice puff dan khulfi badam yang semestinya enak-enak dan lazat belaka.
Terimakasih banyak-banyak diucapkan kepada Puan Nazira dan Puan Nora di atas tempahan ini. Kami harap suami Puan Nora gembira dengan hadiah coklat cinta ini.
Semua produk coklat kami adalah segar dan homemade serta halal. Coklat kami dibuat dalam pelbagai bentuk serta saiz dan sesuai untuk hadiah pribadi, doorgift majlis-majlis keramaian seperti harijadi, kenduri kendara serta untuk dimakan bersama orang tersayang. Untuk makluman semua produk coklat kami mengandungi kekacang atau surihan kekacang (nuts or traces of nuts). Bagi yang ingin menempah silalah hubungi kami ya.
mula2 kakpah belajar buat cokolat dulu memang berkobar2 buat. habis dapur bersememeh...
ReplyDeletelepas tu kalau nak makan coklat kakpah beli je haha..
Kakpah belajar kat mana tu? Saya memang suka makan coklat tu yg amik kelas, lepas tu ada org cadang jual, bila jual pulak ada sambutan tu yg rajin gak buat coklat ni kak. Kakpah bz dgn tadika tu yg takde masa nak layan hobi agaknya kan.
ReplyDelete