Friday, December 31, 2010

FANCY WEDDING CHOCOLICIOUS CHOCOLATES

Salam pengakhiran tahun 2010. Apa agaknya perancangan semua pada hari ini? Penulis dan keluarga tiada sebarang perancangan khas. Semasa penulis kecil dahulu, ayah penulis suka membawa kami ke taman tasik atau ke mana-mana sahaja untuk melihat pertunjukkan bunga api pada malam sambutan tahun baru.

Complete set : Chocolates + Box + Ribbons

Puan Faezah dari Universiti Islam Antarabangsa telah menempah coklat khas untuk perkahwinan adik beliau.


Maroon Ribbons and Silver Box

Beliau telah meminta kami membuat coklat fancy yang lengkap dengan riben. Bunga dan riben warna maroon telah penulis pilih kerana warna tema perkahwinan adalah maroon.

Mix Premium Chocolates - 35 pieces
Terdapat 8 jenis campuran coklat yang terdiri daripada coklat susu berinti kacang brazil premium disalut dengan foil coklat, coklat susu berinti kacang pistachio yang ditutup dengan coklat perisa epal, coklat susu berinti kacang badam panggang juga disalut dengan foil coklat, coklat gelap yang digabung dengan coklat putih, coklat susu berinti 2 biji kismis, coklat merah jambu digabung dengan coklat gelap serta berinti bertih beras koko serta coklat susu praline berinti stroberi dan praline berinti kopi.
Tulisan dari coklat kompaun kuning juga diletakkan diatas coklat fancy ini. Untuk pengetahuan semua, kami tidak menggunakan bahan pengawet dalam produk kami dan coklat-coklat yang diolah oleh kami dibuat segar dan cuma dibuat berdasarkan tempahan. Produk coklat kami juga mengandungi kekacang atau surihan (traces) bahan kekacang.
Terimakasih atas tempahan ini dan semoga Puan Faezah menyukai coklat khas yang telah kami hasilkan ini.





Wednesday, December 29, 2010

AUTOBOTS, TRANSFORM N ROLL OUT...CAKE

Salam penuh kepeningan. Kebelakangan ini penulis sering pening-pening kepala, tidak tahan dengan perubahan cuaca yang mendadak ataupun mungkin sistem imun badan penulis juga sudah meningkat tua oopss matang seperti mana 'matangnya' penulis.

Belated Birthday Cake Transformer

Salama yang pernah menempah cupcake dan coklat dari penulis baru-baru ini juga telah menempah kek ini. Kek optimus prime ini adalah kek chocolate moist, buttercream seberat 1 kg.


Pandangan Sisi Kek Transformer

Penulis telah meletakkan beberapa biji kereta coklat serta menampal kepingan coklat kompaun kuning bercorak untuk mencantikkan lagi kek ini. Jangan tersalah faham pulak ya, penulis tidak mengutip batu-batu kerikil tersebut di tepi jalan tetapi batuan tersebut adalah diperbuat dari coklat dan amat sedap rasanya serta cantik sebagai hiasan di kaki kek ini.

Autobots..transform and roll out!!!
Penulis memang menggemari kartun transformer semasa kecil dahulu dan apabila kartun tersebut diolah dan ditukar kepada tayangan wayang penulis adalah salah seorang yang amat gembira dengan perkembangan tersebut.
Terima kasih lagi sekali Salama kerana sudi menempah kek penulis yang biasa-biasa saja ini. Harap si penerima kek berpuashati dengan kek dari kami ini. "Happy Belated Birthday!!!"





Tuesday, December 28, 2010

CAKE JUSTIN BIEBER FOR AINA

Selamat petang semua. N3 kali ini mengenai penyanyi pujaan ramai anak-anak remaja masakini iaitu Justin Bieber (JB). Bukanlah penulis nak menulis blog mengenai JB tapi baru-baru ini penulis telah menempah khas edible image JB atas permintaan kawan penulis iaitu Puan Masnira Nordin.

Cake JB

Puan Masnira telah menempah kek sponge 2 lapisan (stroberi dan choc) seberat 2 kg, disaluti dengan buttercream untuk majlis harijadi kesebelas anak kesayangan beliau iaitu Aina. Aina amat meminati JB maka kek istimewa ini diletakkan edible image penyanyi kesayangan beliau.


Pandangan Sisi Kek JB

Penulis telah meletakkan coklat urai warna warni, coklat kompaun merah jambu bercorak dan nota muzik coklat kompaun gelap sebagai deco sisi kek.


Deco Bunga Ros Petite dan Swirl Atas Kek
Aina juga telah meminta diletakkan ceri segar sebagai hiasan di atas kek.


Kotak Khas Kek JB
Terimakasih Mas kerana menempah kek dari kami. Semoga Mas dan Aina gembira dengan kek yang dihasilkan oleh penulis. "Happy 11th Birthday Aina. Sorry auntie tak dapat hadir di majlis Aina tempohari ya".







Sunday, December 26, 2010

MAHER ZAIN - RTK

Ahlan Wa Sahlan. Alhamdullilah penulis dapat menghadiri majlis malam amal setulus kaseh (Rumah Titian Kaseh) bersama Maher Zain semalam walaupun badan kureng sihat sedikit. Dibawah dipaparkan sedikit maklumat berkaitan majlis makan malam tersebut.

Tiket Majlis (Ahad, 26/12/2010) Sebagai Momento

Penulis telah hadir di majlis tersebut bersama ahli-ahli keluarga.

Menu Hidangan di Summit Hotel, USJ

Alhamdullilah dapat menjamah makanan walaupun dihidang agak lambat sedikit kerana terdapat agenda-agenda lain sebelum ini. Penulis sarankan agar sesiapa yang pergi mengalas perut sedikit terlebih dahulu.

Hidangan Makan Malam Majlis
Hidangan makan malam merangkap ayam, ikan, daging kambing dan udang - ada yang sesuai untuk semua peringkat kanak-kanak ataupun dewasa.

Maher Zain 'Live On Stage'
Akhirnya penulis dapat juga mendengar persembahan Maher Zain secara 'live'. Terdapat juga persembahan menarik dari kumpulan tempatan iaitu persembahan anak-anak Rumah Titian Kaseh dan kumpulan nasyid Marjan.
Malam amal ini akan diadakan selama 3 hari berturut--turut iaitu pada 26, 27 dan 28hb Disember 2010. Bagi yang berminat untuk menghadiri majlis ini pada malam ini (Isnin, 27/12) ataupun esok (Selasa, 28/12) sila hubungi 03-22881996 (Muslim Aid), 013-3898534 (IMC) dan 016-3011540 (Alumni ESQ).







Saturday, December 25, 2010

CUPPIES N COKLAT PERTUNANGAN

Salam Sabtu. Selepas balik dari bercuti-cuti penulis segera menyiapkan tempahan dari kenalan FB penulis iaitu Salama. Beliau telah menempah cupcake dan coklat untuk pertunangan.

Cuppies 3 Warna

Cuppies deco ros 3 warna kelihatan amat ceria sekali.


Cuppies Dalam Window Box (Kotak Bertingkap)

Cupcake diletakkan di dalam lubang-lubang khas dalam kotak bertingkap untuk memastikan ia tidak terbalik, mudah dibawa ke mana-mana sahaja serta nampak jelas kandungan di dalamnya. Amat sesuai sebagai hantaran pertunangan atau perkahwinan.



Coklat Campuran 35 pieces

Terdiri daripada campuran coklat praline, coklat gelap (dark chocolates) dan coklat putih, inti badam penuh, kismis serta bertih beras beserta abjad ucapan yang diperbuat dari coklat kuning dan putih .



Kotak Coklat Bertingkap dan Bercorak

Kami di Mikaidamann mengucapkan terimakasih kepada Salama atas kesudian menempah dari kami dan "Selamat Bertunang untuk pasangan Huda & Qudzzie".






Friday, December 24, 2010

KEK BESDAY PRINCESS AIN

Salam Jumaat semua. Hari ini selepas membelek-belek blog penulis yang lama tidak diupdate baru penulis perasan bahawa penulis telah terlupa mengupdate tentang kek harijadi yang telah ditempah oleh SIL untuk princessnya Ain.

Happy 11th. Birthday Princess Ain!!!

Harijadi anak saudara penulis jatuh pada hari sebelum kami sekeluarga pergi bercuti-cuti Malaysia iaitu kira-kira 2 minggu yang lalu maka inilah antara sebabnya N3 ini baru dimasukkan hari ini. Atau mungkinkah sebab umur penulis yang semakin meningkat oops semakin matang maka perkara sebegini boleh terjadi??? Apa-apa pun, untuk harijadi Ain, penulis telah membuat kek lembap coklat (chocolate moist) yang disapu dengan krim mentega dan dideco dengan edible image princess barbie serta kepingan coklat kompaun kuning dan coklat gelap di sisinya.


Butiran Gula Berbentuk Hati dan Kepingan Coklat Kompaun Deco Sisi Kek

"Happy Birthday Ain, dari mak de sekeluarga dan terima kasih Kak Rahmah atas tempahan kek saya yang biasa-biasa saja ini."



Wednesday, December 22, 2010

MALAM AMAL SETULUS KASEH bersama MAHER ZAIN

Ahlan Wa Sahlan. Penulis ingin mewar-warkan berita yang diterima ini iaitu MALAM AMAL SETULUS KASEH bersama MAHER ZAIN untuk pengetahuan pembaca semua. Majlis ini diadakan bertujuan membantu Rumah Titian Kaseh (RTK) menampung kos pembelian rumah dan perbelanjaan RTK. Ia dianjurkan secara bersama RTK, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, Innovative Management Consultancy (IMC) dan Alumni ESQ.

Malam amal ini akan di adakan pada:
26, 27 dan 28 Disember 2010
8 - 11 malam
Di Summit Hotel, Subang USJ

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-22881996/22821996 (MuslimAid), 0133898534 (IMC) dan 0163011540 (Alumni ESQ).

*Penulis tiada kaitan dengan mana-mana pihak penganjur dan cuma ingin berkongsi dan mewar-warkan perkara yang baik ini. InsyaAllah penulis akan cuba menghadirkan diri di majlis tersebut.

Tuesday, December 21, 2010

Aktiviti Tahunan - Merehatkan Minda

Salam ukhwah semua. Agak lama penulis tidak mengupdatekan blog kerana penulis dan keluarga telah pergi menjalani aktiviti tahunan iaitu beriadah dengan bercuti-cuti Malaysia. Kini penulis kembali dengan tenaga yang telah dicaj penuh dan penuh bersemangat menjalani semula aktiviti baking membaking dan mengambil tempahan. Di bawah penulis sertakan beberapa gambar tempat-tempat yang telah dilawati.

Pemandangan indah di tepi pantai, Tanjung Bungah, Pulau Pinang


Skon dan teh enak, Cameron Highland

Penulis pulang dari Cameron Highland pada hari yang sama tragedi bas terbalik di Simpang Pulai. Alhamdullilah kami menggunakan jalan Tapah dan selamat sampai ke rumah tanpa sebarang musibah.

Kek Khas Untuk Suami
Kebetulan sehari selepas balik dari cuti-cuti Malaysia adalah harijadi suami tersayang, maka penulis telah membuat kek bentuk hati coklat moist dan dilitupi dengan coklat ganache serta di deco dengan stroberi yang dibeli dari Cameron Highland.





Tuesday, December 7, 2010

COKLAT IMAN DENTALCARE

Selamat menyambut tahun baru 1432H. Apa agaknya penghijrahan atau azam baru kita untuk tahun ini ya? SIL penulis alhamdullilah telah berjaya membuka klinik pergigiannya sendiri iaitu IMAN DENTALCARE, seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Penulis telah membuat coklat campuran sebagai ucapan tahniah di atas perasmian dan pembukaan klinik beliau.

Coklat Tahniah

Klinik SIL amatlah luas dan selesa, mempunyai fasiliti yang bagus serta terletak di lokasi yang strategik. InsyaAllah perkhidmatan yang diberikan bagus-bagus belaka.


Kad Niaga Iman DentalCare

Maaf, gambar yang penulis ambil agak kabur. Bagi yang ingin mengunjungi klinik ini atau memerlukan maklumat tambahan sila hubungi nombor ini iaitu 03-89274269.

Peta Ke Arah Iman DentalCare
Gambar di atas adalah peta ringkas untuk menuju ke lokasi klinik. Syabas dan tahniah penulis ucapkan untuk SIL dan adik penulis di atas kejayaan ini. Semoga sukses!!!





Sunday, December 5, 2010

Coklat Along

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH KEPADA SEMUA. Jangan lupa untuk membaca doa awal tahun dan akhir tahun ya.

Sebelum meneruskan N3 hari ini, penulis ingin menyatakan jangan tersalah faham. Ini bukan coklat untuk along bukit beruntung tetapi coklat harijadi untuk abang sulong penulis yang jatuh di bulan disember ini.

Coklat campuran 35 pieces

Happy birthday abang Kahar. Ini harijadi yang ke...??? (biarlah rahsia). Enjoy the chocs!!!.

Thursday, December 2, 2010

Cupcake Epal & Kek Vanilla Madeira

Salam cuti-cuti sekolah semua. Kebetulan minggu ini penulis tiada tempahan maka dengan seronoknya penulis menggunakan masa yang terluang untuk membawa anak-anak beriadah dah juga mencuba resepi-resepi baru.

Semalam penulis ke MAHA. Teramatlah ramai pengunjung walaupun pada hari biasa (weekday) dan terlalu luas tak dapat di'cover' oleh penulis sekeluarga dalam 1 hari. Hujung lawatan teramatlah penat tapi seronok kerana bermacam-macam ada di sana dan bagaikan satu 'adventure' pula untuk kami.

Cuppies Epal

Berbalik kepada mencuba resepi baru pula. 2 resepi telah dicuba try test oleh penulis iaitu cupcake epal dan kek vanilla madeira. Kedua-duanya dari buku yang penulis beli iaitu vanilla madeira cake dari 'over the top' oleh Norzailina Nordin dan cupcake epal dari 'keajaiban kek cawan' oleh Wendy Kok.


Gambar di atas adalah potongan kek cawan epal. Yang berketul-ketul itu adalah ketulan epal yang dipotong kiub. Memang sedap dan gebu kek cawan ini.

Kek Vanilla Madeira
Kek ini amat mudah dibuat kerana semua bahan-bahan dicampur dan diputar sekaligus. Kek ini kurang gebu berbanding kek biasa tapi masih lagi terasa sedap apabila dimakan.



Apabila dipotong, kepingan kek tidak segebu kek mentega biasa tapi sedap dan amat senang pembuatannya.
InsyaAllah bila ada kelapangan, penulis akan mencuba lagi resepi-resepi baru dan mengupdate N3 di dalam blog ini.