Thursday, December 2, 2010

Cupcake Epal & Kek Vanilla Madeira

Salam cuti-cuti sekolah semua. Kebetulan minggu ini penulis tiada tempahan maka dengan seronoknya penulis menggunakan masa yang terluang untuk membawa anak-anak beriadah dah juga mencuba resepi-resepi baru.

Semalam penulis ke MAHA. Teramatlah ramai pengunjung walaupun pada hari biasa (weekday) dan terlalu luas tak dapat di'cover' oleh penulis sekeluarga dalam 1 hari. Hujung lawatan teramatlah penat tapi seronok kerana bermacam-macam ada di sana dan bagaikan satu 'adventure' pula untuk kami.

Cuppies Epal

Berbalik kepada mencuba resepi baru pula. 2 resepi telah dicuba try test oleh penulis iaitu cupcake epal dan kek vanilla madeira. Kedua-duanya dari buku yang penulis beli iaitu vanilla madeira cake dari 'over the top' oleh Norzailina Nordin dan cupcake epal dari 'keajaiban kek cawan' oleh Wendy Kok.


Gambar di atas adalah potongan kek cawan epal. Yang berketul-ketul itu adalah ketulan epal yang dipotong kiub. Memang sedap dan gebu kek cawan ini.

Kek Vanilla Madeira
Kek ini amat mudah dibuat kerana semua bahan-bahan dicampur dan diputar sekaligus. Kek ini kurang gebu berbanding kek biasa tapi masih lagi terasa sedap apabila dimakan.



Apabila dipotong, kepingan kek tidak segebu kek mentega biasa tapi sedap dan amat senang pembuatannya.
InsyaAllah bila ada kelapangan, penulis akan mencuba lagi resepi-resepi baru dan mengupdate N3 di dalam blog ini.






2 comments:

  1. salam aida. buku resepi kpah buat perhiasan jer tu. Nak buat hmmm.. malasnya. Tapi 11hb ni dah janji dengan kawan nak buatkan cupcakes hantaran untuk anaknya. harap2 jadik la..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Bagus tu KakPah...Malaysia boleh...KakPah boleh!!! :-)

    saya baking2 ni bila ada mood..bila tak ada tempahan memang tangan gatal je nak buat sesuatu...lagipun teramatlah puas hatinya bila kek atau kuih menjadik..seronok Kak Pah..rasa kembang hidung saya yang mancung ni..hehe

    ReplyDelete