Monday, September 20, 2010

Cuppies + Chocolates(C+C) & Cuppies Hari Raya

Salam kepada semua pembaca blog ini. Selamat bertugas kepada semua yang kembali bertugas selepas seminggu lebih bercuti raya, selamat kembali ke sekolah bagi para pelajar dan selamat menduduki peperiksaan bagi pelajar-pelajar yang berkenaan.

Penulis kadang-kala akan mencuba produk-produk baru apabila berkesempatan untuk mempelbagaikan produk yang kami tawarkan. Kali ini produk terbaru yang dihasilkan adalah gabungan antara cupcake dan coklat iaitu cuppies + choc. (C+C).

Cuppies + Choc (produk terbaru- C+C)

Sempena harijadi 2 anakbuah penulis iaitu Umar dan Iman, penulis telah menghadiahkan mereka C+C ini.


Khas untuk Umar dan Iman

Produk C+C terdiri dari cupcake sebagai lapisan bawah manakala lapisan dan tulisan di atasnya adalah diperbuat daripada coklat kompaun. Untuk hadiah harijadi ini coklat dasarnya adalah coklat kismis dan coklat berwarna digunakan sebagai tulisan. Double delicious!!!

"Makda harap Umar dan Iman suka dengan hadiah dari makda ni".

Siapa-siapa yang ingin menempah produk C+C ini hubungilah kami.


Cuppies Raya

Tidak ketinggalan adalah cuppies raya yang dihidangkan kepada teman-teman yang sudi singgah ke rumah kami pada hujung minggu lepas.

Cuppies raya ini terdiri daripada lapisan buttercream di dasar dan terdapat edible image (sugar paper) bergambar dan/atau tulisan Selamat Hari Raya/Salam Aidilfitri di atasnya. Amat sesuai sebagai hidangan jamuan sempena open house hari raya yang sedang rancak diadakan sekarang.

Siapa-siapa berminat menempah cuppies hari raya ini, hubungilah kami dengan segera ya.

2 comments:

  1. Salam Mak Da...
    sekarang Mak Da dah mempelbagaikan produk... tahniah....
    semuga lebih banyak lagi produk yg berada di pasaran...(huhhh.... bunyi macam skrip jer...)

    ReplyDelete
  2. terimakasih diucapkan atas pesanan yang memberansangkan itu. ucapan itu amat saya hargai (baca skrip gak plus berlatih kot2 bole jadi politician in the future hehehe)
    mekasih kak Rahmah.kalau msk lagi nasi ayam sedap tu ajaklah kitaorg sekali ya...*wink*

    ReplyDelete