Tuesday, April 20, 2010

KISAH RINGKAS NASI ARAB MAGLUBAH

AHLAN WASAHLAN



Nasi Maglubah Kofta Kambing
Masakan Nasi Arab Maglubah ini merupakan masakan dari sempadan negara Jordan/Palestin dan kebiasaannya dihidangkan oleh orang-orang Badwi di padang pasir. Resipi masakan ini diturunkan oleh seorang ketua keluarga Badwi. "Maglubah" atau "Maklubah" bermaksud terbalik atau "upside down". Ini kerana nasi ini dimasak dengan lauk pauk dibahagian bawah manakala nasi yang digaul rempah ratusnya berada di atas. Setelah masak, nasi dicedok ke dalam dulang atau pinggan maka lauk pauk akan berada di bahagian atas manakala nasinya berada di bawah. Aroma dan rasa yang enak dari masakan ini adalah dari rempah ratus yang di impot serta daun-daun segar yang dicampur ke dalam masakan. Nasi ini amat enak dinikmati panas-panas bersama kuah dan sayurnya serta boleh dihidangkan bila-bila masa sahaja.


Kofta daging untuk nasi ini pula digaulkan dengan rempah ratus dan dipanggang dengan menggunakan minyak zaitun sebelum dihidangkan. Rasa keenakan kofta ini akan lebih terserlah setelah diperahkan dengan limau nipis keatasnya sebelum ia dinikmati .


Kuah bagi nasi ini amat unik kerana ia merupakan resipi rahsia keluarga turun temurun dan tidak dapat diperolehi dimana-mana jua dan sayuran segar terdiri dari timun, tomato dan lobak disediakan ala mediterranean amat berkhasiat serta enak dimakan sejuk bersama nasi arab ini.


Hidangan ini merupakan hidangan yang sihat kerana bahan-bahan segar digunakan serta tiada bahan pengawet, msg atau perisa tiruan di dalamnya.



Nasi Arab Maglubah Ayam (siap dibungkus)

Terdapat 3 hidangan Nasi Arab Maglubah iaitu Nasi Arab Maglubah Ayam, Nasi Maglubah Kofta Daging dan Nasi Maglubah Kofta Kambing. Ia sesuai untuk hidangan harian mahupun untuk dihidang semasa kenduri kendara, jamuan pejabat ataupun sambutan hari-hari istimewa anda. Di bawah disertakan senarai harga bagi hidangan ini.
  • Nasi Arab Maglubah Ayam - RM8/satu
  • Nasi Maglubah Kofta Daging - RM8/satu
  • Nasi Maglubah Kofta Kambing - RM9/satu

    Jumlah minima tempahan adalah untuk 15 orang dan kami juga menyediakan khidmat penghantaran ke pejabat atau rumah anda bagi tempahan di kawasan lembah kelang dan Selangor. Nasi ini boleh ditempah secara siap bungkus ataupun hidangan "loose". Tempahan hendaklah sekurang-kurangnya 5 hari dari tarikh penghantaran. Harga tersenarai tidak termasuk kos penghantaran.

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan sila hubungi kami : Idzmi (0173661156), Aida (0178812842) atau emel : aidagpr@gmail.com.

3 comments:

  1. sedap sangat! highly recommended! nanti shifa nak buat review nasi ni kat blog shifa pulak..

    ReplyDelete
  2. wokey...tq...tqqqq....hari sabtu ada buat jualan kat masjid jamek sultan abdul aziz dekat rumah akak....insyaAllah ada jual nasi arab, dadih, cupcakes n muffin. datangla kesana sis...ada ceramah kesihatan gak :-)

    ReplyDelete
  3. kak, shifa dah buat review nasi arab kat blog shifa.. check it out!

    ReplyDelete