Sunday, June 20, 2010

FAREWELL CUPPIES!

Salam, Kali ini N3 adalah mengenai perpisahan. Cuppies ini ditempah oleh adik ipar (SIL) untuk jamuan BBQ perpisahan semalam (ahad). Walaupun penulis berhasrat untuk bercuti sementara baking membaking ini semasa cuti sekolah namun tidak sampai hati pula untuk menolak permintaan SIL.


Buttercream Cuppies - Mixed Floral Deco

SIL meminta dibuatkan cuppies deco bunga-bunga beserta tulisan untuk diberikan kepada sahabat beliau yang akan berpindah ke Johor Bharu. Penulis sengaja membuat deco bunga matahari kerana jemu dengan deco bunga ros. Lagipun untuk menceriakan suasana sedih perpisahan warna-warna kuning cerah dirasakan sesuai.

Buttercream Cuppies - Deco Ros Kecil

Sebagai tambahan penulis juga telah membuat 5 cawan cuppies deco ros kecil untuk SIL dan familynya makan-makan.
Menurut SIL, cuppies kami yang dibawa olehnya ke majlis BBQ tersebut mendapat sambutan yang hangat dan disukai oleh para hadirin. Alhamdullilah. Sejuk hati penulis apabila diberikan berita sebegitu.
Cuppies Yang Sama - Different Angle Photo
Semoga sahabat SIL, Nili & E dapat membina hidup baru yang bahagia di JB, ikhlas dari kami di sini.




No comments:

Post a Comment