Berbalik kepada N3 blog kali ini. Jika sebelumnya N3 adalah mengenai coklat cinta, saja penulis tukarkan kepada coklat kasih pula. Pesanan ini datang dari kenalan penulis di FB iaitu Puan Normala Hamzah. Beliau memesan 180 biji coklat 'loose pack' untuk majlis perkahwinan keluarganya.
Beliau juga meminta coklat-coklat campuran itu dibalut dengan aluminum foil berwarna perak (silver).
Penulis telah membuat 4 jenis coklat untuk beliau iaitu coklat stroberi praline, coklat badam, coklat kismis dan coklat bertih beras. Kesemua coklat ini kelihatan amat cantik sekali apabila dibalut dengan balutan perak ini dan memang amat sesuai sebagai hantaran ataupun untuk diberikan kepada tetamu.
Puan Normala juga menempah coklat yang ceria ini iaitu coklat bentuk bunga (tanpa batang). Coklat yang penulis labelkan sebagai 'flower power' ini amat comel serta sedap dan penulis letakkan di dalam plastik lutsinar serta diikat dengan dawai keemasan.
Terimakasih Normala. Semoga Normala sekeluarga gembira dengan coklat kasih dari kami ini.
No comments:
Post a Comment