Monday, October 18, 2010

Alfatihah Untuk Mak dan Kisah Ekspo Coklat N Koko

Salam ukhwah kepada semua. Hari ini 18hb. Oktober 2010, genaplah umur arwah mak penulis Hajah Fatimah Haji Omar 70 tahun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mak dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman hendaknya. Al fatihah.

Booth Aida Chocs???

Penulis ingin bercerita sekejap tentang lawatan penulis ke ekspo/pameran coklat dan koko anjuran Lembaga Koko Malaysia (LKM) hari sabtu lepas. Saja penulis pergi ke pameran sedemikian untuk menambahkan ilmu serta meninjau produk-produk yang baru di pasaran. Pameran ini diadakan selama 3 hari dari 15/10(Jumaat) - 17/10(Ahad) di Midvalley, KL.

Alkisahnya, di pameran itu penulis ternampak sebuah booth yang dinamakan Aida's Choc. Terasa gembira juga walaupun booth berkenaan bukan milik penulis, siapa tahu di masa hadapan penulis juga akan berjaya menghasilkan produk sebegitu dan mempunyai booth sendiri di pameran-pameran sebegini. InsyaAllah.

Coklat Dari Russia

Penulis pernah mengunjungi pameran coklat ini pada tahun lepas atau awal tahun ini rasanya dan terdapat 1 booth dari Rusia yang hanya mempamerkan produk mereka tapi tidak menjual atau menyediakan sampel untuk pengunjung. Kali ini, booth mereka juga ada dan mereka menjual juga produk mereka iaitu coklat susu dan coklat bittersweet dari Rusia. Setelah mendapat pengesahan bahawa produk mereka tiada alkohol dan halal penulis telah membeli sedikit untuk merasai perbezaan coklat mereka dan coklat tempatan. Agak sedap juga coklat mereka namun penulis lebih gemar dengan coklat tempatan kita. Diharap pameran ini akan diadakan lagi cuma kali ini penulis berharap selain dari produk siap yang dipamer/jual, pameran sebegini juga patut menyertakan sekali :
  1. syarikat-syarikat tempatan yang menjual peralatan membuat coklat seperti mold coklat, alat memanas coklat (choc. warmer) etc
  2. pihak-pihak yang menawarkan kelas-kelas belajar membuat coklat
  3. syarikat-syarikat yang menjual produk mentah coklat atau serbuk koko
  4. syarikat-syarikat yang menjual bahan-bahan penulisan berkaitan coklat seperti buku-buku resipi coklat, buku teknik penghasilan coklat, majalah berkaitan coklat dan bahan makanan, coklat dan produk bukan makanan dan sebagainya.

Coklat Balutan Warna Warni

Disini penulis juga mengambil kesempatan mewar-warkan kepada semua bahawa kami juga ada menjual coklat balutan warna-warni yang dijual secara loose pack untuk jualan 100 biji ke atas. produk coklat kami terdiri daripada coklat inti kekacang badam, inti khulfi badam, inti kismis dan inti praline. Contoh coklat adalah seperti di dalam gambar di atas. Harap maklum bahawa semua produk coklat kami mengandungi kekacang atau kandungan surih kekacang. Sesiapa yang berminat silalah hubungi kami.





2 comments:

  1. aida, salam. alfatihah utk arwah mak.

    jangan risau... tak lama lagi jadi toke coklat lah awak tu...

    ReplyDelete
  2. salam KakPah...mekasih. Amin amin ya rabbal alamin. :-)

    ReplyDelete