SIL penulis, Mieza pernah menempah kek dari penulis untuk harijadi anak sulungnya dulu dan kini beliau telah menempah 2 biji kek kukus CNC (Chocolate N Cheese) pula untuk si bongsu. Sebiji kek 1 kg dan sebiji lagi adalah untuk kek 1/2 kg.
Untuk kek 1 kg. SIL telah meminta dideco dengan edible image kartun Transformer. Penulis telah menyalut kek ini dengan buttercream dan dihiasi dengan colored chocolate sprinkles di tepi dan beberapa biji kereta coklat di atasnya. "Autobots..Transform and Roll Out!!!!!"
Untuk kek 1/2 kg CNC Danish, penulis deco dengan edible image spiderman. SIL telah memohon imej kartun toy story tetapi tidak ditemui oleh penulis pada waktu itu. Deco sawang labah-labah dan coklat warna-warni dihujung kaki kek diletak oleh penulis untuk menceriakan kek ini.
HAPPY 2 YEARS OLD DANISH!!! Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, Maklong tak dapat hadir ke majlis Danish yang semestinya meriah itu. Harap Danish suka kek-kek yang Maklong buat ...
Terima kasih Mieza atas tempahan ini. Apa yang terlebih dan terkurang itu harap dihalalkan ya.
Terima kasih Mieza atas tempahan ini. Apa yang terlebih dan terkurang itu harap dihalalkan ya.
tqvm, kak aida. ni makda ke mak long ekk?? hehehe... hehhee. ramai yg puji kek ni.. beshhh. yummy yummyy..nanti lain kali bole order lagi.
ReplyDeleteTp sayang nyer kek ni bukan Danish yg potong. Mama Danish yg potong sbb Danish tido. aritu, lama betul Danish tido. x pe la, mama Danish yg wakil kan tuk Danish.
haahla..maklong...tu la bila dah berusia oops matang skit..tu yg jadik..konpius sat..hehehe..nanti akan dibetulkan...insyaAllah..tak acila mama danish yg potong..rugi danish..takdela amik gambar besday boy potong kek ye..hehe
ReplyDeletemakda...
ReplyDeletetahniah... makda dah setanding bakeri dlm pembuatan kek....
mulai tahun depan, birthday kek zahrah,aisyah,qeeb dan ain, boleh order dari makda...
sebelum terlupa, tahun ni 13hb disember, birthday ain nak tempah kek pokemon.... (serius ni..)
Kak Rahmah, saya baru baca komen blog...tadi dah reply kat fb...mekasih...insyaAllah saya cuba carik ye pokemon tu...
ReplyDelete