Thursday, August 26, 2010

Kisah 16 Ramadhan

Salam 16 Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalukan. Dalam kesibukkan harian sedar-sedar telah separuh bulan Ramadhan berlalu sudah. Semoga ibadat kita diberkati di bulan yang mulia ini. InsyaAllah.

Kisahnya hari ini penulis telah berjaya menghantar tempahan awal yang diminta oleh sahabat dan penyokong kuat biz penulis iaitu Nazira. Alhamdullilah. Memandangkan esok, Jumaat adalah hari Nuzul Al Quran iaitu hari cuti di Selangor, rasanya ada yang mengambil kesempatan pulang ke kampung dan membawa bersama 'raya goodies' untuk diedarkan ke kampung masing-masing.

Raya Goodies serta Produk Coklat yang ditempah

Terimakasih kepada Nazira, Azlina, Kak Yan dan Nora diatas tempahan kalian iaitu Almond puff rocher, Choc ketupat Mini dan Choc 35 biji. Apa yang terlebih dan terkurang tu harap dimaafkan dan dihalalkan ya.


Petang ini penulis berehat sebentar sambil meng'update blog' dan selepas ini, back to the kitchen, menyiapkan tempahan-tempahan lain pula.

Pada hari ini penulis rasa ingin berfalsafah pulak. Baking membaking pada penulis merupakan satu work of art, seperti artis (pelukis) dengan kanvasnya. Hasil (end product) dapat memberikan kepuasan pribadi kepada tuan punya badan dan sekiranya hasil itu disukai oleh orang lain dan dapat pula menjana pendapatan, itu penulis kira sebagai bonus. Baking ini juga sebagai terapi (therapeutic) untuk menceriakan hidup ini. Alhamdullilah.

Jadi apa saja anda lakukan biarlah ia membawa kegembiraan kepada anda. Asalkan apa yang dibuat itu adalah halal serta berfaedah. Salam ceria dan selamat berpuasa dari kami di Mikaidamann.

No comments:

Post a Comment