Salam. Setelah menerima tempahan cupcakes tempohari, penulis menerima lagi panggilan dari Puan Nazira memberitahu ada tambahan tempahan. Alhamdullilah. Terimakasih kepada Nazira atas bantuannya tak jemu-jemu mempromosi produk kami kepada teman-temannya. Tambahan tempahan ini adalah dari Puan Hanizah iaitu pensyarah ICT (computer) juga di UIA.
Puan Hanizah telah menempah 3 kotak campuran coklat iaitu coklat berinti badam, kismis, praline oren, praline vanilla, praline pudina dan rice puff. Teramatlah chocoliciousnya!!! Coklat-coklat ini diletakkan di dalam kotak menarik dimana bahagian bawah adalah berwarna keemasan manakala bahagian penutup dibuat dari plastik lutsinar, menyerlahkan kesedapan coklat. Coklat di dalam kotak khas ini memang kelihatan eksklusif dan sesuai untuk diberikan sebagai hadiah kepada sesiapa sahaja.
Puan Hanizah akan memberikan coklat-coklat ini kepada pelajar-pelajar di kelasnya. Semestinya pelajar-pelajar beliau akan mengingati beliau atas kebaikkan hati pensyarah ini berbelanja besar untuk mereka. Kami ingin mengucapkan terimakasih daun keladi kepada Puan Hanizah. Sekiranya ingin membuat tempahan lagi janganlah segan silu untuk menghubungi kami ya.
Kami di Mikaidamann F&B juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan AHLAN WA SAHLAN RAMADHAN AL MUBARAK. Semoga ibadat kita diberkati di bulan yang mulia ini. InsyaAllah.
RESIPI KEK PAUN OREN
-
Assalammualaikum, salam sejahtera semua. Alhamdulillah, masih diberi
sedikit kerajinan untuk che mat kemas kini blog tiffinbiru ini, walaupun
ini entri p...
9 months ago
No comments:
Post a Comment