Tuesday, August 3, 2010

LIFE IS LIKE A BOX OF CHOCOLATES....

Salam. Saja penulis mengungkapkan kata-kata dari sebuah filem yang agak diminati ramai dulu iaitu Forest Gump ~ Life is like a box of chocolates, you never know what you gonna get!!!

Tempahan coklat dari Puan Nora Ahmad ini merupakan tempahan ketiga beliau dari penulis. Terimakasih banyak-banyak kepada Nora kerana menjadi regular customer kami.


Mix Praline With Wordings -' HEPI BESDAY MUMMY'

Nora telah menempah mix praline chocolates - 35 pieces untuk dihadiahkan kepada kakaknya yang tersayang. Pada mulanya penulis ingatkan coklat ini sebagai hadiah harijadi ibu Nora tetapi rupa-rupanya, anak-anak saudara sering memanggil kakak Nora dengan panggilan mummy jadi sebab itulah perkataan "HEPI BESDAY MUMMY" diminta diletak diatas coklat ini.


Mix Praline Choc Pelbagai Bentuk

Mix Praline ini terdiri daripada coklat praline stroberi, praline oren, praline vanilla, praline pudina dan praline coklat. Praline tersebut juga terdapat dalam pelbagai bentuk yang comel dan menarik seperti hati, kipas, segiempat, daun dan bunga ros. Selalunya penulis membuat mix chocolate yang terdiri daripada campuran kekacang, kismis, puff beras, khulfi badam dan praline tetapi kali ini atas request Nora kesemua coklat adalah coklat praline. Diharap kakak Nora gembira dan berpuashati dengan pemberian dari adiknya ini.


Choco Oreo Yang Comel Lagi Chocolicious

Nora juga telah menempah choco oreo. Terlupa pula penulis bertanya samada choco oreo ini adalah untuk pelajar-pelajarnya seperti dahulu atau untuk majlis harijadi kakaknya itu. Apa-apa pun, kami di sini ingin mengucapkan selamat harijadi kepada kakak Nora, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.





No comments:

Post a Comment