Monday, April 30, 2012

Sheperd's Pie Pula

As Salam. Kakak ipar kami telah sudi menempah sheperd's pie kami untuk makan-makan bersama sahabat handai beliau sempena khatam Quran. Resepi sheperd's pie asal menggunakan daging cincang kambing tapi kami telah menggunakan daging cincang daging lembu yang bersesuaian dengan selera ramai. Terimakasih daun keladi Kak Rahmah ~ bon appetite.

Monday, April 23, 2012

KEK RED VELVET SPIDERMAN UNTUK ARASH

As Salam dan selamat sejahtera. Nampaknya demam red velvet masih berterusan. Kali ini kek red velvet dengan edible image spiderman ditempah oleh mama Arash sempena harijadinya yang ke 5.

Sunday, April 22, 2012

Red Velvet Cuppies Tadika Anakanda

As Salam dan selamat sejahtera kepada semua. Kali ini red velvet cuppies telah ditempah oleh guru-guru tadika anakanda. Terimakasih daun keladi. Diharap cikgu-cikgi sudi menempah dari kami lagi.

Tuesday, April 3, 2012

Red Velvet Dan Coklat Cuppies Kurang Manis

As Salam. Sahabat baik dari UKM iaitu Wan Azreena telah menempah cuppies red velvet dan coklat yang dikurangkan manisnya untuk dihadiahkan dan juga untuik beliau sekeluarga makan-makan.



Cuppies red velvet (dengan cream cheese icing) dan coklat (buttercream icing) digabungkan di dalam 1 kotak bertingkap .


Bon appetite dan terimakasih kepada Wan Azreena kerana sudi menempah dari kami.


Sunday, March 4, 2012

Kek Puding Karamel Pelangi Untuk Makan-Makan

Salam hujung minggu. Kek ini ditempah oleh adik ipar untuk dinikmati bersama keluarga. Thanx sis Nurhasmieza kerana sudi order dari akak.

Saturday, February 18, 2012

CUPPIES UKHWAH KEJIRANAN

Salam hujung minggu. Cuppies di dalam gambar blog kali ini telah ditempah oleh Puan Salwa untuk diberikan kepada jiran beliau sebagai balasan juadah. Semoga sifat memberi juadah dikalangan jiran dapat mengukuhkan lagi tali persahabatan mereka. InsyaAllah.

Thursday, February 16, 2012

CUPPIES DAN CAKE UNTUK DAUGHTER TERCINTA

Alhamdullilah dapat bersiar lagi di blog ini walaupun agak lama tidak diupdate. Tempahan ini dari UIA oleh pensyarah dan sahabat kami Puan Nazira sempena sambutan ulangtahun anaknya yang tersayang.





Terimakasih ya Nazira kerana sudi menempah dari kami. Diharap birthday girl gembira dengan kek tertera edible image beliau dan cupcake yang telah ditempah khas untuknya.

Friday, February 10, 2012

PEMBERITAHUAN : TEMPAHAN NASI ARAB MAGLUBAH

Salam Sabtu untuk semua. Kami di sini ingin meminta maaf kerana terpaksa menolak beberapa tempahan Nasi Arab Maglubah. Ini kerana ~ UNTUK TAHUN 2012 TEMPAHAN NASI ARAB MAGLUBAH HANYA DIBUKA PADA HARI MINGGU IAITU SABTU DAN AHAD SAHAJA. Tempahan juga hendaklah dibuat sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal dan jumlah minima adalah 15 pax. Segala kesulitan adalah amat kami kesali. Sekian. Terima Kasih.