Showing posts with label Doorgifts. Show all posts
Showing posts with label Doorgifts. Show all posts

Friday, August 20, 2010

HARI RAYA DOOR GIFT

Salam. Pejam celik pejam celik sudah 10 ramadhan rupanya hari ini. Cepat sungguh masa berlalu. Semoga semua amalan kita diterima hendaknya.

Kami di Mikaidamann F&B ingin menawarkan produk terbaru kami iaitu kombinasi 3 in 1. Nampaknya bukan minuman atau syampu saja yang 3 in 1 kini.

Kombinasi 3 in 1

Produk ini amat sesuai sebagai 'doorgift' Hari Raya yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.


Doorgift Hari Raya Yang Eksklusif

Doorgift 3 in 1 terdiri daripada : Coklat Almond Kurma + Ketupat Choc + Almond Puff Rocher. Ketiga-tiga produk coklat yang lazat ini diletakkan di dalam bekas menarik iaitu lapisan keemasan dibawah dan lapisan plastik lutsinar sebagai penutupnya. Produk ini hanya dapat diperolehi dari kami dan tiada dijual oleh mana-mana pihak lain.

Almond Kurma Choc + Choc Ketupat (pelbagai warna) + Almond Puff Rocher
Harga bagi doorgift hari raya kombinasi 3 in 1 ini adalah RM8.00 setiap kotak. Bagi sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi kami di blog ini atau hantarkan mesej anda ke aidagpr@gmail.com





Sunday, July 11, 2010

Kek Birthday Waka Waka

Salam. Semalam penulis sekeluarga menyambut harilahir ayah mertua penulis (fil) yang ke 70. Semoga hidup ayah diberkati, dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan tubuh badan serta dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman hendaknya. Harijadi semalam juga diadakan serentak dengan suami adik ipar(sil) penulis. Sil telah menempah kek kukus coklat dan cheese (CNC) dan meminta dimakeupkan kek itu megikut tema bolasepak kerana kebetulan suami sil seorang peminat bola.


Kek CNC Waka-waka yang telah siap dimakeupkan

Semoga suami sil juga diberkati dan dirahmati Allah serta dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat. Apabila ditanya umur suami sil, beliau pada mulanya mengaku berusia 25 tahun manakala kali kedua ditanya soalan yang sama beliau menjawab baru berusia 5 tahun. Kami disini mengucapkan selamat hari lahir yang ke 35 untuk beliau.


Kek Kukus CNC - sebelum dimakeup

Kek CNC ini mendapat sambutan hangat dimajlis hari jadi tersebut dan amat sedap dimakan setelah disejukkan di dalam petisejuk untuk beberapa jam sebelum dihidang. Terimakasih kepada sil kerana menempah kek ini daripada kami dan kerana merupakan antara regular customer kami. Thank you for your support Salwa.



Mix n Match Choco Oreo

Penulis juga telah membuat choco oreo pelbagai corak - flora, haiwan, bebola dan luv untuk diberikan kepada anak-anak saudara yang hadir di majlis harijadi itu. Choco oreo merupakan biskut oreo yang disalut dengan coklat kompaun diluarnya serta amat sedap dan digemari kanak-kanak serta penggemar coklat. Choco oreo ini terdapat dalam 2 jenis iaitu dibungkus dalam plastik bag atau diletakkan di dalam kotak plastik serta sesuai sebagai doorgift atau dimasukkan ke dalam goodie bag.


Ingin menempah kek CNC atau choco oreo sila hubungi kami ya.

Monday, May 24, 2010

Bila Datang Kerajinan

Salam. Kadang-kadang tu bila ada masa lapang dan datang mood rajin maka penulis akan mencuba resipi-resipi baru untuk menambah ilmu dan jenis-jenis produk yang ditawarkan. Bila dah minat tu ada sajalah alasan untuk baking membaking ni. Sebenarnya self satisfaction itu amat dirasai apabila kuih atau sajian yang dihasilkan berjaya, sedap dan dihargai oleh mereka yang merasanya. Kali ini dua produk dihasilkan.

Cheese buttercream Cupcakes


Produk pertama adalah cupcake dengan deco cheese buttercream. Asyik-asyik buttercream biasa saja kali ini kita cuba yang bercheese pula. Tukang rasa pula tentulah ahli keluarga terdekat. Ulasan-sangat disukai oleh penggemar cheese.


Coklat Biskut Oreo

Produk kedua pula coklat oreo luv dan flora. Memang sedap biskut oreo yang disalut coklat ini. Penulis telah memberi beberapa sampel untuk pelanggan yang telah menempah goodies dari kami. Feedback yang diperolehi amat memberangsangkan. Kira beruntung siapa-siapa yang jadi pelanggan waktu itu kerana kami memang akan memberi sampel sekiranya ada stok. Coklat biskut oreo ini boleh diletakkan di dalam clear plastic ataupun kotak individu dan sesuai sabagai doorgift atau untuk diletakkan ke dalam goodie bags untuk majlis harijadi dan sebagainya.