Showing posts with label hamper. Show all posts
Showing posts with label hamper. Show all posts

Monday, September 6, 2010

SALAM AIDILFITRI DAN HAMPER MADE WITH LOVE

Salam akhiran ramadhan. Sempena syawal yang menjelang, kami di Mikaidamann menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya terkasar bahasa, tersilap bicara. Kepada pelanggan-pelanggan kami, halalkanlah apa-apa yang terlebih dan terkurang sepanjang berlakunya urusniaga di antara kita. Semoga syawal anda semua diberkati dan dipenuhi dengan kegembiraan walau di mana jua anda berada.


Penulis tidak berapa arif dalam penyediaan hamper tetapi memandangkan telah memasang niat untuk menghadiahkan abah di kampung serta MIL&FIL di sini sebuah hamper raya maka penulis usahakan juga. Walaupun hamper ini agak ringkas tapi ia penuh dan sarat dengan hasil tangan dan kasih sayang dari penulis serta suami.


Hamper Kasih Sayang Hari Raya

Walaupun hamper ini agak ringkas tetapi ia sarat dengan hasil titik peluh kerja tangan dan kasih sayang penulis serta suami. Iyalah, semasa kita kecil, mak dan ayah kita bersusahpayah menyediakan dan memberi pelbagai perkara kepada kita untuk menceriakan hariraya kita jadi apa salahnya kita pula yang memberi mereka sedikit balasan sebagai tanda penghargaan kita.



Antara barangan di dalam hamper ini adalah almond puff rocher, coklat kurma badam, ketupat mini choc, biskut choc chip kurma, kek kurma ceri walnut berempah dan jus delima. Semua buatan air tangan sendiri (homemade kecuali jus). Semoga ayahanda dan bonda kami gembira dengan pemberian kami ini.
SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI DI MIKAIDAMANN F&B



Kek Kurma Ceri Walnut Berempah

Salam. N3 kali ini panjang sikit nama dia - kek kurma ceri walnut berempah, tu dia, penulis tak tahu nama singkatan apa yang patut digunakan. Berbelit juga lidah nak menyebutnya. Penulis telah membuat 3 biji kek ini semalam. Untuk ringkaskannya kita panggil kek kurma sajalah.

Kek Kurma Ceri Walnut Berempah

Kek kurma ini sememangnya mengandungi buah kurma, ceri, kekacang walnut dan rempah yang dimaksudkan adalah serbuk kayu manis. Sepatutnya serbuk halia digunakan tetapi setelah penulis membuat eksperiman dan bega, kek ini lebih enak jika dicampurkan dengan rempah kayu manis.


Kek di dalam kotak khas yang menarik

Penulis telah membuat kek ini untuk tempahan dan juga untuk diberikan kepada abah di kampung serta MIL&FIL di petaling jaya. Kek ini akan diletakkan di dalam hamper yang penulis akan buat sendiri dan akan diupdate di dalam N3 kemudian.


Kek dibalut dengan 'clingwrap"

Kek kurma ini agak lembap (moist) dan perlu dibalut dengan 'clingwrap' untuk memastikan ia kekal segar dan sedap sebelum ia disimpan di dalam kotak khas untuknya.


Kek Kurma Hari Raya
Kek ini amat sesuai sebagai hidangan hariraya dan sebagai hadiah untuk yang tersayang. Ia juga sesuai sebagai juadah hidangan minum petang namun penulis cuma membuat kek ini pada bulan ramadhan kerana kesukaran untuk memperolehi buah kurma pada bulan-bulan yang lain.

Bon appetite!!!