Showing posts with label choc moist. Show all posts
Showing posts with label choc moist. Show all posts

Monday, May 23, 2011

STRAWBERRY SPIDEY AND CHOC GANACHE CAKE

Salam semua. Puan Rina yang pernah menempah kek dari penulis sekali lagi menempah dari kami. Kali ini beliau telah menempah kek span stroberi dengan imej boleh dimakan (edible image) spiderman untuk majlis harijadi ke 9 anaknya iaitu Farhan Syafiq.


Kek Spidey Birthday Boy

Kek spidey ini disaluti dengan ising buttercream. Penulis telah mendeco bahagian sisi kek dengan coklat bentuk batuan dan jelly worms yang tentunya disukai oleh kanak-kanak.



Choc Rocks N Jelly Worms

Rina juga telah menempah 2 kek coklat lembap berganache kegemaran ramai bersaiz XL. Penulis saja meletakkan cuppies di sebelah sebagai perbandingan saiz.



Kek Coklat Lembap Berganache


Terimakasih banyak-banyak kepada Puan Rina dan DSP Fuad kerana sudi menempah dari kami sekali lagi. Diharap birthday boy menyukai kek harijadinya. Bagi yang ingin mendapatkan kek-kek ini silalah hubungi kami. Tempahan hendaklah dibuat 2,3 minggu lebih awal.












Thursday, February 24, 2011

KEK UNTUK SI MANIS 17

Salam penuh kehujanan. Petang ini Petaling Jaya hujan dengan lebatnya. Terasa sejuk dan nyaman sekali. Alhamdullilah.

Choc Moist - Edible Image and Buttercream Deco

Baru-baru ini anak saudara penulis telah menyambut harijadinya yang ke 17. SIL penulis telah menempah kek harijadi coklat lembap, 1kg ++, dengan edible imej princess serta dideco dengan warna biru muda seperti yang diminta oleh birthday girl.


Hiasan Sisi Kek " SWEET 17" Dari Coklat Kompaun

Untuk sedikit kelainan dan menceriakan hiasan kek, penulis telah menghias sisi kek dengan ucapan-ucapan sweet 17 yang diperbuat dari coklat kompaun pelbagai warna serta bunga-bunga kecil dari icing keras pelbagai warna.

Happy sweet 17 kakak...semoga gembira dengan kek yang makde buat!!!

Monday, January 24, 2011

KEK BESDAY DAN KEK MAKAN MAKAN

Salam Ceria Selasa. N3 hari ini tentunya mengenai kek, tajuk pun dah sah-sah tertera kek besday dan kek makan-makan kan.

Fuad dan Rina dari Cheras telah menempah kek kukus coklat berganache dan sprinkles serta kek harijadi chocolate moist untuk meraikan harijadi anak saudara kesayangan mereka. Bertuah sungguh birthday boy iaitu Omar Yusuf.

Kek Coklat Berganache (Size L)

Kek kukus coklat berganache terdapat dalam 3 saiz iaitu M,L dan XL. Coklat sprinkle berwarna warni ditabur di atas lapisan ganache untuk menyedapkan dan mencantikkan lagi kek kukus yang enak ini. Sesuai untuk dimakan sewaktu petang dengan keluarga ataupun untuk menjamu tetamu yang datang ke rumah.


Bumble Bee Transformer Birthday Cake
Gambar di atas adalah kek coklat moist 1 kg plus plus, yang dideco dengan buttercream dan edible image transformer.

Pandangan Sisi Kek Birthday Transformer
Penulis telah membuat corak berbentuk lambang autobot dari coklat gelap dan kepingan kiub dari coklat putih sebagai deco sisi kek.
Terimakasih daun keladi dari Fuad dan Rina kerana sudi menempah dari kami.
Kek-kek yang penulis buat tidaklah secantik kek yang dijual dikedai-kedai bakeri namun ianya dibuat segar iaitu apabila ada tempahan sahaja dan ia dibuat dengan penuh kasih sayang serta tiada bahan pengawet di dalamnya. Bagi yang ingin menempah kek dari kami silalah hubungi kami. Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 7 days in advance ya.





Tuesday, January 4, 2011

KEK HARIJADI DI TAHUN BARU

Salam ceria. Rasanya masih belum terlewat untuk kami di MIKAIDAMANN mengucapkan selamat tahun baru 2011. Alhamdullilah, ini N3 pertama penulis untuk tahun ini.

3 Princess Cake

Kek ini telah ditempah oleh kenalan penulis khas untuk harijadi anaknya yang ke 16. Kek diperbuat dari choc moist seberat 1 kg, dideco dengan buttercream merah jambu dan dihiasi dengan edible image 3 Princess.


Gambar Sisi Kek 3 Princess

Penulis telah menghias bahagian atas edible image dengan tulisan ucapan dan bunga ros petite merah kuning di sekelilingnya. Bahagian sisi pula diletakkan kepingan coklat kompaun merah jambu bercorak di selang seli dengan hiasan gula bentuk merah hati.



Close up hiasan sisi Kek 3 Princess

Terimakasih kepada Puan Salieyna kerana menempah dari saya. Semoga kek ini dapat memberikan keceriaan kepada 'the birthday girl'.





Wednesday, December 29, 2010

AUTOBOTS, TRANSFORM N ROLL OUT...CAKE

Salam penuh kepeningan. Kebelakangan ini penulis sering pening-pening kepala, tidak tahan dengan perubahan cuaca yang mendadak ataupun mungkin sistem imun badan penulis juga sudah meningkat tua oopss matang seperti mana 'matangnya' penulis.

Belated Birthday Cake Transformer

Salama yang pernah menempah cupcake dan coklat dari penulis baru-baru ini juga telah menempah kek ini. Kek optimus prime ini adalah kek chocolate moist, buttercream seberat 1 kg.


Pandangan Sisi Kek Transformer

Penulis telah meletakkan beberapa biji kereta coklat serta menampal kepingan coklat kompaun kuning bercorak untuk mencantikkan lagi kek ini. Jangan tersalah faham pulak ya, penulis tidak mengutip batu-batu kerikil tersebut di tepi jalan tetapi batuan tersebut adalah diperbuat dari coklat dan amat sedap rasanya serta cantik sebagai hiasan di kaki kek ini.

Autobots..transform and roll out!!!
Penulis memang menggemari kartun transformer semasa kecil dahulu dan apabila kartun tersebut diolah dan ditukar kepada tayangan wayang penulis adalah salah seorang yang amat gembira dengan perkembangan tersebut.
Terima kasih lagi sekali Salama kerana sudi menempah kek penulis yang biasa-biasa saja ini. Harap si penerima kek berpuashati dengan kek dari kami ini. "Happy Belated Birthday!!!"





Friday, December 24, 2010

KEK BESDAY PRINCESS AIN

Salam Jumaat semua. Hari ini selepas membelek-belek blog penulis yang lama tidak diupdate baru penulis perasan bahawa penulis telah terlupa mengupdate tentang kek harijadi yang telah ditempah oleh SIL untuk princessnya Ain.

Happy 11th. Birthday Princess Ain!!!

Harijadi anak saudara penulis jatuh pada hari sebelum kami sekeluarga pergi bercuti-cuti Malaysia iaitu kira-kira 2 minggu yang lalu maka inilah antara sebabnya N3 ini baru dimasukkan hari ini. Atau mungkinkah sebab umur penulis yang semakin meningkat oops semakin matang maka perkara sebegini boleh terjadi??? Apa-apa pun, untuk harijadi Ain, penulis telah membuat kek lembap coklat (chocolate moist) yang disapu dengan krim mentega dan dideco dengan edible image princess barbie serta kepingan coklat kompaun kuning dan coklat gelap di sisinya.


Butiran Gula Berbentuk Hati dan Kepingan Coklat Kompaun Deco Sisi Kek

"Happy Birthday Ain, dari mak de sekeluarga dan terima kasih Kak Rahmah atas tempahan kek saya yang biasa-biasa saja ini."



Friday, October 15, 2010

Ralat & Jualan Di Karnival Jubli Emas SKPJ

Salam hujung minggu kepada semua.

Ralat : Kami ingin memberitahu di sini bahawa gerai kami di tapak jualan Jubli Emas SKPJ tidak dapat dibuka hari ini (Sabtu, 16/10) kerana 'head chef' iaitu suami saya agak kurang sihat. Segala kesulitan adalah amat kami kesali.

Kek Kukus Coklat Tip Top

Pelbagai juadah telah kami jual semalam di karnival ini semalam iaitu hari hari jumaat (15/10) iaitu cupcakes, muffin, kek kukus coklat, choco balls dan nasi arab maglubah. Antara yang paling laris tentulah nasi arab maglubah kami yang laris bagai goreng pisang panas, diikuti dengan kek kukus coklat yang menjadi rebutan dan choco balls yang amat digemari kanak-kanak.


Chocolicious Choco Balls

Ribuan terimakasih kami ucapkan kepada yang telah menyokong dan membeli produk-produk kami. Semoga jualan kami akan mendapat sambutan yang menggalakkan juga pada masa hadapan.

Kepada yang ingin menempah produk-produk kami, silalah hubungi kami ya.

Friday, October 8, 2010

Tat Buah dan kek untuk Besday-Besday

Salam untuk semua pembaca.

Azleen, teman blogger blog 'sweet decor' telah berbesar hati menempah dari penulis tat buah dan kek harijadi untuk majlis harijadi ahli keluarganya.

Tat Buah - small but yummilicious

Saja penulis mengambil gambar tat dalam posisi begini kerana berasa bosan dengan gambar-gambar yang penulis ambil agak skema dan 'rigid' selalu. Azleen telah menempah 50 biji tat buah dari penulis. Penulis ingin berkongsi malumat iaitu sekiranya tat buah ini tidak dimakan dengan segera, ia hendaklah disimpan di dalam peti sejuk agar kelongsong tat kekal rangup dan inti kastadnya tidak rosak.


Kek CNC 4 Disney Princess

Kek kukus Choc N Cheese (CNC) ini ditempah untuk harijadi ibu, Afreena, Aina dan Tisya. Sesuai dengan edible imagenya iaitu 4 puteri. Penulis menambah deco buttercream ros besar dan kecil warna ungu dan kuning di atasnya dan sugar wafer berwarna warni di sisi kek itu agar kek kelihatan ceria.

Kek Spiderman Choc Moist
Azleen juga menempah kek coklat lembap, 1 kg, untuk sambutan harijadi ayah dan anak lelaki Azleen iaitu Ameer. Penulis meletakkan edible image orang labah-labah di atas kek dan dihiasi dengan sawang labah-labah dari buttercream juga sprinkle coklat warna warni dan coklat bulat warna warni di sisinya.
Selamat Harijadi dari kami di Mikaidamann untuk ahli keluarga Azleen yang menyambut ulang tahun pada tahun ini. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya.
Terima kasih daun keladi Azleen sebab sudi menempah dari kami. Sekiranya ingin menempah kek, tat ataupun cupcake lagi dari kami janganlah segan silu menghubungi kami ya.