Showing posts with label Coklat Duo. Show all posts
Showing posts with label Coklat Duo. Show all posts

Saturday, April 16, 2011

COKLAT DUO LAGI - SEMAKIN DIGEMARI NAMPAKNYA

Salam ceria. Nampaknya coklat duo kami mendapat sambutan yang menggalakkan. Alhamdullilah.
Coklat Duo Yang Comel dan Sedap
Cik Lalitta yang pernah menempah coklat ini untuk dihadiahkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan sebelum ini sekali lagi menempah coklat duo kami. Kali ini sebagai hadiah di dalam goodie bag majlis harijadi pula.
Coklat Putih dan Coklat Susu Berinti Badam Panggang
Kali ini Lalitta menempah coklat duo di dalam kotak/bekas emas pula. Terimakasih banyak-banyak Lalitta kerana sudi menempah dari kami sekali lagi.
Coklat Kegemaran Ramai
Bagi yang ingin menempah coklat duo ini silalah hubungi kami. Coklat ini sesuai sebagai doorgift majlis perkahwinan, sebagai hadiah untuk yang tersayang serta juga sebagai manisan di dalam goodie bag majlis harijadi.

Friday, April 15, 2011

TEMPAHAN COKLAT DUO LAGI

Salam malam jumaat kepada semua. Semoga semua sihat-sihat belaka.
Coklat Duo - 24 biji sekotak
Cik Lalitta iaitu kenalan jiran penulis pula menempah coklat duo (coklat putih dan coklat susu berbadam panggang) setelah merasa coklat yang diperolehi dari doorgift majlis perkahwinan tempoh hari. Beliau telah menempah 4 kotak dimana terdapat 24 biji coklat setiap kotak.
Bahagian dalam Kotak Coklat Duo
Hanya 3 kotak dirakam oleh penulis kerana kotak keempat dalam proses pembikinan waktu itu. Thank you very much for your order Lallita. Bagi yang berminat, tempahan hendaklah sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh produk diperolehi.

Wednesday, April 13, 2011

1,500 KOTAK COKLAT PERKAHWINAN

Salam penuh kesyukuran. Jiran penulis yang baik hati ,Puan Rajes baru-baru ini telah menempah 1,500 kotak coklat sebagai doorgift perkahwinan.
Sebahagian dari 1,500 Kotak Coklat
Coklat yang ditempah adalah coklat duo iaitu coklat putih dan coklat susu yang mengandungi kekacang badam california panggang di dalamnya. Coklat tersebut diletakkan di dalam kotak metalik 2 kaviti yang menarik.
Batch Pertama
Menurut Puan Rajes, coklat penulis telah mendapat sambutan yang baik dikalangan hadirin majlis perkahwinan tersebut kerana rasanya yang enak dan buatan yang kemas. Terimakasih kepada Puan Rajes kerana sudi menempah dari kami serta mempromosi kami kepada para hadirin di majlis tersebut.
Close Up Coklat Duo - Coklat Putih dan Coklat Susu Berbadam Panggang
Bagi yang berminat untuk menempah, untuk tempahan besar sila hubungi kami 1 bulan lebih awal manakala tempahan biasa hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 5 hari dari tarikh dikehendakki.