Showing posts with label Cupcakes. Show all posts
Showing posts with label Cupcakes. Show all posts

Sunday, April 22, 2012

Red Velvet Cuppies Tadika Anakanda

As Salam dan selamat sejahtera kepada semua. Kali ini red velvet cuppies telah ditempah oleh guru-guru tadika anakanda. Terimakasih daun keladi. Diharap cikgu-cikgi sudi menempah dari kami lagi.

Thursday, February 16, 2012

CUPPIES DAN CAKE UNTUK DAUGHTER TERCINTA

Alhamdullilah dapat bersiar lagi di blog ini walaupun agak lama tidak diupdate. Tempahan ini dari UIA oleh pensyarah dan sahabat kami Puan Nazira sempena sambutan ulangtahun anaknya yang tersayang.





Terimakasih ya Nazira kerana sudi menempah dari kami. Diharap birthday girl gembira dengan kek tertera edible image beliau dan cupcake yang telah ditempah khas untuknya.

Saturday, December 31, 2011

~ CUPPIES UNTUK SUAMI TERCINTA ~

Salam penghujung tahun semua. Nampaknya tidak lama lagi kita akan memasukki tahun baru 2012. Banyak sungguh kenangan pahit manis sepanjang tahun 2011. Semoga tahun mendatang merupakan tahun yang penuh keberkatan dan kejayaan. InsyaAllah.

Kak Yan dari UIA cawangan petaling jaya telah menempah cuppies khas untuk birthday suami tersayang. Semoga suami Kak Yan gembira dengan cuppies ini. Terimakasih kerana sudi menempah dari kami.



Monday, September 26, 2011

Kelas Cuppies Dan Salam Kerinduan

Salam kerinduan. Agak lama tidak meng'update' blog ini. Baru-baru ini penulis telah mengambil kelas pelbagai cuppies untuk menambah ilmu dan menambah kepelbagaian produk yang ditawarkan oleh kami. Inilah hasil dari kelas cuppies tersebut. Antara cuppies yang dipelajari adalah red velvet, peanut butter, carrot dan coklat.



Sesiapa yang berminat untuk menempah cupcakes ini silalah hubungi kami. Tempahan hendaklah sekurang-kurangnya 7 hari dari tarikh dikehendakki.

Tuesday, July 5, 2011

MANISAN UNTUK PERTUNANGAN

Salam ceria. Puan Fouziah dari UIA telah menempah coklat campuran dan cupcakes khas dari kami untuk sebuah pertunangan. Tema adalah 'silver & black'. Terimakasih di atas tempahan ulangan ini.





Kepada yang berminat untuk menempah produk-produk kami sila hubungi kami. Tempahan hendaklah sekurang-kurangnya 1 minggu lebih awal.

Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru

Salam semua. Walaupun agak lewat, penulis ingin ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua tenaga pengajar di Malaysia. Jasa anda semua amat dihargai. Entry kali ini mengenai juadah dan manisan yang penulis buat untuk cikgu-cikgu yang mengajar anak-anak penulis.


Cuppies untuk juadah guru tadika



Coklat campuran sebagai tanda penghargaan cikgu-cikgu yang berusah payah memberi ilmu kepada anak-anak kami



Manisan dan hadiah yang telah siap dibungkus


Cuppies yang dibuat agak ringkas namun dibuat penuh dengan kasih sayang.


Harap cikgu-cikgu gembira dengan pemberian ini










Thursday, May 5, 2011

CUPPIES DAN COKLAT PULAK

Salam ceria kepada semua. Hari ini cuaca sangatlah cerah dan panas, Alhamdullilah. Sesuai untuk aktiviti-aktiviti beriadah di luar rumah.


Cuppies Mix N Match

Berbalik kepada entry kali ini. SIL penulis iaitu Hasmieza telah sudi menempah cupcakes dan coklat pula.


Hepi Bday Farhan Farhat

Cuppies mix n match terdiri dari cuppies edible image, ucapan dari coklat kompaun dan deco dari jelly dan lukisan tangan.



Coklat Ceria


Selain dari cuppies SIL juga menempah coklat campuran terdiri dari coklat praline stroberi, coklat perisa epal berbertih beras, coklat perisa lemon dan coklat putih serta coklat duo - coklat susu dan coklat putih berinti badam panggang.


Tqvm Mieza. Harap gembira dengan cuppies dan coklat ini. Bagi yang berminat sila hubungi kami untuk tempahan. Tempahan hendaklah sekurang-kurangnya 7 hari lebih awal.













Wednesday, March 30, 2011

LESS SWEET BIRTHDAY CUPPIES

Salam sihat kepada semua. Entry kali ini berkaitan dengan produk kami yang menjurus ke arah mengurangkan pengambilan gula dalam juadah. Sahabat baik penulis Cik Wan Azreena telah menempah cupcake kurang manis dari penulis.
Close Up Pink Roses and Writtings on the cuppies
Cuppies kurang manis telah dikurangkan sebanyak 30% kandungan gula dari keseluruhan kek dan krimnya. Ia sesuai untuk mereka yang menitik beratkan jumlah kandungan gula dalam manisan dan diet harian.
Cuppies Dalam Kotak Bertingkap
Cuppies ini ditempah untuk dihadiahkan kepada teman sepejabat beliau di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Terimakasih Wan kerana menempah dari kami. Harap maklum bahawa cuppies kurang manis tidak tahan didedahkan ditempat panas dan perlu dimakan segera sekiranya tidak disimpan di dalam peti sejuk.
Less Sweet Birthday Cuppies
Pada sesiapa yang ingin menempah cuppies kurang manis ini, silalah hubungi kami. Tempahan hendaklah sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh ia dikehendakki.

Friday, March 18, 2011

CUPPIES SI MANIS 16

Salam hujung minggu. Sudah lama penulis peram gambar-gambar cupcakes ini. Tidak sempat diupdate kerana melayan kerenah anak-anak yang bercuti sekolah.

Happy Birthday Cuppies

Puan Norwaziah dari Cheras telah menempah cupcakes dari kami sempena majlis harijadi anak saudaranya yang ke 16. Tema flora dan warna-warna pastel telah dipilih.


Cuppies Dalam Kotak Bertingkap Yang Menarik

Diharap birthday girl menyukai cuppies ini. Terimakasih daun keladi kepada Puan Norwaziah (Jiji) kerana sudi menempah dari kami.



Sunday, February 20, 2011

CUPPIES UNTUK BIRTHDAY SOFY SOFY

Salam penuh keceriaan. Adik ipar penulis (SIL) iaitu Aisya Salwa telah menempah cupakces sempena harijadi anak sulungnya Sofea yang ke 6 tahun.

25 biji Cupcakes dalam Kotak Bertingkap

Cupakes ini adalah untuk dikongsi bersama dengan kawan-kawan Sofea di tadikanya.


2 Type Edible Image Cuppies
SIL telah memilih gabungan 2 jenis edible image iaitu Princess dan Spiderman.


Close up Edible Image Princess & Spiderman

Semoga Sofy Sofy suka dengan cuppies yang Mak Long buat. Happy 6th. Birthday Sofy!!!





Tuesday, February 15, 2011

CUPPIES TQ & MAKAN2 DAN KEK COKLAT KUKUS KEGEMARAN RAMAI

Salam penuh kekeliruan. Semalam sempena cuti sambuatn maulidur rasul penulis telah membawa anak-anak bersiar-siar di kuala lumpur. Jadi pagi ini penulis terus menganggap hari ini adalah hari Isnin semula dan semalam adalah hari minggu. Mujur penulis cepat tersedar dan meng'reset' minda penulis ke hari yang betul iaitu Rabu.

Mix Cuppies For Kids

Tempahan kali ini dari puan Mawar bagi pihak adiknya. Puan Mawar pernah menempah cupcakes dari kami sebelum ini. Terimakasih kerana sudi menempah dari kami ya. 2 kotak cuppies telah ditempah. Kotak pertama terdiri daripada 25 biji cuppies campuran untuk kanak-kanak.


TQ Cuppies

Kotak kedua pula adalah cuppies 15 biji bertemakan flora dari buttercream dan ucapan terimaksih yang diperbuat daripada coklat kompaun yang sedap.

New Product - Chocolate + Buttercream Deco (C+C)
Kesemua cuppies diletakkan dalam kotak khas bertingkap. Sesuai sebagai pemberian hadiah.


Chocolicious Choc Cake With Ganache And Sprinkles
Puan Mawar juga menempah kek kukus coklat berganache serta coklat urai berwarna warni saiz L untuk beliau makan-makan bersama keluarga.







Saturday, December 25, 2010

CUPPIES N COKLAT PERTUNANGAN

Salam Sabtu. Selepas balik dari bercuti-cuti penulis segera menyiapkan tempahan dari kenalan FB penulis iaitu Salama. Beliau telah menempah cupcake dan coklat untuk pertunangan.

Cuppies 3 Warna

Cuppies deco ros 3 warna kelihatan amat ceria sekali.


Cuppies Dalam Window Box (Kotak Bertingkap)

Cupcake diletakkan di dalam lubang-lubang khas dalam kotak bertingkap untuk memastikan ia tidak terbalik, mudah dibawa ke mana-mana sahaja serta nampak jelas kandungan di dalamnya. Amat sesuai sebagai hantaran pertunangan atau perkahwinan.



Coklat Campuran 35 pieces

Terdiri daripada campuran coklat praline, coklat gelap (dark chocolates) dan coklat putih, inti badam penuh, kismis serta bertih beras beserta abjad ucapan yang diperbuat dari coklat kuning dan putih .



Kotak Coklat Bertingkap dan Bercorak

Kami di Mikaidamann mengucapkan terimakasih kepada Salama atas kesudian menempah dari kami dan "Selamat Bertunang untuk pasangan Huda & Qudzzie".






Thursday, December 2, 2010

Cupcake Epal & Kek Vanilla Madeira

Salam cuti-cuti sekolah semua. Kebetulan minggu ini penulis tiada tempahan maka dengan seronoknya penulis menggunakan masa yang terluang untuk membawa anak-anak beriadah dah juga mencuba resepi-resepi baru.

Semalam penulis ke MAHA. Teramatlah ramai pengunjung walaupun pada hari biasa (weekday) dan terlalu luas tak dapat di'cover' oleh penulis sekeluarga dalam 1 hari. Hujung lawatan teramatlah penat tapi seronok kerana bermacam-macam ada di sana dan bagaikan satu 'adventure' pula untuk kami.

Cuppies Epal

Berbalik kepada mencuba resepi baru pula. 2 resepi telah dicuba try test oleh penulis iaitu cupcake epal dan kek vanilla madeira. Kedua-duanya dari buku yang penulis beli iaitu vanilla madeira cake dari 'over the top' oleh Norzailina Nordin dan cupcake epal dari 'keajaiban kek cawan' oleh Wendy Kok.


Gambar di atas adalah potongan kek cawan epal. Yang berketul-ketul itu adalah ketulan epal yang dipotong kiub. Memang sedap dan gebu kek cawan ini.

Kek Vanilla Madeira
Kek ini amat mudah dibuat kerana semua bahan-bahan dicampur dan diputar sekaligus. Kek ini kurang gebu berbanding kek biasa tapi masih lagi terasa sedap apabila dimakan.



Apabila dipotong, kepingan kek tidak segebu kek mentega biasa tapi sedap dan amat senang pembuatannya.
InsyaAllah bila ada kelapangan, penulis akan mencuba lagi resepi-resepi baru dan mengupdate N3 di dalam blog ini.






Wednesday, November 24, 2010

CUPPIES DAN COKLAT CERIA

Salam kepada semua. Semoga semua sihat-sihat belaka. Baru-baru ini penulis dapat bertemu kembali teman persekolahan dari zaman sekolah menengah di reunion sekolah penulis. Teman penulis telah berbaik hati pula untuk menempah cupcakes dan coklat dari penulis. Terimakasih banyak-banyak ya Mazni kerana menyokong bisnes saya ini.

Cuppies dan Coklat ditempah oleh Puan Mazni

Kebetulan anak beliau akan menyambut ulang tahunnya pada bulan ini maka beliau menempah cupcakes Ben 10 untuk anak lelakinya manakala cupcake Princess pula untuk anak perempuannya yang juga tidak mahu ketinggalan menikmati cupcakes yang mempunyai edible image ini.


Cuppies Ben10 dan Princess

Puan Mazni juga ingin menjamu rakan-rakan di pejabatnya maka beliau menempah 2 kotak coklat campuran 35 biji (terdiri daripada coklat praline coffee, badam, bertih beras dan kismis serta gabungan coklat gelap dan coklat putih).

Coklat Campuran (35 biji) Beserta Tulisan
Tidak ketinggalan, beliau juga menempah 15 biji coklat campuran untuk beliau makan-makan dirumah bersama ahli keluarga.

Coklat Campuran 15 biji
Semoga Mazni, keluarga dan rakan pejabatnya gembira menikmati cuppies dan coklat-coklat ceria dari kami ini.







Monday, November 8, 2010

CUPCAKE KURANG MANIS

Salam penuh keceriaan. Minggu lepas penulis telah menghadiri sebuah majlis yang amat menggumbirakan penulis iaitu majlis perjumpaan sekolah menengah penulis dan jiran sekolah sebelah iaitu ARGS & SSA batch tahun 1987. Majlis tersebut amatlah meriah. Seronok apabila kita dapat berjumpa dengan teman-teman lama dan bertanya khabar serta perkembangan terbaru masing-masing.

Cupcake Kurang Manis ARGS & SSA

Apa kaitan blog ini dan reunion penulis? Ahli jawatan kuasa reunion telah sudi menempah cupcake dari penulis dan permintaan khas mereka adalah ianya hendaklah kurang manis. Maklumlah masing-masing rata-rata telah memasuki umur 40 tahun ini, jadi moto yang patut diamalkan adalah "kurangkan gula dalam makanan/minuman, lebihkan manis dalam senyuman". Thank you very much for the order ya!


Cupcake Sambutan 40 Tahun Kami

Penulis telah mengurangkan kandungan gula dalam adunan kek dan ising buttercream tetapi memastikan kek tetap sedap dan sesuai untuk dijamah beramai-ramai di majlis tersebut.

Cupcake kurang Manis Dalam Kotak Bertingkap
Majlis tersebut memang amat meriah dan dipenuhi dengan gelak ketawa masing-masing membuatkan penulis merasakan diri ini berumur 14 tahun mudanya. "Selamat Harijadi ke 40 untuk teman-teman persekolahan dan semoga panjang umur, murah rezeki, kita dapat berjumpa lagi."
Bagi siapa-siapa yang berminat untuk mendapatkan cupcake kurang manis ini silalah hubungi kami.





Wednesday, October 20, 2010

Cuppies Macam Macam Ada..

Salam ceria. N3 hari ini tentulah mengenai cupcakes, dah tajuk pun cuppies macam-macam ada (cmma). Kalau nak tahu apakah cmma tu sila lihat gambar di bawah.

CMMA

Tempohari SIL penulis Dr. Hartati meminta dibuatkan cuppies untuk di bawa ke rumah rakannya sempena jamuan hari raya yang masih diadakan walaupun bulan syawal telah berlalu. Penulis rasa, majlis makan-makan dengan saudara mara dan sahabat handai patut diadakan bila-bila masa sahaja dan bukan sahaja di dalam bulan raya. Ini kerana majlis-majlis sedemikian dapat merapatkan silaturrahim, mengukuhkan talian persaudaraan dan persahabatan.

Berbalik kepada kisah cmma. Kebetulan penulis membuat pelbagai cuppies seperti, cuppies dengan edible image kartun, bebola coklat dan deco flora buttercream untuk dijual di karnival jubli emas SKPJ maka penulis buatkan juga untuk SIL penulis. Untuk makluman cmma hanya dapat dibuat pada masa-masa tertentu sahaja dan tidaklah dibuka untuk tempahan.

Semoga Kak Tati dan rakan-rakannya menyukai cuppies yang penulis buatkan. Bon appetite!!!

Sunday, October 10, 2010

40TH. BIRTHDAY CUPPIES

Salam kesejahteraan semua. Minggu lepas penulis telah menerima tempahan cupcakes dari teman sekolah penulis yang kini menetap di Kuantan dan akan turun ke KL hari ini untuk meraikan sambutan harijadinya dengan teman-teman di sini.

Cuppies C+C iaitu Cupcakes + Chocolates

Puan Zuliana telah menempah 25 biji cupcakes dan meminta diletakkan edible image Barbie serta tulisan 'Happy Birthday' di atasnya. Penulis telah membuat cuppies C+C iaitu lapisan cupcake di bawah dan lapisan atas diletakkan coklat kompaun berbentuk hati serta butiran huruf juga dari coklat kompaun berwarna merah jambu untuk ungkapan Happy birthday tersebut.


Cuppies C+C Barbie

Semoga Zuliana gembira dengan cupcakes birthday khas ini. Welcome to the sweet 40's club Ana!!

Sesiapa yang ingin menempah cupcakes C+C ini sila hubungi kami.

Thursday, September 30, 2010

Cupakes Untuk MIL

Salam penuh kemaafan. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, penulis tidak dapat menerima tempahan dari kebanyakkan pelanggan minggu ini. N3 hari ini adalah mengenai cupcakes yang penulis buat khas untuk ibu mertua penulis (MIL) sempena 'open house' yang diadakan bersama-sama dengan adik ipar adik ipar penulis.

Cupcakes Open House Hari Raya

Penulis telah membuat pelbagai cupcakes antaranya adalah edible image hari raya, cupcake C+C iaitu cupcakes yang dideco dengan coklat kompaun di atasnya serta cupcakes buttercream bunga ros petite berwarna kuning. Untuk cupcake C+C, penulis telah menggunakan coklat berwarna berbentuk bunga dan ketupat sebagai hiasan.


Cupcakes Pelbagai yang Ceria

Sekiranya tiada aral, insyaAllah kami akan mula menerima tempahan kembali pada minggu hadapan. Segala kesulitan adalah amat kami kesali.