Showing posts with label Tarts. Show all posts
Showing posts with label Tarts. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

KEK BUZZLIGHTYEAR, KEK BLACK FOREST DAN TAT BUAH

Salam ceria semua. Tempahan kek-kek dan tat buah ini dibuat oleh Puan Rozana sempena harijadinya, suaminya dan anaknya yang kesemuanya sekaligus di dalam bulan April.


Tat Buah Mini

Kami menggunakan buahan segar sebagai topping tat buah kami. Saiz adalah mini (petite) dan tempahan minima adalah 50 biji.



Homemade Black Forest
Kek span coklat kek dibuat oleh penulis sendiri manakala lapisan luar iaitu icing cake adalah daripada fresh cream. Harap maklum bahawa kek ini perlu disimpan di dalam peti sejuk.


Simple Tapi Sedap
Kek yang kami buat tidaklah secantik atau sekemas seperti kek dijual di kedai bakeri namun ianya dibuat dari bahan yang segar serta halal dan insyaAllah sedap rasanya.



Kek Choc Moist Buzzlightyear

Edible image dari kartun kegemaran anak perempuan Puan Rozana. Disaluti buttercream berwarna biru lembut.



Pandangan Sisi Kek

Penulis telah membuat ungkapan "to infinity and beyond" dari coklat kompaun dan lapisan bawah kek disaluti coklat urai berwarna warni.


Selamat harijadi untuk Puan Rozana sekeluarga dan terimakasih kerana sudi menempah dari kami.




















Friday, January 7, 2011

FRUIT TARTS ANYONE???

Salam hujung minggu. Semoga hujung minggu kita dipenuhi dengan keceriaan. Baru-baru ini penulis menerima tempahan tat buah. Setelah berbalas-balas sms rupanya Puan Hani yang ingin menempah dari penulis merupakan jiran di kawasan perumahan penulis dan tinggal agak berdekatan sahaja.


Tat Buah - Fruitilicious

Puan Hani telah menempah tat buah yang kecil tapi mengancam ini untuk jamuan di pejabat beliau nun di putrajaya sana.



Untuk makluman semua, tat buah seelok-eloknya dimakan pada hari sama ia ditempah. Ini untuk memastikan kelongsong tat rangup serta kastadnya segar. Tat yang tidak dimakan segera hendaklah disimpan di dalam peti sejuk untuk memelihara kesedapannya dan memastikan ia tidak rosak kerana kastad tat mengandungi susu.

Salam perkenalan dan terimakasih daun keladi kepada Puan Hani atas tempahan ini.

Friday, October 8, 2010

Tat Buah dan kek untuk Besday-Besday

Salam untuk semua pembaca.

Azleen, teman blogger blog 'sweet decor' telah berbesar hati menempah dari penulis tat buah dan kek harijadi untuk majlis harijadi ahli keluarganya.

Tat Buah - small but yummilicious

Saja penulis mengambil gambar tat dalam posisi begini kerana berasa bosan dengan gambar-gambar yang penulis ambil agak skema dan 'rigid' selalu. Azleen telah menempah 50 biji tat buah dari penulis. Penulis ingin berkongsi malumat iaitu sekiranya tat buah ini tidak dimakan dengan segera, ia hendaklah disimpan di dalam peti sejuk agar kelongsong tat kekal rangup dan inti kastadnya tidak rosak.


Kek CNC 4 Disney Princess

Kek kukus Choc N Cheese (CNC) ini ditempah untuk harijadi ibu, Afreena, Aina dan Tisya. Sesuai dengan edible imagenya iaitu 4 puteri. Penulis menambah deco buttercream ros besar dan kecil warna ungu dan kuning di atasnya dan sugar wafer berwarna warni di sisi kek itu agar kek kelihatan ceria.

Kek Spiderman Choc Moist
Azleen juga menempah kek coklat lembap, 1 kg, untuk sambutan harijadi ayah dan anak lelaki Azleen iaitu Ameer. Penulis meletakkan edible image orang labah-labah di atas kek dan dihiasi dengan sawang labah-labah dari buttercream juga sprinkle coklat warna warni dan coklat bulat warna warni di sisinya.
Selamat Harijadi dari kami di Mikaidamann untuk ahli keluarga Azleen yang menyambut ulang tahun pada tahun ini. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya.
Terima kasih daun keladi Azleen sebab sudi menempah dari kami. Sekiranya ingin menempah kek, tat ataupun cupcake lagi dari kami janganlah segan silu menghubungi kami ya.































Friday, June 25, 2010

Kek Kurma Walnut Berempah

Salam. Memandangkan bulan ramadhan akan menjelang dan diikuti pula dengan lebaran aidilfitri, kami disini sedang giat mencari dan mencuba resepi-resepi yang sesuai untuk Hari Raya. Ada antara kuih muih yang dibuat memang cuma pada perayaan ini dan sukar ditemui pada bulan-bulan lain.


Kek Kurma (tamar) Walnut Berempah

Antara produk yang dibuat adalah kek di atas. Ianya tidak berapa manis serta agak lembut dan sesuai dijamah pada pagi raya mahupun sebagai santapan berbuka puasa. Penulis membuat kek ini untuk diberikan kepada ibu mertua (MIL) serta adik-adik ipar.



Tat Buah-buahan

Tat buah-buahan ini pula dibuat untuk diberikan kepada jiran tetangga yang telah berbaik hati memberi kami jelly coklat yang amat sedap dan disukai oleh anak-anak kami. Tat buah-buahan ini juga diberikan kepada adik ipar (SIL) yang telah memintanya pada minggu lepas mungkin untuk minum petang bersama keluarga.

Kepada sesiapa yang ingin menempah kek kurma ataupun tat buah-buahan ini sila hubungi kami di nombor yang tertera di blog ini.

Saturday, May 1, 2010

Untuk Hubby Tersayang

Kisah hari ini sepatutnya dah lama diupdatekan ke dalam blog ini. Namun, memandangkan terlalu banyak perkara berlaku menyebabkan baru hari ini dapat disiarkan (antara sebabnya adalah penulis agak kelam kabut dan sering terlupa meng'update'kan blog mengikut turutan!)


Say it with cuppies!!!

Tempahan cupcake ini dibuat oleh Shifa (blogger "ntahapehapentah" ) dari UIA, pj, sempena birthday hubbynya yang tersayang. Lupa pulak nak bertanya untuk birthday yang ke berapa. Beliau meminta dibuatkan deco warna merah, biru, pink, putih dan hitam serta tulisan penuh erti seperti di dalam gambar di atas. Harap hubby tersayang Shifa enjoyed the cuppies!

Shifa juga menempah fruit tarts yang comel tapi mengancam tentunya untuk dinikmati bersama yang tersayang dan telah membantu penulis mempelajari sedikit sebanyak mengenai blogging kerana penulis amat tidak arif dalam hal blogging memblogging ini. Beliau telah membuat review yang memberangsangkan mengenai produk-produk yang telah ditempah termasuklah mengenai Nasi Arab Maglubah kami. Pada yang ingin tahu review beliau silalah berkunjung ke blog Shifa ya.Terima kasih banyak-banyak Shifa!

Friday, April 30, 2010

Rezeki Hari Jumaat...

Alhamdullilah. Hari Jumaat yang berkat ini mendatangkan rezeki kepada kami apabila sahabat yang bertugas di UIA, Petaling Jaya, Nazira telah menempah Nasi Arab Maglubah kami untuk seramai 50 orang sebagai juadah makan tengah hari di pejabat beliau.



Nasi Maglubah Kofta Kambing

Nazira telah menempah 20 Nasi Maglubah Ayam, 20 Nasi Kofta Daging dan 10 Nasi Kofta Kambing. Terima kasih banyak-banyak di atas kesudian beliau menempah dari kami. Harap-harap semua di pejabat beliau menikmati juadah tersebut.

Floral Deco Cuppies
Sempena harijadi beliau baru-baru ini, Nazira juga telah menempah buttercream cupcakes deco floral (bunga-bunga) campuran warna pink dan purple untuk beliau dan keluarga nikmati. Hope you and your family like it dear!!!

Chocolate mixes
Nazira juga menempah chocolate mixes - 35 keping yang antaranya ada mengandungi badam, raisin, coffee praline, strawberry praline dan nutty nut di dalamnya, sempena harijadi beliau. Enjoy the chocolates!!!


Fruitty Tart- small but yummilicious
Tak ketinggalan juga fruit tart ditempah untuk jamuan di pejabat beliau. Again, thank you very much Nazira. lain kali boleh order lagi ya!

Alhamdullilah. Rezeki hari Jumaat kami.




Tuesday, April 27, 2010

Fruit N Choco Tarts - Small but yummylicious

My small but yummylicious tarts (kecil tapi mengancam)!!!!

Choco Tart

Tart kiut dengan coklat sebagai inti dan ditabur dengan colour chocolate sprinkles ini merupakan favorite anak perempuan saya. Banyak ini saja yang sempat diambil gambar kerana selebihnya telah dibawa lari oleh beliau dan didepositkan dengan kadar segera ke dalam tummynya. Choco tart ini seringkali digemari oleh kanak-kanak dan sesuai sebagai hidangan ringan di majlis harijadi.






Fruit Tart

Fruit tart ini pula merupakan kegemaran saya. Dengan mudahnya 10 biji dapat saya makan sekali hadap kerana rasanya yang rangup, masam dan manis rata-rata amat memenuhi citarasa saya serta peminat tart yang lain. Buah pic serta stroberi/anggur/kiwi (bergantung ke atas availability) disusun di atas kastad manis yang lembut dan semua ini berada di atas kepingan seperti biskut yang rangup dan enak. Hidangan ini sesuai untuk makanan ringan (finger food) atau dessert selepas makanan utama di majlis-majlis keraian. Ia juga enak dihidang sebagai juadah minum petang bila-bila masa sahaja.

Choco tart dan fruit tart ini dijual pada saiz S dan dicadangkan untuk dimakan pada kadar segera atau disimpan dipetisejuk untuk memastikan kerangupan dan keenakkan tart ini terjamin.

Tuesday, September 29, 2009

Feast Your Eyes, Heart And Your Tummieslah

AHLAN WA SAHLAN













Nasi Arab Maglubah (Ayam)


Nasi Kofta Daging (Lembu)


Nasi Kofta Daging (Kambing)


Dadih pelbagai perisa




Berita gembira untuk mereka yang berada di Lembah Kelang terutamanya di kawasan Petaling Jaya, Kelana Jaya, Subang Jaya, Puchong dan Shah Alam serta di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur,Damansara, Bangi, Putrajaya dan Ampang. Kami ada menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah dan pejabat anda!!!.





Kini anda dapat menikmati masakan timur tengah yang asli lagi enak dan lazat. Menu pesanan adalah seperti berikut:

  • Nasi Arab Maglubah Ayam

  • Nasi Kofta Daging Lembu

  • Nasi Kofta Daging Kambing

  • Dadih pelbagai perisa

  • Kofta daging lembu (beku)

  • Kofta daging kambing (beku)

Syarat Dan Terma


1. Harga adalah seperti berikut:

Menu

Nasi Arab Maglubah Ayam RM8/satu (minima 15 unit)
Nasi Kofta Daging Lembu RM9/satu (minima 15 unit)
Nasi Kofta Daging Kambing RM10/satu (minima 15 unit)
Kofta daging lembu RM3/satu (minima 20 ketul)
Kofta daging kambing RM4/satu (minima 20 ketul)
Dadih * RM1.20/satu (bekas besar-minima 100pax)
* RM0.80/satu (bekas kecil-minima 200pax)

*Bekas styrofoam dan sudu termasuk di dalam sebutharga bagi dadih.


2. Tempahan perlu di buat sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh penghantaran.


3. Bayaran deposit adalah separuh dari harga keseluruhan tempahan (tidak akan dipulangkan sekiranya terdapat pembatalan pesanan) dan bayaran penuh perlu dijelaskan apabila menerima tempahan.

4. Caj penghantaran akan dikenakan untuk setiap tempahan dan jumlah caj adalah mengikut jarak.


KAMI JUGA MENYEDIAKAN PELBAGAI JUADAH MANISAN (DESSERT) - untuk jamuan harijadi, kenduri, jamuan ringan di pejabat, cenderahati (door gift) dan sebagainya.


Senarai juadah adalah seperti berikut:


  • Aneka Cupcakes - buttercream (rose, pipping gel deco, triple small rose, cartoon sugar paper i. e. princess, Ben 10 etc.)

  • Fancy cookies - pelbagai bentuk (boy, girl, ice cream, teddy bear, dinosour, train, cat and heart)

  • Chocolate - pelbagai bentuk/jenis (teddy bear, pralines, nut filled, raisin filled, whole almond, almond nib, raisin filled and wafer covered choc)
  • Fruit tarts dan chocolate tarts


Senarai harga adalah seperti di bawah :-


  • aneka cupcakes : 25 biji - dari RM35 (size 3.5cm)

  • chocolate :-
  • nutty teddy (plastic bag) - 80 sen satu (minima 100 keping), choc in a box (pelbagai bentuk - daun, segiempat, hati, nenas, bunga, teddy bear, fish) - RM1 satu (minima 50 kotak), choc. hantaran in a box (pelbagai jenis - pralines, whole almond, raisin, wafer, almond nibbed)- RM45 (35 keping)
    Untuk makluman, semua produk coklat saya mengandungi kekacang atau campuran kekacang. (please note that all my chocolate products contains nuts or traces of nuts)
  • fruit tarts (saiz S) - 80 sen satu (minima 25 keping)/ coklat tart (saiz S) - 80 sen satu (minima 25 keping)



Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan sila hubungi :


0173661156 - En. Idzmi, 0178812842- Pn. Aida atau emailto:aidagpr@gmail.com

Berusaha, Berdoa Dan Bertawakkal Kepada Allah




Hadith :Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”Riwayat Ibn an-Najjar

Untuk anda yang ingin merasa makanan timur tengah yang kami jual sila ke alamat tertera di bawah. Kami ada di alamat tersebut setiap Jumaat dari pukul 11.30 pagi sehingga 3.00 petang.


Makanan yang kami sediakan adalah halal, lazat serta berkhasiat, tanpa bahan pengawit atau MSG serta menggunakan rempah ratus yang diimpot. Kofta-kofta kami disediakan dengan menggunakan minyak zaitun dan harga produk-produk kami adalah amat berpatutan.



We are here...

No 7 Jalan 3/60, 46000 Petaling Jaya