Showing posts with label reunion. Show all posts
Showing posts with label reunion. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

MANISAN COKLAT UNTUK KENANGAN MANIS

Salam Cuti Hari Khamis. Penulis kadangkala terlupa akan tarikh dan hari apabila keadaan agak sibuk di rumah. Sekiranya tidak diingatkan penulis hampir memarahi anak-anak agar siap ke sekolah sedangkan hari ini adalah cuti am sempena thaipusam. Adakah ini salah satu tanda-tanda kematangan umur penulis???

Coklat Campuran 35 Biji

Kakak ipar penulis iaitu Datin Dr. Hartati telah menempah coklat untuk dibawa ke majlis perjumpaan di KL hari ini. Coklat ini sungguh sesuai di bawa ke majlis-majlis sebegini kerana tentunya juadah yang manis bertepatan dengan banyaknya kenangan manis lama diimbau dan kenangan manis baru dicipta di 'gathering/reunion' sebegini. Sekali sekala penulis ingin juga berfalsafah di blog ini.


Coklat campuran ini terdiri daripada coklat gelap bergabung dengan coklat putih, coklat susu berinti badam panggang penuh, coklat susu berkismis, coklat praline stroberi dan coklat susu dan coklat merah jambu mengandungi bertih beras koko. Kesemua coklat ini disusun di dalam kotak warna emas, serasi dengan ungkapan "golden moments and sweet memories"- falsafah kedua penulis untuk hari ini.

Terimakasih Kak Tati untuk tempahan ini - enjoy the chocolates and your get together event!!!

Monday, November 8, 2010

CUPCAKE KURANG MANIS

Salam penuh keceriaan. Minggu lepas penulis telah menghadiri sebuah majlis yang amat menggumbirakan penulis iaitu majlis perjumpaan sekolah menengah penulis dan jiran sekolah sebelah iaitu ARGS & SSA batch tahun 1987. Majlis tersebut amatlah meriah. Seronok apabila kita dapat berjumpa dengan teman-teman lama dan bertanya khabar serta perkembangan terbaru masing-masing.

Cupcake Kurang Manis ARGS & SSA

Apa kaitan blog ini dan reunion penulis? Ahli jawatan kuasa reunion telah sudi menempah cupcake dari penulis dan permintaan khas mereka adalah ianya hendaklah kurang manis. Maklumlah masing-masing rata-rata telah memasuki umur 40 tahun ini, jadi moto yang patut diamalkan adalah "kurangkan gula dalam makanan/minuman, lebihkan manis dalam senyuman". Thank you very much for the order ya!


Cupcake Sambutan 40 Tahun Kami

Penulis telah mengurangkan kandungan gula dalam adunan kek dan ising buttercream tetapi memastikan kek tetap sedap dan sesuai untuk dijamah beramai-ramai di majlis tersebut.

Cupcake kurang Manis Dalam Kotak Bertingkap
Majlis tersebut memang amat meriah dan dipenuhi dengan gelak ketawa masing-masing membuatkan penulis merasakan diri ini berumur 14 tahun mudanya. "Selamat Harijadi ke 40 untuk teman-teman persekolahan dan semoga panjang umur, murah rezeki, kita dapat berjumpa lagi."
Bagi siapa-siapa yang berminat untuk mendapatkan cupcake kurang manis ini silalah hubungi kami.





Sunday, July 25, 2010

CHOCOLATES N CUPCAKES TOGETHER-GETHER

Salam. Nampaknya ramai kalangan kita dapat merapatkan silaturrahim dengan menghadiri 'reunion/gathering' yang kerap diadakan sepanjang tahun kini. Dengan wujudnya teknologi maklumat makin mudah untuk kita menghubungi teman-teman yang telah lama tidak bersua. Penulis sendiri melalui 'facebook' dapat menghubungi semula kawan-kawan zaman sekolah rendah yang telah lebih 20 tahun terputus hubungan.


Floral Pink Buttercream Cupcakes

Tempahan kali ini dibuat oleh kakak ipar (SIL) penulis iaitu Dr. Hartati. Beliau menempah cupcakes dan coklat untuk dibawa ke perjumpaan dengan teman-teman lamanya. SIL tidak menetapkan konsep deco untuk cupcakesnya maka penulis dengan senang hatinya membuat deco kegemaran penulis iaitu tema flora. 2, 3 hari ini pula warna merah jambu menjadi warna pilihan penulis jadi bunga-bungaan di cupcakes diwarnakan warna itu dan warna putih pula untuk memberi sedikit kontras agar deco tidak tenggelam dengan warna merah jambu sahaja.


Mix Chocolate - 35 pieces

SIL juga menempah coklat pelbagai yang tentunya menggembirakan teman-temannya. Terdiri daripada coklat praline stroberi, praline coklat, badam, kismis, khulfi badam dan rice puff beserta coklat warna, teramatlah sesuai dikongsi bersama teman-teman tersayang.



Kotak Lutsinar dengan Bahagian Bawah Keemasan

Coklat yang ditempah SIL diletakkan penulis di dalam kotak khas lutsinar agar produk iaitu coklat yang amat chocolicious dan telah disusun dengan cantik dapat dilihat dengan jelas. Minta maaf gambar agak kurang menarik kerana penulis cuma menggunakan kamera handphone dan gambar telah diambil pada waktu malam. Terima kasih teramat sangat kepada Kak Tati atas tempahan dan diharap rakan-rakan Kak Tati menikmati chocolate n cupcakes together-gether ini!!!





Monday, May 17, 2010

Reunion dan Hari Guru

Sudah seminggu lebih penulis agak kurang sihat. Iyalah kita sihat untuk jangkamasa yang panjang, jadi sakit demam sekali kala pun ada hikmahnya. Alhamdullilah. Namun tugas dan tanggungjawab tetap perlu dilaksanakan. Terimakasih kepada keluarga yang sentiasa memahami dan menyokong.


Coklat Pelbagai Luv Box

Coklat ini penulis buat khas untuk cikgu-cikgu yang telah banyak berjasa sempena Hari Guru yang disambut baru-baru ini. Selalu sangat memberi jambangan bunga jadi apa salahnya hadiah untuk guru ditukar dengan pemberian coklat yang rata-rata disukai ramai. Coklat Luv Box ini juga sesuai sebagai hadiah kepada yang tersayang sempena sambutan harijadi, sambutan Hari Ibu atau Bapa dan sebagainya.


Choc Teddy in a Box
Coklat teddy ini pula dibuat untuk diberikan sabagai hadiah untuk diisi di dalam goodie bag dari penulis. Penulis telah menghadiri reunion sekolah rendah yang diadakan di sebuah kelab sukan di Kampung Bharu dan mereka yang menghadirinya telah diberikan cenderahati kiut dan sedap ini. Ada antara hadirin yang telah lebih 20 tahun tidak berjumpa. Semoga perjumpaan ini mengeratkan kembali silaturrahim antara kami. InsyaAllah.