Showing posts with label hariraya. Show all posts
Showing posts with label hariraya. Show all posts

Thursday, September 30, 2010

Cupakes Untuk MIL

Salam penuh kemaafan. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, penulis tidak dapat menerima tempahan dari kebanyakkan pelanggan minggu ini. N3 hari ini adalah mengenai cupcakes yang penulis buat khas untuk ibu mertua penulis (MIL) sempena 'open house' yang diadakan bersama-sama dengan adik ipar adik ipar penulis.

Cupcakes Open House Hari Raya

Penulis telah membuat pelbagai cupcakes antaranya adalah edible image hari raya, cupcake C+C iaitu cupcakes yang dideco dengan coklat kompaun di atasnya serta cupcakes buttercream bunga ros petite berwarna kuning. Untuk cupcake C+C, penulis telah menggunakan coklat berwarna berbentuk bunga dan ketupat sebagai hiasan.


Cupcakes Pelbagai yang Ceria

Sekiranya tiada aral, insyaAllah kami akan mula menerima tempahan kembali pada minggu hadapan. Segala kesulitan adalah amat kami kesali.



Thursday, September 23, 2010

CUPCAKE RAYA..BETUL KE CUTE SANGAT????

Salam malam. Malam ini N3 penulis mempunyai soalan yang agak meng"confuse"kan penulis iaitu mengenai cupcake cute atau cantik.

Cuppies Raya

Baru-baru ini penulis ada membuat cupcakes raya yang deconya terdiri daripada edible image hariraya dan buttercream untuk dijamu kepada kawan-kawan. Antara komen-komen yang kerap penulis terima adalah "cantik sangat cupcake ni, sayang nak makan" atau "cute sangatlah untuk dimakan".


Cupcakes Raya Lagi

Penulis merasa serba salah akan apa jawapan atau alasan yang patut penulis berikan kerana:-

1. Penulis memang suka menghias(deco) cupcakes dan suka cupcakes yang comel-comel
2. Pada penulis lagi cantik cupcakes atau tinggi nilai estetik sesuatu produk itu semakin puas hati para pelanggan dan hati penulis sendiri.
3. Cupcakes-cupcakes tersebut memang dibuat untuk dimakan dengan gumbiranya dan bukan hiasan untuk majalah atau model di atas meja.

Jadi soalan yang terletak di sanubari penulis adalah..betul ke kiut sangat cupcakes raya ini sampai ramai yang tak sampai hati untuk memakannya???

Apa yang penulis boleh kata adalah, nikmatilah paras rupa cupcakes raya ini beberapa saat, bacalah Bismillah dan nikmatilah pula rasanya dengan hati yang lapang. Hari Raya Aidilfitri hanya setahun sekali, maka cupcakes raya ini kemungkinan besar akan penulis buat pada musim raya sahaja.

Jadi, "enjoy the beautifull things in life now, before its too late"!!!


Bagi mereka yang ingin menempah cupcakes kiut miut raya ni, contactlah kami ya.

Monday, September 20, 2010

Cuppies + Chocolates(C+C) & Cuppies Hari Raya

Salam kepada semua pembaca blog ini. Selamat bertugas kepada semua yang kembali bertugas selepas seminggu lebih bercuti raya, selamat kembali ke sekolah bagi para pelajar dan selamat menduduki peperiksaan bagi pelajar-pelajar yang berkenaan.

Penulis kadang-kala akan mencuba produk-produk baru apabila berkesempatan untuk mempelbagaikan produk yang kami tawarkan. Kali ini produk terbaru yang dihasilkan adalah gabungan antara cupcake dan coklat iaitu cuppies + choc. (C+C).

Cuppies + Choc (produk terbaru- C+C)

Sempena harijadi 2 anakbuah penulis iaitu Umar dan Iman, penulis telah menghadiahkan mereka C+C ini.


Khas untuk Umar dan Iman

Produk C+C terdiri dari cupcake sebagai lapisan bawah manakala lapisan dan tulisan di atasnya adalah diperbuat daripada coklat kompaun. Untuk hadiah harijadi ini coklat dasarnya adalah coklat kismis dan coklat berwarna digunakan sebagai tulisan. Double delicious!!!

"Makda harap Umar dan Iman suka dengan hadiah dari makda ni".

Siapa-siapa yang ingin menempah produk C+C ini hubungilah kami.


Cuppies Raya

Tidak ketinggalan adalah cuppies raya yang dihidangkan kepada teman-teman yang sudi singgah ke rumah kami pada hujung minggu lepas.

Cuppies raya ini terdiri daripada lapisan buttercream di dasar dan terdapat edible image (sugar paper) bergambar dan/atau tulisan Selamat Hari Raya/Salam Aidilfitri di atasnya. Amat sesuai sebagai hidangan jamuan sempena open house hari raya yang sedang rancak diadakan sekarang.

Siapa-siapa berminat menempah cuppies hari raya ini, hubungilah kami dengan segera ya.

Monday, September 6, 2010

SALAM AIDILFITRI DAN HAMPER MADE WITH LOVE

Salam akhiran ramadhan. Sempena syawal yang menjelang, kami di Mikaidamann menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya terkasar bahasa, tersilap bicara. Kepada pelanggan-pelanggan kami, halalkanlah apa-apa yang terlebih dan terkurang sepanjang berlakunya urusniaga di antara kita. Semoga syawal anda semua diberkati dan dipenuhi dengan kegembiraan walau di mana jua anda berada.


Penulis tidak berapa arif dalam penyediaan hamper tetapi memandangkan telah memasang niat untuk menghadiahkan abah di kampung serta MIL&FIL di sini sebuah hamper raya maka penulis usahakan juga. Walaupun hamper ini agak ringkas tapi ia penuh dan sarat dengan hasil tangan dan kasih sayang dari penulis serta suami.


Hamper Kasih Sayang Hari Raya

Walaupun hamper ini agak ringkas tetapi ia sarat dengan hasil titik peluh kerja tangan dan kasih sayang penulis serta suami. Iyalah, semasa kita kecil, mak dan ayah kita bersusahpayah menyediakan dan memberi pelbagai perkara kepada kita untuk menceriakan hariraya kita jadi apa salahnya kita pula yang memberi mereka sedikit balasan sebagai tanda penghargaan kita.



Antara barangan di dalam hamper ini adalah almond puff rocher, coklat kurma badam, ketupat mini choc, biskut choc chip kurma, kek kurma ceri walnut berempah dan jus delima. Semua buatan air tangan sendiri (homemade kecuali jus). Semoga ayahanda dan bonda kami gembira dengan pemberian kami ini.
SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI DI MIKAIDAMANN F&B



Kek Kurma Ceri Walnut Berempah

Salam. N3 kali ini panjang sikit nama dia - kek kurma ceri walnut berempah, tu dia, penulis tak tahu nama singkatan apa yang patut digunakan. Berbelit juga lidah nak menyebutnya. Penulis telah membuat 3 biji kek ini semalam. Untuk ringkaskannya kita panggil kek kurma sajalah.

Kek Kurma Ceri Walnut Berempah

Kek kurma ini sememangnya mengandungi buah kurma, ceri, kekacang walnut dan rempah yang dimaksudkan adalah serbuk kayu manis. Sepatutnya serbuk halia digunakan tetapi setelah penulis membuat eksperiman dan bega, kek ini lebih enak jika dicampurkan dengan rempah kayu manis.


Kek di dalam kotak khas yang menarik

Penulis telah membuat kek ini untuk tempahan dan juga untuk diberikan kepada abah di kampung serta MIL&FIL di petaling jaya. Kek ini akan diletakkan di dalam hamper yang penulis akan buat sendiri dan akan diupdate di dalam N3 kemudian.


Kek dibalut dengan 'clingwrap"

Kek kurma ini agak lembap (moist) dan perlu dibalut dengan 'clingwrap' untuk memastikan ia kekal segar dan sedap sebelum ia disimpan di dalam kotak khas untuknya.


Kek Kurma Hari Raya
Kek ini amat sesuai sebagai hidangan hariraya dan sebagai hadiah untuk yang tersayang. Ia juga sesuai sebagai juadah hidangan minum petang namun penulis cuma membuat kek ini pada bulan ramadhan kerana kesukaran untuk memperolehi buah kurma pada bulan-bulan yang lain.

Bon appetite!!!