Thursday, January 27, 2011

KEK KUKUS COKLAT GANACHE KEGEMARAN RAMAI

Salam Malam. Puan Rina yang sebelum ini telah menempah kek harijadi dan kek kukus coklat telah menempah kek lagi dari kami. Terimakasih teramat sangat atas kesudian menempah kek-kek kami ini ya.

Kek Kukus Coklat Ganache Dan Sprinkles Size XL

Sebelum ini Puan Rina telah menempah kek kukus saiz L, pada kali ini beliau telah menempah 3 kek kukus ini bersaiz XL pula.


Pandangan Sisi Kek Kukus Coklat Ganache dan Sprinkles

Terdapat 3 saiz kek kukus iaitu M, L dan XL. Kek ini memang amat digemari ramai dan selalunya dengan cepat laris apabila kek ini kami jual di mana-mana ekspo atau karnival yang kami sertai. Sila hubungi kami 7 hari in advance untuk menempah kek ini.


Monday, January 24, 2011

KEK BESDAY DAN KEK MAKAN MAKAN

Salam Ceria Selasa. N3 hari ini tentunya mengenai kek, tajuk pun dah sah-sah tertera kek besday dan kek makan-makan kan.

Fuad dan Rina dari Cheras telah menempah kek kukus coklat berganache dan sprinkles serta kek harijadi chocolate moist untuk meraikan harijadi anak saudara kesayangan mereka. Bertuah sungguh birthday boy iaitu Omar Yusuf.

Kek Coklat Berganache (Size L)

Kek kukus coklat berganache terdapat dalam 3 saiz iaitu M,L dan XL. Coklat sprinkle berwarna warni ditabur di atas lapisan ganache untuk menyedapkan dan mencantikkan lagi kek kukus yang enak ini. Sesuai untuk dimakan sewaktu petang dengan keluarga ataupun untuk menjamu tetamu yang datang ke rumah.


Bumble Bee Transformer Birthday Cake
Gambar di atas adalah kek coklat moist 1 kg plus plus, yang dideco dengan buttercream dan edible image transformer.

Pandangan Sisi Kek Birthday Transformer
Penulis telah membuat corak berbentuk lambang autobot dari coklat gelap dan kepingan kiub dari coklat putih sebagai deco sisi kek.
Terimakasih daun keladi dari Fuad dan Rina kerana sudi menempah dari kami.
Kek-kek yang penulis buat tidaklah secantik kek yang dijual dikedai-kedai bakeri namun ianya dibuat segar iaitu apabila ada tempahan sahaja dan ia dibuat dengan penuh kasih sayang serta tiada bahan pengawet di dalamnya. Bagi yang ingin menempah kek dari kami silalah hubungi kami. Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 7 days in advance ya.





Sunday, January 23, 2011

MUFFIN DAN DADIH MARHABAN

Salam Malam. Penulis kadang-kadang agak risau kerana bahasa yang digunakan dalam blog penulis agak lintang pukang. Harap pembaca terutamanya cikgu-cikgu bahasa yang membaca blog ini dapatlah bersabar ya.

Puan Sallieyna yang telah beberapa kali mengorder produk dari penulis lagi sekali telah menempah dari kami. Kali ini dadih dan mufin pula. Terimakasih banyak-banyak ya Sally untuk repeat order ini.

Dadih 3 Perisa - Stroberi, Keladi dan Jagung

Puan Sallieyna telah menempah dadih sebanyak 150 biji untuk dihidangkan sempena majlis marhaban anak kesayangannya, manakala mufin 100 biji pula ditempah bertujuan untuk diberikan di dalam goodie bag untuk para hadirin.


Muffin Inti Jam Stroberi

Penulis telah membungkus muffin-muffin dengan plastik bercorak yang menarik agar muffin kelihatan cantik dan mudah untuk diisi ke dalam goodie bags.

Muffin Kismis dan Muffin Coklat Cip
Semoga anak Sally akan membesar menjadi orang-orang yang beriman serta dirahmati dan diberkati Allah hendaknya.
Bagi yang ingin menempah dadih dan muffin dari kami sila hubungi kami dengan segera. tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 7 hari in advance ya.





Wednesday, January 19, 2011

MANISAN COKLAT UNTUK KENANGAN MANIS

Salam Cuti Hari Khamis. Penulis kadangkala terlupa akan tarikh dan hari apabila keadaan agak sibuk di rumah. Sekiranya tidak diingatkan penulis hampir memarahi anak-anak agar siap ke sekolah sedangkan hari ini adalah cuti am sempena thaipusam. Adakah ini salah satu tanda-tanda kematangan umur penulis???

Coklat Campuran 35 Biji

Kakak ipar penulis iaitu Datin Dr. Hartati telah menempah coklat untuk dibawa ke majlis perjumpaan di KL hari ini. Coklat ini sungguh sesuai di bawa ke majlis-majlis sebegini kerana tentunya juadah yang manis bertepatan dengan banyaknya kenangan manis lama diimbau dan kenangan manis baru dicipta di 'gathering/reunion' sebegini. Sekali sekala penulis ingin juga berfalsafah di blog ini.


Coklat campuran ini terdiri daripada coklat gelap bergabung dengan coklat putih, coklat susu berinti badam panggang penuh, coklat susu berkismis, coklat praline stroberi dan coklat susu dan coklat merah jambu mengandungi bertih beras koko. Kesemua coklat ini disusun di dalam kotak warna emas, serasi dengan ungkapan "golden moments and sweet memories"- falsafah kedua penulis untuk hari ini.

Terimakasih Kak Tati untuk tempahan ini - enjoy the chocolates and your get together event!!!

Sunday, January 16, 2011

CAKE N COKLAT OREO BESDAY BOYS

Salam awalan minggu. Hujung minggu penulis baru-baru ini dipenuhi dengan penuh suka duka. Gembira kerana dapat menyambut harilahir anak sulung penulis bersama keluarga pada hari Sabtu lepas. Berduka kerana pada pagi Ahad penulis mendapat berita teman sepersekolahan dahulu meninggal dunia akibat barah otak. Beginilah suratan kehidupan. Dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali.

Mix n Match Choco Oreo

Puan Sallieyna yang pernah menempah kek dari penulis untuk anak perempuannya telah menempah choco oreo dan kek untuk sambuatan harijadi anak lelaki beliau pula.


Pelbagai Warna Ceria Choco Oreo

Choco oreo yang sedap dan digemari kanak-kanak ini amat sesuai untuk majlis-majlis harijadi atau untuk diletakkan di dalam goodie bags. Mix n match terdiri dari bentuk bunga, hati, muka haiwan serta pelbagai bentuk bebola.


Kek Orang Labah-labah/ Spidey

Kek 1 kg deco buttercream berserta edible image spiderman juga telah ditempah oleh Puan Sallyiena.


Side Profile Kek Spidey
Penulis telah mendeco sisi kek dengan sawang labah-labah, coklat labah-labah serta disusun coklat batuan di hujung kek.



Labah-labah Coklat di Sisi Kek
Penulis telah menghasilkan sendiri coklat labah-labah dari coklat gelap kompaun untuk melengkapkan efek sawang labah-labah dan tema kek spiderman.
Terimakasih kepada Puan Sallieyna atas tempahan berulang beliau. Harap birthday boy suka dengan kek dan choco oreo dari kami.









Friday, January 7, 2011

FRUIT TARTS ANYONE???

Salam hujung minggu. Semoga hujung minggu kita dipenuhi dengan keceriaan. Baru-baru ini penulis menerima tempahan tat buah. Setelah berbalas-balas sms rupanya Puan Hani yang ingin menempah dari penulis merupakan jiran di kawasan perumahan penulis dan tinggal agak berdekatan sahaja.


Tat Buah - Fruitilicious

Puan Hani telah menempah tat buah yang kecil tapi mengancam ini untuk jamuan di pejabat beliau nun di putrajaya sana.



Untuk makluman semua, tat buah seelok-eloknya dimakan pada hari sama ia ditempah. Ini untuk memastikan kelongsong tat rangup serta kastadnya segar. Tat yang tidak dimakan segera hendaklah disimpan di dalam peti sejuk untuk memelihara kesedapannya dan memastikan ia tidak rosak kerana kastad tat mengandungi susu.

Salam perkenalan dan terimakasih daun keladi kepada Puan Hani atas tempahan ini.

Tuesday, January 4, 2011

KEK HARIJADI DI TAHUN BARU

Salam ceria. Rasanya masih belum terlewat untuk kami di MIKAIDAMANN mengucapkan selamat tahun baru 2011. Alhamdullilah, ini N3 pertama penulis untuk tahun ini.

3 Princess Cake

Kek ini telah ditempah oleh kenalan penulis khas untuk harijadi anaknya yang ke 16. Kek diperbuat dari choc moist seberat 1 kg, dideco dengan buttercream merah jambu dan dihiasi dengan edible image 3 Princess.


Gambar Sisi Kek 3 Princess

Penulis telah menghias bahagian atas edible image dengan tulisan ucapan dan bunga ros petite merah kuning di sekelilingnya. Bahagian sisi pula diletakkan kepingan coklat kompaun merah jambu bercorak di selang seli dengan hiasan gula bentuk merah hati.



Close up hiasan sisi Kek 3 Princess

Terimakasih kepada Puan Salieyna kerana menempah dari saya. Semoga kek ini dapat memberikan keceriaan kepada 'the birthday girl'.