Sunday, January 16, 2011

CAKE N COKLAT OREO BESDAY BOYS

Salam awalan minggu. Hujung minggu penulis baru-baru ini dipenuhi dengan penuh suka duka. Gembira kerana dapat menyambut harilahir anak sulung penulis bersama keluarga pada hari Sabtu lepas. Berduka kerana pada pagi Ahad penulis mendapat berita teman sepersekolahan dahulu meninggal dunia akibat barah otak. Beginilah suratan kehidupan. Dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali.

Mix n Match Choco Oreo

Puan Sallieyna yang pernah menempah kek dari penulis untuk anak perempuannya telah menempah choco oreo dan kek untuk sambuatan harijadi anak lelaki beliau pula.


Pelbagai Warna Ceria Choco Oreo

Choco oreo yang sedap dan digemari kanak-kanak ini amat sesuai untuk majlis-majlis harijadi atau untuk diletakkan di dalam goodie bags. Mix n match terdiri dari bentuk bunga, hati, muka haiwan serta pelbagai bentuk bebola.


Kek Orang Labah-labah/ Spidey

Kek 1 kg deco buttercream berserta edible image spiderman juga telah ditempah oleh Puan Sallyiena.


Side Profile Kek Spidey
Penulis telah mendeco sisi kek dengan sawang labah-labah, coklat labah-labah serta disusun coklat batuan di hujung kek.



Labah-labah Coklat di Sisi Kek
Penulis telah menghasilkan sendiri coklat labah-labah dari coklat gelap kompaun untuk melengkapkan efek sawang labah-labah dan tema kek spiderman.
Terimakasih kepada Puan Sallieyna atas tempahan berulang beliau. Harap birthday boy suka dengan kek dan choco oreo dari kami.









4 comments:

  1. Bape harga kek spiderman tu kak?

    hehehe..mana tau nanti bule beli time b/day anak2...

    ReplyDelete
  2. email saya yastross@gmail.com...sori lope lak nak bg email.

    ReplyDelete
  3. Yas, kek ni dlm 1 kg plus2 dgn edible image (spiderman) $55 je. Tapi akak warning awal2 yek..kek akak takla secantik kek kat bakeri2 tu..maklumla amatur hehe...kalau nak oder at least 1 week in advance ye..akak tak simpan sangat stok edible image kat rumah..

    ReplyDelete
  4. okeh kak...tq. Kalau saya nak nti sy inform kat akak...thanks.

    ReplyDelete