Showing posts with label Kek Red Velvet. Show all posts
Showing posts with label Kek Red Velvet. Show all posts

Monday, April 23, 2012

KEK RED VELVET SPIDERMAN UNTUK ARASH

As Salam dan selamat sejahtera. Nampaknya demam red velvet masih berterusan. Kali ini kek red velvet dengan edible image spiderman ditempah oleh mama Arash sempena harijadinya yang ke 5.

Wednesday, November 9, 2011

RED VELVET MANIA

Salam semua. Bagaimana dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha tempoh hari. Kepada yang melakukan ibadah korban semoga ibadah kita diterima Allah hendaknya. Entry kali ini adalah gabungan tempahan kek dan cuppies red velvet yang telah kami buat.



Monday, September 26, 2011

Kelas Cuppies Dan Salam Kerinduan

Salam kerinduan. Agak lama tidak meng'update' blog ini. Baru-baru ini penulis telah mengambil kelas pelbagai cuppies untuk menambah ilmu dan menambah kepelbagaian produk yang ditawarkan oleh kami. Inilah hasil dari kelas cuppies tersebut. Antara cuppies yang dipelajari adalah red velvet, peanut butter, carrot dan coklat.



Sesiapa yang berminat untuk menempah cupcakes ini silalah hubungi kami. Tempahan hendaklah sekurang-kurangnya 7 hari dari tarikh dikehendakki.

Thursday, June 23, 2011

KEK WEDDING UNTUK 2 PASANG MEMPELAI

Salam. Alhamdullilah, masalah teknikal telah dapat diatasi.

Salam ceria kepada semua. Agak lama tidak mengupdate blog. Blog kami mengalami sedikit masalah teknikal kebelakangan ini. Entry kali ini pula adalah mengenai 2 kek perkahwinan yang telah ditempah oleh regular customer kami iaitu Puan Nazira dari UIA.
Kedua-dua kek adalah untuk 2 pasang mempelai yang melangsungkan perkahwinan mereka ketika cuti sekolah baru-baru ini.
Kek adalah kek red velvet, diselaputi oleh ising buttercream dan dihiasi dengan bunga-bungaan sugarpaste. Tema warna bagi kedua-dua perkahwinan adalah hijau pucuk pisang.
Terima kasih daun keladi kepada Nazira kerana sudi menempah kek dari kami. Kami di sini ingin mengucapkan tahniah dan semoga kedua-dua pasangan mempelai bahagia hingga ke anak cucu.
Kepada yang berminat sila hubungi kami. Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 1 bulan awal.

Friday, April 8, 2011

CINDERELLA SOFY N SPIDERMAN ARASH RED VELVET BESDAY CAKE

Salam sejahtera. Akhirnya berjaya juga penulis mengupdatekan blog ini. Kadangkala kelajuan tenet adalah selaju siput maka penulis tangguhkan hinggalah ke hari ini. Tajuk Ntry kali agak memang panjang. Sesuai dengan kek birthday untuk 2 kanak-kanak yang cute ini.
Kek Harijadi Red Velvet dengan Cream Cheese Buttercream
Kek khas ini ditempah oleh SIL penulis iaitu Aisya Salwa yang merupakan repeat customer penulis.
Coklat Labah-labah dan Coklat Bunga - Pandangan Sisi
Penulis telah menempah edible image gambar-gambar birthday boy and girl bersama-sama karektor kartun kegemaran masing-masing. Sisi kek pula dihiasi dengan homemade coklat buatan tangan penulis serta di kelilingi oleh jelli pelbagai warna dan coklat M&M.
Kek Birthday 2.5 kg
SIL telah memilih cream cheese buttercream yang memang sesuai dimakan bersama kek red velvet. Thank you very much sis for ordering from yours truly and Happy Birthday to Sofy and Arash!!!

Tuesday, March 15, 2011

2 Kek Untuk Birthday Dotter

Salam cuti sekolah semua. Baru-baru ini anak penulis menyambut harijadinya yang ke 5. Penulis telah membuat 2 jenis kek.

Kek Red Velvet dengan Cheese Buttercream

Kek red velvet dibuat untuk dimakan bersama-sama ahli keluarga belah suami. Anak penulis telah meminta diletakkan juga edible image princess di atas kek ini.

Kek Yang Telah Selamat Dipotong

Kek red velvet ini memang sesuai dimakan dengan cream cheese buttercream. Amat sedap rasanya.



Kek Princess/Doll

Untuk sambutan di belah keluarga penulis, sebiji kek princess iaitu kek butter disalut dengan buttercream telah penulis hasilkan. Anak penulis amat menggemari tema princess maka kedua-dua kek telah dibuat mengikut kehendak besday girl!

Happy 5 years old anak mama ~ semoga termasuk di dalam golongan orang-orang yang beriman, baik tingkah laku dan akhlak, dirahmati dan diberkati Allah serta berjaya dan bahagia dunia akhirat hendaknya.