Monday, November 29, 2010

Coklat Makan-Makan

Salam ceria. Sudah lama penulis menyimpan cerita ini. Hari ini penulis berasa agak sihat dan bertenaga sedikit setelah lebih seminggu kurang sihat, mungkin kerana terlalu berseronok dan terlalu banyak makan daging semasa raya aidiladha tempoh hari. Maka N3 hari ini mengenai majlis makan-makan bersama teman-teman yang penulis hadiri beberapa hari selepas aidiladha tempohari.

Buah tangan untuk tuan rumah

Penulis telah menghadiri majlis potluck n BBQ yang diadakan di rumah teman yang baik hati iaitu Puan Salamah di Bagan Lalang. Alhamdullilah, amat meriah dan seronok sekali perjumpaan tersebut. Sebagai buah tangan, penulis telah memberi tuan rumah coklat campuran 12 biji. Terimakasih teramat sangat kepada tuan rumah ya kerana sudi menjamu dan melayan karenah teman-teman yang pelbagai ini.


Coklat campuran megamix 1

Untuk teman-teman lain yang hadir bersama keluarga, penulis telah membawa coklat pelbagai jenis untuk dijamu bersama-sama kerana tema majlis adalah potluck. Taklah semua benda perlu disediakan oleh tuan rumahkan.

Coklat campuran megamix 2
Kesemua coklat ini penulis letakkan dalam bekas plastik dan disusun pada 2 lapisan (megamix 1 dan megamix 2). Semoga teman-teman penulis gembira dengan coklat makan-makan yang dibawa oleh penulis.




Wednesday, November 24, 2010

CUPPIES DAN COKLAT CERIA

Salam kepada semua. Semoga semua sihat-sihat belaka. Baru-baru ini penulis dapat bertemu kembali teman persekolahan dari zaman sekolah menengah di reunion sekolah penulis. Teman penulis telah berbaik hati pula untuk menempah cupcakes dan coklat dari penulis. Terimakasih banyak-banyak ya Mazni kerana menyokong bisnes saya ini.

Cuppies dan Coklat ditempah oleh Puan Mazni

Kebetulan anak beliau akan menyambut ulang tahunnya pada bulan ini maka beliau menempah cupcakes Ben 10 untuk anak lelakinya manakala cupcake Princess pula untuk anak perempuannya yang juga tidak mahu ketinggalan menikmati cupcakes yang mempunyai edible image ini.


Cuppies Ben10 dan Princess

Puan Mazni juga ingin menjamu rakan-rakan di pejabatnya maka beliau menempah 2 kotak coklat campuran 35 biji (terdiri daripada coklat praline coffee, badam, bertih beras dan kismis serta gabungan coklat gelap dan coklat putih).

Coklat Campuran (35 biji) Beserta Tulisan
Tidak ketinggalan, beliau juga menempah 15 biji coklat campuran untuk beliau makan-makan dirumah bersama ahli keluarga.

Coklat Campuran 15 biji
Semoga Mazni, keluarga dan rakan pejabatnya gembira menikmati cuppies dan coklat-coklat ceria dari kami ini.







Monday, November 15, 2010

COKLAT HANTARAN, COKLAT 3 IN 1 DAN SALAM AIDILADHA

Salam Aidiladha dari kami di Mikaidamann untuk seluruh umat Islam. Semoga raya anda disambut dengan ceria.

2 jenis coklat yang disediakan oleh kami kali ini adalah coklat hantaran dan coklat 3 dalam 1.

Coklat Hantaran aka Coklat Cinta aka Coklat Kasih

Nama saja berlainan (seperti gambar di atas) tapi membawa makna yang sama iaitu coklat campuran 35 biji yang sering ditempah samada untuk hantaran pertunangan atau perkahwinan. Coklat di dalam kotak emas dengan penutup lutsinar ini akan kelihatan lebih cantik sekiranya diikat dengan riben besar disekelilingnya. Coklat di atas telah ditempah oleh kenalan FB penulis iaitu Puan Linie. Kali ini penulis letakkan juga coklat gelap (dark choc) sebagai salah satu daripada pelbagai campuran coklat yang dibuat.

Terima kasih atas tempahan dan apa yang terlebih dan terkurang pada coklat hantaran ini penulis minta maaf dan harap coklat ini selamat sampai ke tangan pengantin yang berkenaan dengan selamatnya.

Coklat Khas 3 dalam 1

Coklat ini terdiri daripada 3 ketul coklat yang berbeza iaitu coklat susu bertih beras, coklat gelap berkismis (balutan kertas emas) dan coklat gelap bercampur coklat putih. Sesiapa yang berminat untuk menempah coklat ini silalah hubungi kami.



Saturday, November 13, 2010

Sweet Treats For A Sweet Lady

Salam hujung minggu semua. Apa ya rancangan masing-masing di hujung minggu ini?

N3 kali ini adalah mengenai rakan penulis yang menyambut harijadinya Jumaat lepas. Rakan ini telah lama penulis kenali, sejak zaman persekolahan menengah dahulu lagi. Beliau memang seorang yang peramah, baik hati dan cukup suka membelanja teman-temannya makan sehingga penulis kadangkala susah hati kerana tidak mahu mengambil kesempatan diatas kebaikkan beliau.

Manisan untuk Si Manis

Rakan ini iaitu Datin Raja Azlina seperti penulis amat menggemari coklat, dalam ertikata ringkasnya 'hantu coklatlah'. Maka penulis telah membuat khas untuk beliau pelbagai jenis coklat termasuk campuran dark dan milk chocolates sebagai hadiah harijadinya. Dengar kata coklat penulis akan dibawa merantau nun jauh ke UK, kerana beliau ingin menyambut harijadinya dengan keluarga di sana. Jauh coklat penulis berjalan-jalan nampaknya.


Happy Birthday Raja Dear


Semoga Raja dan keluarga menikmati coklat dari saya ini. Selamat Harijadi Raja, semoga dikuatkan iman, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan tubuh badan dan dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat serta sukses dalam perniagaan anda hendaknya.


Monday, November 8, 2010

CUPCAKE KURANG MANIS

Salam penuh keceriaan. Minggu lepas penulis telah menghadiri sebuah majlis yang amat menggumbirakan penulis iaitu majlis perjumpaan sekolah menengah penulis dan jiran sekolah sebelah iaitu ARGS & SSA batch tahun 1987. Majlis tersebut amatlah meriah. Seronok apabila kita dapat berjumpa dengan teman-teman lama dan bertanya khabar serta perkembangan terbaru masing-masing.

Cupcake Kurang Manis ARGS & SSA

Apa kaitan blog ini dan reunion penulis? Ahli jawatan kuasa reunion telah sudi menempah cupcake dari penulis dan permintaan khas mereka adalah ianya hendaklah kurang manis. Maklumlah masing-masing rata-rata telah memasuki umur 40 tahun ini, jadi moto yang patut diamalkan adalah "kurangkan gula dalam makanan/minuman, lebihkan manis dalam senyuman". Thank you very much for the order ya!


Cupcake Sambutan 40 Tahun Kami

Penulis telah mengurangkan kandungan gula dalam adunan kek dan ising buttercream tetapi memastikan kek tetap sedap dan sesuai untuk dijamah beramai-ramai di majlis tersebut.

Cupcake kurang Manis Dalam Kotak Bertingkap
Majlis tersebut memang amat meriah dan dipenuhi dengan gelak ketawa masing-masing membuatkan penulis merasakan diri ini berumur 14 tahun mudanya. "Selamat Harijadi ke 40 untuk teman-teman persekolahan dan semoga panjang umur, murah rezeki, kita dapat berjumpa lagi."
Bagi siapa-siapa yang berminat untuk mendapatkan cupcake kurang manis ini silalah hubungi kami.





Thursday, November 4, 2010

COKLAT KASIH PULA...

Salam. Agak lama penulis tidak meng'update'kan blog ini. Agak sibuk dengan anak-anak yang rata-rata menduduki peperiksaan akhir tahun. Di sini penulis ingin menyatakan simpati dan berharap keadaan akan kembali tenang dan selamat untuk mereka-mereka yang dilanda musibah banjir di utara tanahair kita. InsyaAllah.

Berbalik kepada N3 blog kali ini. Jika sebelumnya N3 adalah mengenai coklat cinta, saja penulis tukarkan kepada coklat kasih pula. Pesanan ini datang dari kenalan penulis di FB iaitu Puan Normala Hamzah. Beliau memesan 180 biji coklat 'loose pack' untuk majlis perkahwinan keluarganya.

Coklat Kasih - loose pack (mix)

Beliau juga meminta coklat-coklat campuran itu dibalut dengan aluminum foil berwarna perak (silver).


Mix Choc

Penulis telah membuat 4 jenis coklat untuk beliau iaitu coklat stroberi praline, coklat badam, coklat kismis dan coklat bertih beras. Kesemua coklat ini kelihatan amat cantik sekali apabila dibalut dengan balutan perak ini dan memang amat sesuai sebagai hantaran ataupun untuk diberikan kepada tetamu.

Flower Power
Puan Normala juga menempah coklat yang ceria ini iaitu coklat bentuk bunga (tanpa batang). Coklat yang penulis labelkan sebagai 'flower power' ini amat comel serta sedap dan penulis letakkan di dalam plastik lutsinar serta diikat dengan dawai keemasan.
Terimakasih Normala. Semoga Normala sekeluarga gembira dengan coklat kasih dari kami ini.