Showing posts with label pertunangan. Show all posts
Showing posts with label pertunangan. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

MANISAN UNTUK PERTUNANGAN

Salam ceria. Puan Fouziah dari UIA telah menempah coklat campuran dan cupcakes khas dari kami untuk sebuah pertunangan. Tema adalah 'silver & black'. Terimakasih di atas tempahan ulangan ini.





Kepada yang berminat untuk menempah produk-produk kami sila hubungi kami. Tempahan hendaklah sekurang-kurangnya 1 minggu lebih awal.

Thursday, February 3, 2011

COKLAT KASIH

Salam cuti-cuti sempena sambutan chinese new year. Penulis tidak ke mana-mana cuti kali ini atas sebab beberapa perkara. Agak merisaukan apabila beberapa negeri di Malaysia mengalami banjir serta di luar negara pula kemelut rusuhan di mesir di mana terdapat ramai penuntut dan pekerja dari Malaysia masih belum dapat dibawa pulang. Semoga musibah-musibah ini berlalu hendaknya.

Premium Mix Chocolates

SIL penulis iaitu Datin Dr. Hartati sekali lagi menempah coklat dari penulis. Kali ini beliau telah menempah coklat premium campuran untuk hadiah pertunangan.


8 Jenis Coklat Campuran
Coklat yang terdapat di dalam set coklat premium adalah coklat susu berinti kacang brazil premium, coklat berinti badam panggang penuh, coklat gelap bercampur coklat putih, coklat perisa epal bercampur coklat gelap serta berinti pistachio panggang, praline stroberi, praline kopi, coklat susu berkismis dan coklat warna bercampur dengan coklat susu serta berinti bertih beras perisa koko.


Set Coklat Premium Campuran

Set coklat premium terdiri dari kotak, campuran coklat 35 biji, riben dan bunga. Memandangkan tema pertunangan adalah biru muda maka penulis telah meletakkan riben dan bunga seperti di atas.

Terimakasih Kak Tati kerana lagi sekali menempah dari kami. Bagi yang berminat, tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 7 hari awal.

Saturday, December 25, 2010

CUPPIES N COKLAT PERTUNANGAN

Salam Sabtu. Selepas balik dari bercuti-cuti penulis segera menyiapkan tempahan dari kenalan FB penulis iaitu Salama. Beliau telah menempah cupcake dan coklat untuk pertunangan.

Cuppies 3 Warna

Cuppies deco ros 3 warna kelihatan amat ceria sekali.


Cuppies Dalam Window Box (Kotak Bertingkap)

Cupcake diletakkan di dalam lubang-lubang khas dalam kotak bertingkap untuk memastikan ia tidak terbalik, mudah dibawa ke mana-mana sahaja serta nampak jelas kandungan di dalamnya. Amat sesuai sebagai hantaran pertunangan atau perkahwinan.



Coklat Campuran 35 pieces

Terdiri daripada campuran coklat praline, coklat gelap (dark chocolates) dan coklat putih, inti badam penuh, kismis serta bertih beras beserta abjad ucapan yang diperbuat dari coklat kuning dan putih .



Kotak Coklat Bertingkap dan Bercorak

Kami di Mikaidamann mengucapkan terimakasih kepada Salama atas kesudian menempah dari kami dan "Selamat Bertunang untuk pasangan Huda & Qudzzie".






Saturday, September 18, 2010

CUPPIES PERTUNANGAN

Salam hujung minggu semua. Apa agaknya rancangan hujung minggu ini ya? Rasanya ada yang akan berkunjung sanak saudara dan teman-teman. Maklumlah kita masih lagi dalam bulan syawal ini. Tak kurang juga yang memanafaatkan hujung minggu ini dengan meraikan hari-hari istimewa seperti dalam N3 kali ini, iaitu majlis pertunangan.

Cuppies Buttercream dan Sugar Paste (close up)

Tempahan cuppies pertunangan ini dibuat oleh sahabat lama penulis iaitu Puan Salamah yang duduk jauh di Sepang. Sambil mengambil cuppies ini dapatlah penulis beraya dengan beliau. Agak lama juga penulis tidak berjumpa dengannya. Seronok dapat berjumpa dan mengetahui perkembangan terbaru dirinya.


Cuppies Pertunangan- 25 biji

Mengikut Puan Salamah, cuppies ini adalah sempena pertunangan kakaknya pada hari ahad ini. Puan Salamah berhajat membuat 'surprise' untuk kakaknya itu.Sepatutnya terdapat nama kakaknya dan bakap tunangnya di atas cuppies ini tapi atas kesilapan teknikal dan komunikasi tidaklah penulis tuliskan pada cuppies pertunangan ini. "Terima kasih banyak-banyak Sal kerana menempah cuppies saya serta sanggup datang all the way dari Sepang untuk mengambil tempahan dan beraya dengan saya. Harap kakak Sal suka dengan surprise dari u ini."

Kami di mikaidamann juga ingin mengucapkan tahniah dan selamat bertunang untuk kakak Puan Salamah.

Thursday, July 29, 2010

CUPCAKE CINTA PULAK

Salam. Kalau n3 hari tu pasal coklat cinta, n3 hari ini ~cupcake cinta pulaklah.

Cupcake Cinta Merah/Putih (close up)

Tempahan kali ini adalah dari Nana. Nana sebelum ini pernah menempah cupcake untuk sahabatnya bertunang. Nampaknya bantuan Nana itu membawa berkat kerana cupcake kali ini adalah untuk pertunangan Nana sendiri.


Tempahan I - 15 biji cupcake merah/putih

Nana menempah cupcake tema floral (tema kegemaran penulis). Maka penulis membuat 2 corak deco agar kelihatan menarik dan tidak monotonous. Penulis menggunakan buttercream dan bunga gumpaste untuk hiasan. Kesemua cupcake ini diletakkan di dalam kotak bertingkap yang sesuai sebagai hantaran pertunangan.


Tempahan II - 15 biji cupcake ungu/putih

Ini pula untuk kotak kedua di mana Nana mahukan cupcake bertema ungu/putih pula. Lagi sekali penulis membuat 2 corak deco tapi corak dibezakan agar kelihatan berlainan serta tidak membosankan.


Cupcake Cinta Ungu/Putih (close up)
Menurut Nana, cupcake-cupcake ini akan dibawa ke Negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan) untuk majlis pertunangannya. Nampaknya cupcake-cupcake penulis akan berjalan jauh nun ke rantau orang. Sebelum ini cupcake penulis telah sampai ke Ganu Kita (Trengganu) cuma penulis saja belum berkesempatan ke sana tahun ini.
Thanks Nana atas tempahan. Diharap Nana berpuas hati dengan cupcake cinta ini. Kami disini ingin mengucapkan tahniah dan selamat bertunang!!!
Bagi sesiapa yang ingin menempah cupcake cinta ini silalah hubungi kami ya.