Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

~ CUPPIES UNTUK SUAMI TERCINTA ~

Salam penghujung tahun semua. Nampaknya tidak lama lagi kita akan memasukki tahun baru 2012. Banyak sungguh kenangan pahit manis sepanjang tahun 2011. Semoga tahun mendatang merupakan tahun yang penuh keberkatan dan kejayaan. InsyaAllah.

Kak Yan dari UIA cawangan petaling jaya telah menempah cuppies khas untuk birthday suami tersayang. Semoga suami Kak Yan gembira dengan cuppies ini. Terimakasih kerana sudi menempah dari kami.



Thursday, May 5, 2011

CUPPIES DAN COKLAT PULAK

Salam ceria kepada semua. Hari ini cuaca sangatlah cerah dan panas, Alhamdullilah. Sesuai untuk aktiviti-aktiviti beriadah di luar rumah.


Cuppies Mix N Match

Berbalik kepada entry kali ini. SIL penulis iaitu Hasmieza telah sudi menempah cupcakes dan coklat pula.


Hepi Bday Farhan Farhat

Cuppies mix n match terdiri dari cuppies edible image, ucapan dari coklat kompaun dan deco dari jelly dan lukisan tangan.



Coklat Ceria


Selain dari cuppies SIL juga menempah coklat campuran terdiri dari coklat praline stroberi, coklat perisa epal berbertih beras, coklat perisa lemon dan coklat putih serta coklat duo - coklat susu dan coklat putih berinti badam panggang.


Tqvm Mieza. Harap gembira dengan cuppies dan coklat ini. Bagi yang berminat sila hubungi kami untuk tempahan. Tempahan hendaklah sekurang-kurangnya 7 hari lebih awal.













Thursday, April 28, 2011

KEK BUZZLIGHTYEAR, KEK BLACK FOREST DAN TAT BUAH

Salam ceria semua. Tempahan kek-kek dan tat buah ini dibuat oleh Puan Rozana sempena harijadinya, suaminya dan anaknya yang kesemuanya sekaligus di dalam bulan April.


Tat Buah Mini

Kami menggunakan buahan segar sebagai topping tat buah kami. Saiz adalah mini (petite) dan tempahan minima adalah 50 biji.



Homemade Black Forest
Kek span coklat kek dibuat oleh penulis sendiri manakala lapisan luar iaitu icing cake adalah daripada fresh cream. Harap maklum bahawa kek ini perlu disimpan di dalam peti sejuk.


Simple Tapi Sedap
Kek yang kami buat tidaklah secantik atau sekemas seperti kek dijual di kedai bakeri namun ianya dibuat dari bahan yang segar serta halal dan insyaAllah sedap rasanya.



Kek Choc Moist Buzzlightyear

Edible image dari kartun kegemaran anak perempuan Puan Rozana. Disaluti buttercream berwarna biru lembut.



Pandangan Sisi Kek

Penulis telah membuat ungkapan "to infinity and beyond" dari coklat kompaun dan lapisan bawah kek disaluti coklat urai berwarna warni.


Selamat harijadi untuk Puan Rozana sekeluarga dan terimakasih kerana sudi menempah dari kami.




















Tuesday, April 26, 2011

KEK UPIN IPIN? BETUL..BETUL..BETUL

Salam Bahagia. Nampaknya kali ini kartun tempatan yang menjadi kegemaran ramai kanak-kanak telah dipilih oleh pelanggan penulis sebagai tema kek harijadi.


Kek Upin Ipin

Ain yang merupakan teman persekolahan telah menempah kek ini untuk sambutan harijadi anak saudaranya. Kek kegemaran ramai kanak-kanak iaitu coklat moist, 1.5++kg dan disalut dengan icing buttercream serta terdapat edible image upin ipin di atasnya. Untuk makluman, buttercream penulis mengandungi mentega sebenar dan jumlah kandungan gula atau kemanisannya boleh dikurangkan atau dilebihkan atas permintaan pelanggan.



Betul..Betul..Betul

Penulis telah menghasilkan ungkapan di sisi kek dengan coklat kompaun yang berwarna warni. Terima kasih daun keladi kepada Ain, lain kali orderlah lagi dari kami. Kek yang kami hasilkan tidaklah secantik atau sekemas kek-kek di kedai bakeri namun semua kek kami dibuat sendiri menggunakan bahan yang segar dan halal.Bagi yang ingin mendapatkan kek ini, sila buat pesanan sekurang-kurangnya 7 hari lebih awal.








Saturday, April 16, 2011

COKLAT DUO LAGI - SEMAKIN DIGEMARI NAMPAKNYA

Salam ceria. Nampaknya coklat duo kami mendapat sambutan yang menggalakkan. Alhamdullilah.
Coklat Duo Yang Comel dan Sedap
Cik Lalitta yang pernah menempah coklat ini untuk dihadiahkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan sebelum ini sekali lagi menempah coklat duo kami. Kali ini sebagai hadiah di dalam goodie bag majlis harijadi pula.
Coklat Putih dan Coklat Susu Berinti Badam Panggang
Kali ini Lalitta menempah coklat duo di dalam kotak/bekas emas pula. Terimakasih banyak-banyak Lalitta kerana sudi menempah dari kami sekali lagi.
Coklat Kegemaran Ramai
Bagi yang ingin menempah coklat duo ini silalah hubungi kami. Coklat ini sesuai sebagai doorgift majlis perkahwinan, sebagai hadiah untuk yang tersayang serta juga sebagai manisan di dalam goodie bag majlis harijadi.

Friday, April 8, 2011

CINDERELLA SOFY N SPIDERMAN ARASH RED VELVET BESDAY CAKE

Salam sejahtera. Akhirnya berjaya juga penulis mengupdatekan blog ini. Kadangkala kelajuan tenet adalah selaju siput maka penulis tangguhkan hinggalah ke hari ini. Tajuk Ntry kali agak memang panjang. Sesuai dengan kek birthday untuk 2 kanak-kanak yang cute ini.
Kek Harijadi Red Velvet dengan Cream Cheese Buttercream
Kek khas ini ditempah oleh SIL penulis iaitu Aisya Salwa yang merupakan repeat customer penulis.
Coklat Labah-labah dan Coklat Bunga - Pandangan Sisi
Penulis telah menempah edible image gambar-gambar birthday boy and girl bersama-sama karektor kartun kegemaran masing-masing. Sisi kek pula dihiasi dengan homemade coklat buatan tangan penulis serta di kelilingi oleh jelli pelbagai warna dan coklat M&M.
Kek Birthday 2.5 kg
SIL telah memilih cream cheese buttercream yang memang sesuai dimakan bersama kek red velvet. Thank you very much sis for ordering from yours truly and Happy Birthday to Sofy and Arash!!!

Thursday, February 24, 2011

KEK UNTUK SI MANIS 17

Salam penuh kehujanan. Petang ini Petaling Jaya hujan dengan lebatnya. Terasa sejuk dan nyaman sekali. Alhamdullilah.

Choc Moist - Edible Image and Buttercream Deco

Baru-baru ini anak saudara penulis telah menyambut harijadinya yang ke 17. SIL penulis telah menempah kek harijadi coklat lembap, 1kg ++, dengan edible imej princess serta dideco dengan warna biru muda seperti yang diminta oleh birthday girl.


Hiasan Sisi Kek " SWEET 17" Dari Coklat Kompaun

Untuk sedikit kelainan dan menceriakan hiasan kek, penulis telah menghias sisi kek dengan ucapan-ucapan sweet 17 yang diperbuat dari coklat kompaun pelbagai warna serta bunga-bunga kecil dari icing keras pelbagai warna.

Happy sweet 17 kakak...semoga gembira dengan kek yang makde buat!!!

Sunday, February 20, 2011

CUPPIES UNTUK BIRTHDAY SOFY SOFY

Salam penuh keceriaan. Adik ipar penulis (SIL) iaitu Aisya Salwa telah menempah cupakces sempena harijadi anak sulungnya Sofea yang ke 6 tahun.

25 biji Cupcakes dalam Kotak Bertingkap

Cupakes ini adalah untuk dikongsi bersama dengan kawan-kawan Sofea di tadikanya.


2 Type Edible Image Cuppies
SIL telah memilih gabungan 2 jenis edible image iaitu Princess dan Spiderman.


Close up Edible Image Princess & Spiderman

Semoga Sofy Sofy suka dengan cuppies yang Mak Long buat. Happy 6th. Birthday Sofy!!!





Tuesday, February 8, 2011

PINK CAKE FOR A LIL PRINCESS

Salam ceria. Selamat kembali bertugas bagi semua yang telah agak lama bercuti baru-baru ini. N3 kali ini adalah mengenai tempahan kek yang dibuat oleh teman blogger iaitu Azleen dari blog sweet decor. Puan Azleen pernah menempah kek untuk harijadi anak-anak sebelum ini. Terimakasih banyak-banyak ya Azleen sebab sudi tempah dari saya lagi.

Princess Edible Image Dengan Birthday Girl

Kali ini kek yang ditempah Azleen agak istimewa kerana gambar birthday girl Tisya digabungkan dengan gambar 6 orang princess, sesuai dengan umur Tisya yang meningkat 6 tahun. Image ini perlu ditempah khas oleh penulis.


Pink Cake - deco bunga kecil di sisi

Azleen telah memaklumkan penulis beliau mahukan kek merah jambu dengan warna-warna ala-ala sweet maka penulis memilih warna soft pink dengan deco bunga-bunga kecil warna pastel di letakkan di sekeliling sisi kek.

Semoga birthday girl - princess Tisya gembira dengan kek khasnya ini. Happy Birthday Tisya.

Monday, January 24, 2011

KEK BESDAY DAN KEK MAKAN MAKAN

Salam Ceria Selasa. N3 hari ini tentunya mengenai kek, tajuk pun dah sah-sah tertera kek besday dan kek makan-makan kan.

Fuad dan Rina dari Cheras telah menempah kek kukus coklat berganache dan sprinkles serta kek harijadi chocolate moist untuk meraikan harijadi anak saudara kesayangan mereka. Bertuah sungguh birthday boy iaitu Omar Yusuf.

Kek Coklat Berganache (Size L)

Kek kukus coklat berganache terdapat dalam 3 saiz iaitu M,L dan XL. Coklat sprinkle berwarna warni ditabur di atas lapisan ganache untuk menyedapkan dan mencantikkan lagi kek kukus yang enak ini. Sesuai untuk dimakan sewaktu petang dengan keluarga ataupun untuk menjamu tetamu yang datang ke rumah.


Bumble Bee Transformer Birthday Cake
Gambar di atas adalah kek coklat moist 1 kg plus plus, yang dideco dengan buttercream dan edible image transformer.

Pandangan Sisi Kek Birthday Transformer
Penulis telah membuat corak berbentuk lambang autobot dari coklat gelap dan kepingan kiub dari coklat putih sebagai deco sisi kek.
Terimakasih daun keladi dari Fuad dan Rina kerana sudi menempah dari kami.
Kek-kek yang penulis buat tidaklah secantik kek yang dijual dikedai-kedai bakeri namun ianya dibuat segar iaitu apabila ada tempahan sahaja dan ia dibuat dengan penuh kasih sayang serta tiada bahan pengawet di dalamnya. Bagi yang ingin menempah kek dari kami silalah hubungi kami. Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 7 days in advance ya.





Sunday, January 16, 2011

CAKE N COKLAT OREO BESDAY BOYS

Salam awalan minggu. Hujung minggu penulis baru-baru ini dipenuhi dengan penuh suka duka. Gembira kerana dapat menyambut harilahir anak sulung penulis bersama keluarga pada hari Sabtu lepas. Berduka kerana pada pagi Ahad penulis mendapat berita teman sepersekolahan dahulu meninggal dunia akibat barah otak. Beginilah suratan kehidupan. Dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali.

Mix n Match Choco Oreo

Puan Sallieyna yang pernah menempah kek dari penulis untuk anak perempuannya telah menempah choco oreo dan kek untuk sambuatan harijadi anak lelaki beliau pula.


Pelbagai Warna Ceria Choco Oreo

Choco oreo yang sedap dan digemari kanak-kanak ini amat sesuai untuk majlis-majlis harijadi atau untuk diletakkan di dalam goodie bags. Mix n match terdiri dari bentuk bunga, hati, muka haiwan serta pelbagai bentuk bebola.


Kek Orang Labah-labah/ Spidey

Kek 1 kg deco buttercream berserta edible image spiderman juga telah ditempah oleh Puan Sallyiena.


Side Profile Kek Spidey
Penulis telah mendeco sisi kek dengan sawang labah-labah, coklat labah-labah serta disusun coklat batuan di hujung kek.



Labah-labah Coklat di Sisi Kek
Penulis telah menghasilkan sendiri coklat labah-labah dari coklat gelap kompaun untuk melengkapkan efek sawang labah-labah dan tema kek spiderman.
Terimakasih kepada Puan Sallieyna atas tempahan berulang beliau. Harap birthday boy suka dengan kek dan choco oreo dari kami.









Tuesday, January 4, 2011

KEK HARIJADI DI TAHUN BARU

Salam ceria. Rasanya masih belum terlewat untuk kami di MIKAIDAMANN mengucapkan selamat tahun baru 2011. Alhamdullilah, ini N3 pertama penulis untuk tahun ini.

3 Princess Cake

Kek ini telah ditempah oleh kenalan penulis khas untuk harijadi anaknya yang ke 16. Kek diperbuat dari choc moist seberat 1 kg, dideco dengan buttercream merah jambu dan dihiasi dengan edible image 3 Princess.


Gambar Sisi Kek 3 Princess

Penulis telah menghias bahagian atas edible image dengan tulisan ucapan dan bunga ros petite merah kuning di sekelilingnya. Bahagian sisi pula diletakkan kepingan coklat kompaun merah jambu bercorak di selang seli dengan hiasan gula bentuk merah hati.



Close up hiasan sisi Kek 3 Princess

Terimakasih kepada Puan Salieyna kerana menempah dari saya. Semoga kek ini dapat memberikan keceriaan kepada 'the birthday girl'.





Wednesday, December 29, 2010

AUTOBOTS, TRANSFORM N ROLL OUT...CAKE

Salam penuh kepeningan. Kebelakangan ini penulis sering pening-pening kepala, tidak tahan dengan perubahan cuaca yang mendadak ataupun mungkin sistem imun badan penulis juga sudah meningkat tua oopss matang seperti mana 'matangnya' penulis.

Belated Birthday Cake Transformer

Salama yang pernah menempah cupcake dan coklat dari penulis baru-baru ini juga telah menempah kek ini. Kek optimus prime ini adalah kek chocolate moist, buttercream seberat 1 kg.


Pandangan Sisi Kek Transformer

Penulis telah meletakkan beberapa biji kereta coklat serta menampal kepingan coklat kompaun kuning bercorak untuk mencantikkan lagi kek ini. Jangan tersalah faham pulak ya, penulis tidak mengutip batu-batu kerikil tersebut di tepi jalan tetapi batuan tersebut adalah diperbuat dari coklat dan amat sedap rasanya serta cantik sebagai hiasan di kaki kek ini.

Autobots..transform and roll out!!!
Penulis memang menggemari kartun transformer semasa kecil dahulu dan apabila kartun tersebut diolah dan ditukar kepada tayangan wayang penulis adalah salah seorang yang amat gembira dengan perkembangan tersebut.
Terima kasih lagi sekali Salama kerana sudi menempah kek penulis yang biasa-biasa saja ini. Harap si penerima kek berpuashati dengan kek dari kami ini. "Happy Belated Birthday!!!"





Tuesday, December 28, 2010

CAKE JUSTIN BIEBER FOR AINA

Selamat petang semua. N3 kali ini mengenai penyanyi pujaan ramai anak-anak remaja masakini iaitu Justin Bieber (JB). Bukanlah penulis nak menulis blog mengenai JB tapi baru-baru ini penulis telah menempah khas edible image JB atas permintaan kawan penulis iaitu Puan Masnira Nordin.

Cake JB

Puan Masnira telah menempah kek sponge 2 lapisan (stroberi dan choc) seberat 2 kg, disaluti dengan buttercream untuk majlis harijadi kesebelas anak kesayangan beliau iaitu Aina. Aina amat meminati JB maka kek istimewa ini diletakkan edible image penyanyi kesayangan beliau.


Pandangan Sisi Kek JB

Penulis telah meletakkan coklat urai warna warni, coklat kompaun merah jambu bercorak dan nota muzik coklat kompaun gelap sebagai deco sisi kek.


Deco Bunga Ros Petite dan Swirl Atas Kek
Aina juga telah meminta diletakkan ceri segar sebagai hiasan di atas kek.


Kotak Khas Kek JB
Terimakasih Mas kerana menempah kek dari kami. Semoga Mas dan Aina gembira dengan kek yang dihasilkan oleh penulis. "Happy 11th Birthday Aina. Sorry auntie tak dapat hadir di majlis Aina tempohari ya".







Friday, December 24, 2010

KEK BESDAY PRINCESS AIN

Salam Jumaat semua. Hari ini selepas membelek-belek blog penulis yang lama tidak diupdate baru penulis perasan bahawa penulis telah terlupa mengupdate tentang kek harijadi yang telah ditempah oleh SIL untuk princessnya Ain.

Happy 11th. Birthday Princess Ain!!!

Harijadi anak saudara penulis jatuh pada hari sebelum kami sekeluarga pergi bercuti-cuti Malaysia iaitu kira-kira 2 minggu yang lalu maka inilah antara sebabnya N3 ini baru dimasukkan hari ini. Atau mungkinkah sebab umur penulis yang semakin meningkat oops semakin matang maka perkara sebegini boleh terjadi??? Apa-apa pun, untuk harijadi Ain, penulis telah membuat kek lembap coklat (chocolate moist) yang disapu dengan krim mentega dan dideco dengan edible image princess barbie serta kepingan coklat kompaun kuning dan coklat gelap di sisinya.


Butiran Gula Berbentuk Hati dan Kepingan Coklat Kompaun Deco Sisi Kek

"Happy Birthday Ain, dari mak de sekeluarga dan terima kasih Kak Rahmah atas tempahan kek saya yang biasa-biasa saja ini."



Sunday, December 5, 2010

Coklat Along

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH KEPADA SEMUA. Jangan lupa untuk membaca doa awal tahun dan akhir tahun ya.

Sebelum meneruskan N3 hari ini, penulis ingin menyatakan jangan tersalah faham. Ini bukan coklat untuk along bukit beruntung tetapi coklat harijadi untuk abang sulong penulis yang jatuh di bulan disember ini.

Coklat campuran 35 pieces

Happy birthday abang Kahar. Ini harijadi yang ke...??? (biarlah rahsia). Enjoy the chocs!!!.

Saturday, November 13, 2010

Sweet Treats For A Sweet Lady

Salam hujung minggu semua. Apa ya rancangan masing-masing di hujung minggu ini?

N3 kali ini adalah mengenai rakan penulis yang menyambut harijadinya Jumaat lepas. Rakan ini telah lama penulis kenali, sejak zaman persekolahan menengah dahulu lagi. Beliau memang seorang yang peramah, baik hati dan cukup suka membelanja teman-temannya makan sehingga penulis kadangkala susah hati kerana tidak mahu mengambil kesempatan diatas kebaikkan beliau.

Manisan untuk Si Manis

Rakan ini iaitu Datin Raja Azlina seperti penulis amat menggemari coklat, dalam ertikata ringkasnya 'hantu coklatlah'. Maka penulis telah membuat khas untuk beliau pelbagai jenis coklat termasuk campuran dark dan milk chocolates sebagai hadiah harijadinya. Dengar kata coklat penulis akan dibawa merantau nun jauh ke UK, kerana beliau ingin menyambut harijadinya dengan keluarga di sana. Jauh coklat penulis berjalan-jalan nampaknya.


Happy Birthday Raja Dear


Semoga Raja dan keluarga menikmati coklat dari saya ini. Selamat Harijadi Raja, semoga dikuatkan iman, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan tubuh badan dan dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat serta sukses dalam perniagaan anda hendaknya.


Wednesday, October 27, 2010

SWEET TREATS - PRODUK BARU

Salam. Produk terbaru manisan (sweet treats) daripada kami iaitu CHOCO LOLLIES. Amat sesuai untuk goodie bags majlis-majlis harijadi (birthdays) anak-anak anda ataupun untuk dihadiahkan kepada para tetamu.

Choco Lollies - Flower

Choco lollies kami terdiri daripada 2 model iaitu model Flower (sila lihat gambar di atas) dan model Cartoon (seperti 2 gambar di bawah). Choco lollies Flower dibuat daripada 2 jenis coklat warna.


Choco Lollies - Cartoon 1 (C1)

Choco lollies cartoon terdiri dari 2 jenis iaitu C1 - coklat susu dan coklat warna dan C2 - coklat putih dan coklat warna.

Choco Lollies - Cartoon (C2)
Choco lollies ini dibalut dengan plastik lutsinar dan diikat dengan dawai keemasan. Gambar agak kabur kerana penulis bukannya pro dan kemungkinan juga lens camera agak berminyak waktu itu. Kepada yang berminat silalah hubungi kami.