Showing posts with label dark chocolates. Show all posts
Showing posts with label dark chocolates. Show all posts

Monday, November 15, 2010

COKLAT HANTARAN, COKLAT 3 IN 1 DAN SALAM AIDILADHA

Salam Aidiladha dari kami di Mikaidamann untuk seluruh umat Islam. Semoga raya anda disambut dengan ceria.

2 jenis coklat yang disediakan oleh kami kali ini adalah coklat hantaran dan coklat 3 dalam 1.

Coklat Hantaran aka Coklat Cinta aka Coklat Kasih

Nama saja berlainan (seperti gambar di atas) tapi membawa makna yang sama iaitu coklat campuran 35 biji yang sering ditempah samada untuk hantaran pertunangan atau perkahwinan. Coklat di dalam kotak emas dengan penutup lutsinar ini akan kelihatan lebih cantik sekiranya diikat dengan riben besar disekelilingnya. Coklat di atas telah ditempah oleh kenalan FB penulis iaitu Puan Linie. Kali ini penulis letakkan juga coklat gelap (dark choc) sebagai salah satu daripada pelbagai campuran coklat yang dibuat.

Terima kasih atas tempahan dan apa yang terlebih dan terkurang pada coklat hantaran ini penulis minta maaf dan harap coklat ini selamat sampai ke tangan pengantin yang berkenaan dengan selamatnya.

Coklat Khas 3 dalam 1

Coklat ini terdiri daripada 3 ketul coklat yang berbeza iaitu coklat susu bertih beras, coklat gelap berkismis (balutan kertas emas) dan coklat gelap bercampur coklat putih. Sesiapa yang berminat untuk menempah coklat ini silalah hubungi kami.



Saturday, November 13, 2010

Sweet Treats For A Sweet Lady

Salam hujung minggu semua. Apa ya rancangan masing-masing di hujung minggu ini?

N3 kali ini adalah mengenai rakan penulis yang menyambut harijadinya Jumaat lepas. Rakan ini telah lama penulis kenali, sejak zaman persekolahan menengah dahulu lagi. Beliau memang seorang yang peramah, baik hati dan cukup suka membelanja teman-temannya makan sehingga penulis kadangkala susah hati kerana tidak mahu mengambil kesempatan diatas kebaikkan beliau.

Manisan untuk Si Manis

Rakan ini iaitu Datin Raja Azlina seperti penulis amat menggemari coklat, dalam ertikata ringkasnya 'hantu coklatlah'. Maka penulis telah membuat khas untuk beliau pelbagai jenis coklat termasuk campuran dark dan milk chocolates sebagai hadiah harijadinya. Dengar kata coklat penulis akan dibawa merantau nun jauh ke UK, kerana beliau ingin menyambut harijadinya dengan keluarga di sana. Jauh coklat penulis berjalan-jalan nampaknya.


Happy Birthday Raja Dear


Semoga Raja dan keluarga menikmati coklat dari saya ini. Selamat Harijadi Raja, semoga dikuatkan iman, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan tubuh badan dan dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat serta sukses dalam perniagaan anda hendaknya.