Showing posts with label cheese. Show all posts
Showing posts with label cheese. Show all posts

Monday, March 28, 2011

Baked CreamO Cheesecake

Salam ceria. Baked cheesecake ini penulis buat untuk dimakan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.
A slice of happiness
Penulis tidak menggemari kek keju yang tidak dibakar maka semua kek-kek keju yang penulis jual adalah dari jenis dibakar (baked). Biskut oreo terasa agak lebih manis maka penulis gantikan dengan biskut creamo.
Baked Cream Cheesecake
Penulis sememangnya amat suka makan kek keju dan kek keju yang penulis buat adalah sepenuhnya keju iaitu tiada campuran tepung. Rasanya amat kaya, berkrim dan sedap. Bagi sesiapa yang ingin menempah kek ini sila hubungi kami. Tempahan hendaklah sekurang-kurangnya 5 hari dari tarikh kek dikehendakki.

Friday, March 4, 2011

KEK KEJU OREO UNTUK MAKAN-MAKAN ~ LAZAT DAN BERKRIM

Salam rindu...atau seperti budak-budak zaman sekarang sering menyebut salam windu.

Purely Pure Baked Oreo Cheesecake

Lin iaitu blogger dari 'sweet decor' yang pernah menempah kek harijadi dari penulis sekali lagi menempah kek tapi kali ini kek keju untuk dimakan-makan bersama keluarga pula. Terimakasih daun keladi Lin atas kesudian menempah dari kami.

Nama glamer kek keju oreo ini ada disebutkan di atas - agak panjang sebutannya. Ini kerana kek keju ini dibakar dan tidak bercampur dengan tepung langsung ~ penuh dengan kelazatan keju krim sebenar. Sesiapa yang ingin menempah silalah hubungi kami. Tempahan hendaklah sekurang-kurangnya 5 hari lebih awal.

Sunday, August 22, 2010

Harijadi Abah Yang Ke 70 Tahun

Salam Ramadhan semua. Alhamdullilah semalam kami sekeluarga dapat pulang ke kampung untuk meraikan harijadi abah yang ke 70.

Abah di depan kek birthdaynya

Tahun ini harijadi abah disambut di dalam bulan ramadhan maka kami sekeluarga dan adik beradik serta keluarga masing-masing sepakat pulang ke kampung untuk meraikan berbuka puasa dan sambutan harijadi beramai-ramai.


Kek Kukus CNC Khas Abah

Penulis telah membuat kek kukus chocolate n cheese (CNC) dan kerana abah minat memancing di masa lapangnya maka deco kek adalah laut, pancing dan ikan serta ditabur dengan chocolate rocks serta disalut dengan buttercream. Kapal/bot memancing diletakkan di atas deco laut kek kemudiannya.



Selamat Harijadi ke 70 Abah (Atok)

Deco agak simple dan ceria (tetapi made with love) kerana kek ini kononnya dari cucu-cucu untuk atoknya.


Side Profile Kek Abah - made with love!!
Abah suka menaiki botnya untuk memncing ke laut apabila beliau merasa cergas dan sihat. Abah juga suka membawa anak-anak dan cucu-cucunya island hopping dipulau-pulau berdekatan pantai. Penulis telah menerjah lebih kurang 10 buah kedai untuk mencari kapal kecil sebagai deco diatas kek namun hampa. Rata-rata semua kedai yang diterjah tiada menjual kapal atau bot yang sesuai untuk kek saiz sederhana penulis. Akhirnya penulis memperolehi tugboat kuning dari sebuah kedai menjual barangan bayi. Alhamdullilah, itupun jadilah sebagai penghias kek. (Gambar bot ada di foto atas sekali). Semoga abah kembali sihat dan cergas dan dapat menjalani aktiviti dan hobi kegemarannya semula.



Coklat Mega Campuran
Memandangkan ramai yang dijangka hadir di majlis sambutan harijadi abah, penulis telah juga membuat campuran coklat pelbagai untuk dijamu semua yang hadir.
HAPPY BIRTHDAY ABAH. SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR, DIKUATKAN IMAN, DIMURAHKAN REZEKI, DIKURNIAKAN KESIHATAN TUBUH BADAN DAN KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT. AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN.














Sunday, July 11, 2010

Kek Birthday Waka Waka

Salam. Semalam penulis sekeluarga menyambut harilahir ayah mertua penulis (fil) yang ke 70. Semoga hidup ayah diberkati, dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan tubuh badan serta dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman hendaknya. Harijadi semalam juga diadakan serentak dengan suami adik ipar(sil) penulis. Sil telah menempah kek kukus coklat dan cheese (CNC) dan meminta dimakeupkan kek itu megikut tema bolasepak kerana kebetulan suami sil seorang peminat bola.


Kek CNC Waka-waka yang telah siap dimakeupkan

Semoga suami sil juga diberkati dan dirahmati Allah serta dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat. Apabila ditanya umur suami sil, beliau pada mulanya mengaku berusia 25 tahun manakala kali kedua ditanya soalan yang sama beliau menjawab baru berusia 5 tahun. Kami disini mengucapkan selamat hari lahir yang ke 35 untuk beliau.


Kek Kukus CNC - sebelum dimakeup

Kek CNC ini mendapat sambutan hangat dimajlis hari jadi tersebut dan amat sedap dimakan setelah disejukkan di dalam petisejuk untuk beberapa jam sebelum dihidang. Terimakasih kepada sil kerana menempah kek ini daripada kami dan kerana merupakan antara regular customer kami. Thank you for your support Salwa.



Mix n Match Choco Oreo

Penulis juga telah membuat choco oreo pelbagai corak - flora, haiwan, bebola dan luv untuk diberikan kepada anak-anak saudara yang hadir di majlis harijadi itu. Choco oreo merupakan biskut oreo yang disalut dengan coklat kompaun diluarnya serta amat sedap dan digemari kanak-kanak serta penggemar coklat. Choco oreo ini terdapat dalam 2 jenis iaitu dibungkus dalam plastik bag atau diletakkan di dalam kotak plastik serta sesuai sebagai doorgift atau dimasukkan ke dalam goodie bag.


Ingin menempah kek CNC atau choco oreo sila hubungi kami ya.

Monday, June 28, 2010

Kek Kukus CNC - Coklat N Cheese

Salam ukhwah di petang Isnin ini. Kali ini N3 pasal kek kukus pula. Kek kukus ini dibuat selepas beberapa perubahan pada resepi-resepi yang diperolehi di dalam dan diluar internet ini (dalam bahasa biasanya orang sebut 'bega') mengikut kesesuaian citarasa masing-masing.


Kek CNC selepas dikukus


Penulis telah membaca blog beberapa blogger antaranya Ummi Affaf dan mendapati gambar kek kukusnya amat menggiurkan. Terimakasih pada Ira kerana sebahagian resepinya banyak membantu penulis dalam menghasilkan kek yang sedap ini. Sebahagian resepi lagi diperolehi dari myresepi.com dan dari buku resepi yang dimiliki penulis.


Kek Kukus CNC selepas dipotong

Kek ini amat lembut dan moist serta sesuai untuk penggemar kek keju. Penulis meletakkan sedikit sari oren agar terdapat kelainan dari kek keju biasa manakala dasarnya terdiri dari kek coklat kukus (tanpa keju). Memang sesuai sebagai santapan dipetang hari bersama keluarga atau hi-tea bersama rakan-rakan anda. Bon appetite!!



Monday, May 24, 2010

Bila Datang Kerajinan

Salam. Kadang-kadang tu bila ada masa lapang dan datang mood rajin maka penulis akan mencuba resipi-resipi baru untuk menambah ilmu dan jenis-jenis produk yang ditawarkan. Bila dah minat tu ada sajalah alasan untuk baking membaking ni. Sebenarnya self satisfaction itu amat dirasai apabila kuih atau sajian yang dihasilkan berjaya, sedap dan dihargai oleh mereka yang merasanya. Kali ini dua produk dihasilkan.

Cheese buttercream Cupcakes


Produk pertama adalah cupcake dengan deco cheese buttercream. Asyik-asyik buttercream biasa saja kali ini kita cuba yang bercheese pula. Tukang rasa pula tentulah ahli keluarga terdekat. Ulasan-sangat disukai oleh penggemar cheese.


Coklat Biskut Oreo

Produk kedua pula coklat oreo luv dan flora. Memang sedap biskut oreo yang disalut coklat ini. Penulis telah memberi beberapa sampel untuk pelanggan yang telah menempah goodies dari kami. Feedback yang diperolehi amat memberangsangkan. Kira beruntung siapa-siapa yang jadi pelanggan waktu itu kerana kami memang akan memberi sampel sekiranya ada stok. Coklat biskut oreo ini boleh diletakkan di dalam clear plastic ataupun kotak individu dan sesuai sabagai doorgift atau untuk diletakkan ke dalam goodie bags untuk majlis harijadi dan sebagainya.