Showing posts with label CNC. Show all posts
Showing posts with label CNC. Show all posts

Friday, October 8, 2010

Tat Buah dan kek untuk Besday-Besday

Salam untuk semua pembaca.

Azleen, teman blogger blog 'sweet decor' telah berbesar hati menempah dari penulis tat buah dan kek harijadi untuk majlis harijadi ahli keluarganya.

Tat Buah - small but yummilicious

Saja penulis mengambil gambar tat dalam posisi begini kerana berasa bosan dengan gambar-gambar yang penulis ambil agak skema dan 'rigid' selalu. Azleen telah menempah 50 biji tat buah dari penulis. Penulis ingin berkongsi malumat iaitu sekiranya tat buah ini tidak dimakan dengan segera, ia hendaklah disimpan di dalam peti sejuk agar kelongsong tat kekal rangup dan inti kastadnya tidak rosak.


Kek CNC 4 Disney Princess

Kek kukus Choc N Cheese (CNC) ini ditempah untuk harijadi ibu, Afreena, Aina dan Tisya. Sesuai dengan edible imagenya iaitu 4 puteri. Penulis menambah deco buttercream ros besar dan kecil warna ungu dan kuning di atasnya dan sugar wafer berwarna warni di sisi kek itu agar kek kelihatan ceria.

Kek Spiderman Choc Moist
Azleen juga menempah kek coklat lembap, 1 kg, untuk sambutan harijadi ayah dan anak lelaki Azleen iaitu Ameer. Penulis meletakkan edible image orang labah-labah di atas kek dan dihiasi dengan sawang labah-labah dari buttercream juga sprinkle coklat warna warni dan coklat bulat warna warni di sisinya.
Selamat Harijadi dari kami di Mikaidamann untuk ahli keluarga Azleen yang menyambut ulang tahun pada tahun ini. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya.
Terima kasih daun keladi Azleen sebab sudi menempah dari kami. Sekiranya ingin menempah kek, tat ataupun cupcake lagi dari kami janganlah segan silu menghubungi kami ya.































Tuesday, October 5, 2010

Kek untuk Besday Danish

Salam ceria. Alhamdullilah, minggu ini kami dapat kembali meneruskan operasi kami seperti biasa. N3 kali ini adalah tempahan terakhir minggu lepas yang sempat kami terima itupun atas permintaan dari SIL penulis kerana ingin mengadakan majlis harijadi anak bongsunya Danish.

2 Biji Kek Untuk Besday Danish Yang Ke 2 Tahun

SIL penulis, Mieza pernah menempah kek dari penulis untuk harijadi anak sulungnya dulu dan kini beliau telah menempah 2 biji kek kukus CNC (Chocolate N Cheese) pula untuk si bongsu. Sebiji kek 1 kg dan sebiji lagi adalah untuk kek 1/2 kg.


Kek Transformer Danish

Untuk kek 1 kg. SIL telah meminta dideco dengan edible image kartun Transformer. Penulis telah menyalut kek ini dengan buttercream dan dihiasi dengan colored chocolate sprinkles di tepi dan beberapa biji kereta coklat di atasnya. "Autobots..Transform and Roll Out!!!!!"

Kek Spiderman Danish
Untuk kek 1/2 kg CNC Danish, penulis deco dengan edible image spiderman. SIL telah memohon imej kartun toy story tetapi tidak ditemui oleh penulis pada waktu itu. Deco sawang labah-labah dan coklat warna-warni dihujung kaki kek diletak oleh penulis untuk menceriakan kek ini.
HAPPY 2 YEARS OLD DANISH!!! Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, Maklong tak dapat hadir ke majlis Danish yang semestinya meriah itu. Harap Danish suka kek-kek yang Maklong buat ...

Terima kasih Mieza atas tempahan ini. Apa yang terlebih dan terkurang itu harap dihalalkan ya.



Sunday, August 22, 2010

Harijadi Abah Yang Ke 70 Tahun

Salam Ramadhan semua. Alhamdullilah semalam kami sekeluarga dapat pulang ke kampung untuk meraikan harijadi abah yang ke 70.

Abah di depan kek birthdaynya

Tahun ini harijadi abah disambut di dalam bulan ramadhan maka kami sekeluarga dan adik beradik serta keluarga masing-masing sepakat pulang ke kampung untuk meraikan berbuka puasa dan sambutan harijadi beramai-ramai.


Kek Kukus CNC Khas Abah

Penulis telah membuat kek kukus chocolate n cheese (CNC) dan kerana abah minat memancing di masa lapangnya maka deco kek adalah laut, pancing dan ikan serta ditabur dengan chocolate rocks serta disalut dengan buttercream. Kapal/bot memancing diletakkan di atas deco laut kek kemudiannya.



Selamat Harijadi ke 70 Abah (Atok)

Deco agak simple dan ceria (tetapi made with love) kerana kek ini kononnya dari cucu-cucu untuk atoknya.


Side Profile Kek Abah - made with love!!
Abah suka menaiki botnya untuk memncing ke laut apabila beliau merasa cergas dan sihat. Abah juga suka membawa anak-anak dan cucu-cucunya island hopping dipulau-pulau berdekatan pantai. Penulis telah menerjah lebih kurang 10 buah kedai untuk mencari kapal kecil sebagai deco diatas kek namun hampa. Rata-rata semua kedai yang diterjah tiada menjual kapal atau bot yang sesuai untuk kek saiz sederhana penulis. Akhirnya penulis memperolehi tugboat kuning dari sebuah kedai menjual barangan bayi. Alhamdullilah, itupun jadilah sebagai penghias kek. (Gambar bot ada di foto atas sekali). Semoga abah kembali sihat dan cergas dan dapat menjalani aktiviti dan hobi kegemarannya semula.



Coklat Mega Campuran
Memandangkan ramai yang dijangka hadir di majlis sambutan harijadi abah, penulis telah juga membuat campuran coklat pelbagai untuk dijamu semua yang hadir.
HAPPY BIRTHDAY ABAH. SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR, DIKUATKAN IMAN, DIMURAHKAN REZEKI, DIKURNIAKAN KESIHATAN TUBUH BADAN DAN KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT. AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN.














Friday, July 30, 2010

Kek Kukus CNC ~ Orang Labah-Labah!!!

Salam. Penulis agak keberatan sebenarnya menerima tempahan kek kerana pada penulis kek yang dibuat penulis biasa-biasa sahaja. Deco yang dibuat penulis taklah secanggih deco kek-kek yang dibuat oleh blogger-blogger lain. Tapi atas permintaan adik ipar (SIL) yang inginkan kek kukus chocolate n cheese (CNC) yang dibuat penulis maka penulis terima tempahan tersebut.


Kek Spiderman CNC

Kek orang labah-labah ini ditempah khas oleh SIL untuk anak sulungnya iaitu Harith sempena meraikan sambutan harijadinya yang ke 5. Harith amat minat kepada ultraman dan spiderman. Memandangkan penulis tak dapat menemui edible image ultraman selepas menerjah 2,3 buah kedai peralatan bakery, penulis akhirnya memperolehi edible image spiderman itupun merupakan stok terakhir di kedai tersebut.


Kek Besday Harith - Side Profile

Untuk kelihatan menarik penulis melukis deco sawang labah-labah pada kek besday itu. Maklumlah, labah-labah radioaktiflah yang bertanggungjawab menukar Peter Parker menjadi orang labah-labah aka Spiderman! Hasil deco tersebut - kek yang simple but nice!

Harap SIL dan Harith gumbira dengan kek ini. Happy 5th Birthday Harith!!! Pesanan dari Mak Long ~ 'with great power, comes great responsibility' tau.




Sunday, July 11, 2010

Kek Birthday Waka Waka

Salam. Semalam penulis sekeluarga menyambut harilahir ayah mertua penulis (fil) yang ke 70. Semoga hidup ayah diberkati, dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan tubuh badan serta dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman hendaknya. Harijadi semalam juga diadakan serentak dengan suami adik ipar(sil) penulis. Sil telah menempah kek kukus coklat dan cheese (CNC) dan meminta dimakeupkan kek itu megikut tema bolasepak kerana kebetulan suami sil seorang peminat bola.


Kek CNC Waka-waka yang telah siap dimakeupkan

Semoga suami sil juga diberkati dan dirahmati Allah serta dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat. Apabila ditanya umur suami sil, beliau pada mulanya mengaku berusia 25 tahun manakala kali kedua ditanya soalan yang sama beliau menjawab baru berusia 5 tahun. Kami disini mengucapkan selamat hari lahir yang ke 35 untuk beliau.


Kek Kukus CNC - sebelum dimakeup

Kek CNC ini mendapat sambutan hangat dimajlis hari jadi tersebut dan amat sedap dimakan setelah disejukkan di dalam petisejuk untuk beberapa jam sebelum dihidang. Terimakasih kepada sil kerana menempah kek ini daripada kami dan kerana merupakan antara regular customer kami. Thank you for your support Salwa.



Mix n Match Choco Oreo

Penulis juga telah membuat choco oreo pelbagai corak - flora, haiwan, bebola dan luv untuk diberikan kepada anak-anak saudara yang hadir di majlis harijadi itu. Choco oreo merupakan biskut oreo yang disalut dengan coklat kompaun diluarnya serta amat sedap dan digemari kanak-kanak serta penggemar coklat. Choco oreo ini terdapat dalam 2 jenis iaitu dibungkus dalam plastik bag atau diletakkan di dalam kotak plastik serta sesuai sebagai doorgift atau dimasukkan ke dalam goodie bag.


Ingin menempah kek CNC atau choco oreo sila hubungi kami ya.