Showing posts with label perkhawinan. Show all posts
Showing posts with label perkhawinan. Show all posts

Monday, November 28, 2011

CUPPIES CINTA - TEMA MERAH PUTIH

Salam Maal Hijrah...semoga tahun baru ini dipenuhi dengan kejayaan dan keberkatan hendaknya, insyaallah.

Cuppies buttercream tema merah putih ini ditempah oleh Puan Norwajiah (Jiji) sebagai hantaran perkahwinan. Terima kasih teramat sangat sebab sudi tempah dari kami. Semoga pasangan pengantin bahagia hingga ke anak cucu.


Thursday, June 23, 2011

KEK WEDDING UNTUK 2 PASANG MEMPELAI

Salam. Alhamdullilah, masalah teknikal telah dapat diatasi.

Salam ceria kepada semua. Agak lama tidak mengupdate blog. Blog kami mengalami sedikit masalah teknikal kebelakangan ini. Entry kali ini pula adalah mengenai 2 kek perkahwinan yang telah ditempah oleh regular customer kami iaitu Puan Nazira dari UIA.
Kedua-dua kek adalah untuk 2 pasang mempelai yang melangsungkan perkahwinan mereka ketika cuti sekolah baru-baru ini.
Kek adalah kek red velvet, diselaputi oleh ising buttercream dan dihiasi dengan bunga-bungaan sugarpaste. Tema warna bagi kedua-dua perkahwinan adalah hijau pucuk pisang.
Terima kasih daun keladi kepada Nazira kerana sudi menempah kek dari kami. Kami di sini ingin mengucapkan tahniah dan semoga kedua-dua pasangan mempelai bahagia hingga ke anak cucu.
Kepada yang berminat sila hubungi kami. Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 1 bulan awal.

Wednesday, April 13, 2011

1,500 KOTAK COKLAT PERKAHWINAN

Salam penuh kesyukuran. Jiran penulis yang baik hati ,Puan Rajes baru-baru ini telah menempah 1,500 kotak coklat sebagai doorgift perkahwinan.
Sebahagian dari 1,500 Kotak Coklat
Coklat yang ditempah adalah coklat duo iaitu coklat putih dan coklat susu yang mengandungi kekacang badam california panggang di dalamnya. Coklat tersebut diletakkan di dalam kotak metalik 2 kaviti yang menarik.
Batch Pertama
Menurut Puan Rajes, coklat penulis telah mendapat sambutan yang baik dikalangan hadirin majlis perkahwinan tersebut kerana rasanya yang enak dan buatan yang kemas. Terimakasih kepada Puan Rajes kerana sudi menempah dari kami serta mempromosi kami kepada para hadirin di majlis tersebut.
Close Up Coklat Duo - Coklat Putih dan Coklat Susu Berbadam Panggang
Bagi yang berminat untuk menempah, untuk tempahan besar sila hubungi kami 1 bulan lebih awal manakala tempahan biasa hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 5 hari dari tarikh dikehendakki.

Wednesday, February 9, 2011

MANISAN KASIH SAYANG

Salam sayang buat semua. Baru-baru ini penulis menerima tempahan coklat dari Puan Farehah.

Coklat Cinta

Amat romantik sekali kerana coklat yang ditempah ini adalah sebagai kejutan dari Puan Farehah untuk suaminya sempena hari ulangtahun perkahwinan mereka.


Ucapan Ungkapan Kasih Sayang

Coklat yang ditempah terdiri daripada coklat campuran (35 biji) pelbagai jenis iaitu coklat kismis, coklat warna beserta bertih beras, coklat susu berinti badam panggang, coklat praline stroberi dan coklat gelap bergabung dengan coklat putih.

Hadiah Istimewa Untuk Yang Tersayang
Semoga ikatan perkahwinan Puan Farehah dan suami bertambah erat hendaknya. Terimakasih kerana sudi menempah dari kami.





Friday, December 31, 2010

FANCY WEDDING CHOCOLICIOUS CHOCOLATES

Salam pengakhiran tahun 2010. Apa agaknya perancangan semua pada hari ini? Penulis dan keluarga tiada sebarang perancangan khas. Semasa penulis kecil dahulu, ayah penulis suka membawa kami ke taman tasik atau ke mana-mana sahaja untuk melihat pertunjukkan bunga api pada malam sambutan tahun baru.

Complete set : Chocolates + Box + Ribbons

Puan Faezah dari Universiti Islam Antarabangsa telah menempah coklat khas untuk perkahwinan adik beliau.


Maroon Ribbons and Silver Box

Beliau telah meminta kami membuat coklat fancy yang lengkap dengan riben. Bunga dan riben warna maroon telah penulis pilih kerana warna tema perkahwinan adalah maroon.

Mix Premium Chocolates - 35 pieces
Terdapat 8 jenis campuran coklat yang terdiri daripada coklat susu berinti kacang brazil premium disalut dengan foil coklat, coklat susu berinti kacang pistachio yang ditutup dengan coklat perisa epal, coklat susu berinti kacang badam panggang juga disalut dengan foil coklat, coklat gelap yang digabung dengan coklat putih, coklat susu berinti 2 biji kismis, coklat merah jambu digabung dengan coklat gelap serta berinti bertih beras koko serta coklat susu praline berinti stroberi dan praline berinti kopi.
Tulisan dari coklat kompaun kuning juga diletakkan diatas coklat fancy ini. Untuk pengetahuan semua, kami tidak menggunakan bahan pengawet dalam produk kami dan coklat-coklat yang diolah oleh kami dibuat segar dan cuma dibuat berdasarkan tempahan. Produk coklat kami juga mengandungi kekacang atau surihan (traces) bahan kekacang.
Terimakasih atas tempahan ini dan semoga Puan Faezah menyukai coklat khas yang telah kami hasilkan ini.





Sunday, October 24, 2010

COKLAT CINTA...LAGI!!!

Salam sihat. Kebelakangan ini ramai antara kita yang kurang sihat termasuklah penulis dan ahli keluarga penulis. Kesihatan mental dan fizikal amatlah penting. Kalau kita tak sihat, apa-apa pun tak dapat kita lakukan~fikir-fikirkanlah.

On a brighter note, love is in the air!!! Nampaknya musim kenduri-kendara kembali lagi. Baru-baru ini penulis menerima tempahan dari kenalan lama iaitu Puan Nikianis.

Coklat Cinta Ruby & E-one

Kalau tidak silap penulis, sepupu beliau bernikah hujung minggu yang lepas. Pengantin perempuan menempah coklat campuran, 35 biji untuk dibuat hantaran perkahwinan. Pengantin juga meminta disertakan mesej romantis di atas coklat tersebut. Penulis menggunakan kotak bertutup plastik lutsinar dan bahagian bawah kotak keemasan untuk coklat tempahan pasangan pengantin.

Selamat pengantin baru dan semoga Ruby & E-one bahagia ke akhir hayat. Terimakasih kepada Nik kerana menempah dari saya.

Untuk makluman, riben untuk kotak dan kotak mengikut tema/warna boleh disediakan dan bayaran dikenakan adalah berdasarkan pilihan yang dibuat. Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh produk dikehendakki.

Monday, September 27, 2010

CUPCAKE IKATAN CINTA ZILADI

Salam kepada semua. Sabtu lepas, seorang pelanggan kami iaitu Adi yang pernah menempah cupcake pertunangan telah menempah cupcake hantaran pernikahannya pula.


Cupcake Cinta ZILADI

Memandangkan tema bagi hantaran pernikahan adalah berwarna hitam putih, Adi telah menempah 25 biji cupcake dengan warna-warna tersebut. Cupcake ini akan dibawa ke majlis pernikahan yang diadakan di Kuala Pilah.

Gabungan Warna Hitam, Putih, Merah dan Perak
Penulis telah membuat cupcake di deco buttercream putih dan di hiasi dengan sedikit sugar paste bunga dan hati berwarna merah serta diceriakan dengan manik manik gula berwarna perak. Deco bunga ros hitam juga diletakkan di antaranya. Adi juga meminta dituliskan ungkapan "SELAMAT PENGANTIN BARU ZILADI" iaitu gabungan nama beliau serta bakal isterinya. Kesemua cupcake penulis letakkan di dalam kotak bertingkap khas yang sesuai sebagai hantaran perkahwinan.

Close Up Deco Cupcake ZILADI
Terimakasih Adi kerana menempah dari kami. Kami di Mikaidamann mengucapkan tahniah kepada Adi serta isterinya dan kami doakan anda berdua semoga bahagia ke anak cucu!!!.





Saturday, June 12, 2010

Cupcakes For The Holidays

Selamat bercuti-cuti kepada yang bercuti dan selamat menonton piala dunia kepada peminat-peminat bolasepak. Nampaknya demam bole sepak telah bermula. Negara mana agaknya akan menjadi juara dan menjulang piala dunia pada kali ini agaknya? Penulis sengaja menyebut piala dunia walaupun catatan hari ini tiada kaitan langsung dengan piala dunia tapi mungkin kerana tempahan cupcakes kali ini dibuat oleh Nazira yang merupakan seorang peminat bolasepak.


Cupcake Hello Kitty & Mickey/Minnie

Nazira telah menempah cupcakes cartoon diatas untuk makan-makan beramai-ramai bersama anak-anaknya dan menurut beliau cupcakes yang ditempah akan dibawa ke terengganu. Nampaknya cupcakes kami akan merantau nun jauh ke ganu kita. Semoga anak-anak Nazira gembira dengan cuppies ditempah oleh mama mereka. Tempahan ini juga merupakan repeat order dari Nazira yang pernah menempah cupcake birthday untuknya sebelum ini.




Cupcake Deco Buttercream


Selain cupcake edible image cartoon, Nazira juga menempah cupcakes deco buttercream untuk dihadiahkan kepada pasangan pengantin baru di terengganu kelak. Beliau meminta dituliskan 'Selamat Pengantin Baru' serta deco floral untuk selebihnya. Hasilnya adalah seperti dalam gambar di atas. Harap Nazira berpuashati dengan deco yang dibuat dan kami mengucapkan tahniah kepada pengantin baru yang akan menerima cuppies ini. Semoga pasangan itu berkekalan ke akhir zaman.

Terima kasih kami ucapkan kepada Nazira di atas repeat order cupcakes ini dan selamat cuti-cuti Malaysia di terengganu!!!

Wednesday, June 9, 2010

Kisah Coklat Lagi

Nampaknya coklat dan perkhawinan/pertunangan tak dapat dipisahkan. Tempahan coklat kali ini dibuat oleh 2 individu berbeza. Tempahan pertama dari Puan Poziah yang telah pernah menempah coklat hantaran juga pada minggu lepas. Untuk tempahan kali ini beliau telah meminta coklat-coklat tersebut diletakkan di dalam kotak berwarna emas kerana warna tema hantaran perkhawinan yang akan dijalankan adalah gold/emas. Menurut empunya badan coklat ini akan dibawa pulang ke kampung bersamanya. Semoga Puan Poziah berpuas hati dengan coklat dari kami dan beliau selamat sampai ke destinasinya.


Coklat Hantaran/Hadiah - 35 pieces (kotak khas perak/emas)



Tempahan kedua datangnya dari Puan Saadah. Penulis tidak sempat bertanya dengan lebih lanjut samada coklat ini juga adalah sebagai hantaran untuk dihadiahkan kepada bakal pengantin atau untuk dinikmati bersama-sama dengan keluarganya. Apapun kami telah meletakkan coklat tempahannya di dalam kotak khas yang menarik berwarna perak. Coklat campuran ini juga seperti yang ditempah oleh Puan Poziah iaitu terdiri dari campuran coklat praline stroberi/coklat ganache/kopi, coklat berbadam, coklat berkismis serta coklat mengandungi kulfi badam.
Terimakasih kepada Puan Poziah dan Puan Saadah di atas kesudian menempah dari kami.
Untuk makluman semua produk coklat kami mengandungi kekacang atau surihan kekacang (all our chocolate product contains nuts or traces of nuts). Untuk menempah produk coklat kami yang homemade, halal serta lazat ini sila hubungi nombor handphone yang tertera di blog ini atau sms/emel kami untuk sebarang pertanyaan mahupun tempahan.


Friday, June 4, 2010

Musim Kenduri Kendara Kembali Lagi

Nampaknya sejak 2,3 minggu yang lepas banyaklah pasangan-pasangan yang bertukar status, dari single mingle ke sorry i dah berpunya. Alhamdullilah, semoga pasangan-pasangan yang melangsungkan perkahwinan/pertunangan pada bulan lepas dan bulan ini bahagia dan berkekalan ke akhir zaman.

Tempahan yang banyak diterima pada musim sebegini semestinya coklat hantaran. Samada untuk pertunangan mahupun perkhawinan.


Choc Mix 35 pieces - Hantaran/Perkhawinan

Kali ini tempahan dibuat oleh Puan Poziah yang ingin membawa pulang ke kampung coklat hantaran tetapi penulis terlupa pula untuk siapa coklat ini. Memandangkan ianya sebagai salah satu hantaran, penulis sengaja menyusun coklat-coklat berbentuk hati seperti tertera di gambar sebagai simbol kasih sayang antara pasangan. Choc mix ini terdiri daripada coklat berbadam, coklat berkismis, coklat praline stroberi, coklat praline kopi dan coklat stroberi dengan kulfi badam.

Terimakasih atas tempahan dan diharap Puan Poziah berpuas hati dengan coklat ini serta Selamat Bertunang/Berkahwin untuk pasangan yang menerima coklat ini, ikhlas dari kami di jommakanlah.blogspot.com.