Sunday, July 25, 2010

CHOCOLATES N CUPCAKES TOGETHER-GETHER

Salam. Nampaknya ramai kalangan kita dapat merapatkan silaturrahim dengan menghadiri 'reunion/gathering' yang kerap diadakan sepanjang tahun kini. Dengan wujudnya teknologi maklumat makin mudah untuk kita menghubungi teman-teman yang telah lama tidak bersua. Penulis sendiri melalui 'facebook' dapat menghubungi semula kawan-kawan zaman sekolah rendah yang telah lebih 20 tahun terputus hubungan.


Floral Pink Buttercream Cupcakes

Tempahan kali ini dibuat oleh kakak ipar (SIL) penulis iaitu Dr. Hartati. Beliau menempah cupcakes dan coklat untuk dibawa ke perjumpaan dengan teman-teman lamanya. SIL tidak menetapkan konsep deco untuk cupcakesnya maka penulis dengan senang hatinya membuat deco kegemaran penulis iaitu tema flora. 2, 3 hari ini pula warna merah jambu menjadi warna pilihan penulis jadi bunga-bungaan di cupcakes diwarnakan warna itu dan warna putih pula untuk memberi sedikit kontras agar deco tidak tenggelam dengan warna merah jambu sahaja.


Mix Chocolate - 35 pieces

SIL juga menempah coklat pelbagai yang tentunya menggembirakan teman-temannya. Terdiri daripada coklat praline stroberi, praline coklat, badam, kismis, khulfi badam dan rice puff beserta coklat warna, teramatlah sesuai dikongsi bersama teman-teman tersayang.



Kotak Lutsinar dengan Bahagian Bawah Keemasan

Coklat yang ditempah SIL diletakkan penulis di dalam kotak khas lutsinar agar produk iaitu coklat yang amat chocolicious dan telah disusun dengan cantik dapat dilihat dengan jelas. Minta maaf gambar agak kurang menarik kerana penulis cuma menggunakan kamera handphone dan gambar telah diambil pada waktu malam. Terima kasih teramat sangat kepada Kak Tati atas tempahan dan diharap rakan-rakan Kak Tati menikmati chocolate n cupcakes together-gether ini!!!





2 comments:

  1. salam.. rajinnnya buat choc. pasti sedap kan?

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam, insyaAllah sedap Kak Pah. Homemade plus dibuat dgn penuh kasih sayang...hehe. Tak caya cuba order dgn saya...*lol*...sempat promo lagi nih...

    ReplyDelete