Wednesday, July 21, 2010

Choco Oreo Anyone???

Salam everyone. Harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Pagi ini n3 mengenai satu produk coklat yang comel lagi sedap iaitu CHOCO OREO.


CHOCO OREO Pelbagai warna dan corak

Choco oreo ini merupakan coklat kompaun yang mengandungi biskut oreo di dalamnya ataupun dari sudut lain, biskut oreo inti vanilla yang diselaputi oleh lapisan coklat kompaun yang lazat dan enak diluarnya serta terdapat pelbagai corak menarik di permukaannya. Antara corak yang ada adalah love, bunga (flora), haiwan dan pelbagai bola. Choco oreo boleh ditempah samada dalam beg plastik lutsinar ataupun kotak plastik.

Tempahan kali ini dari seorang pensyarah iaitu Puan Nora Ahmad, yang semestinya amat disayangi oleh pelajar-pelajar dikelasnya. Puan Nora telah menempah 80 keping choco oreo khas untuk anak-anak muridnya. Bertuah sungguh pelajar-pelajar beliau. Puan Nora sebelum ini pernah menempah coklat untuk suami tersayang. Terimakasih banyak-banyak kepada Puan Nora dan kenalan beliau Puan Nazira di atas tempahan ini.

Penulis teringat akan arwah mak penulis yang juga merupakan seorang pengajar (cikgu). Allahyarhamah iaitu Cikgu Fatimah amat kerap memberi murid-muridnya terutama yang tidak berduit makanan, duit belanja, pakaian malahan buku-buku. Beliau amat disayangi oleh anak-anak muridnya dan masih diingati oleh mereka sehingga kini. Semoga roh mak penulis dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Untuk menempah choco oreo dan sebarang pertanyaan sila hubungi nombor yang tertera di blog ini.

4 comments:

  1. agak agak satu biji ni brape harge nye yerk..

    ReplyDelete
  2. Salam..ni ke yg tanya pasal choco oreo kat shout box tu? ingat nak explain kat emel but kat sini pun bole. Dlm box - $2.50/pc. Dlm clear plastic bag - $2.30/pc. Min. Order 40 pieces. If order 100pcs n above ada discount. If ada apa2 lagi soalan infola akak ya!

    ReplyDelete
  3. nak resepi bole>?

    ReplyDelete
  4. Nak resepi apa tu dik??? If resepi choc oreo kena berguru dik..cuba try Ida Bakery. Blog dia ada kat blog akak ni...
    btw..sebab ada request turunkn jumlah min choo oreo maka akak turunkn ke minima 25 pieces ye dik. btw, adik takde blog ke? bagila alamat blog kat akak.

    ReplyDelete