Tuesday, March 8, 2011

NASI ARAB MAGLUBAH SANTAPAN RAMAI

Salam ceria dan Selamat Hari Wanita. Seorang sahabat yang bekerja di putrajaya iaitu Puan Mazni telah bermurah hati untuk berbelanja rakan-rakan sekerjanya makan nasi arab kami pada Jumaat lepas.

Nasi Arab Maglubah Ayam

Penulis telah menghantar nasi arab kami ke pejabat beliau. Untuk pengetahuan semua, kami ada menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan ke kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Puan Mazni sebelum ini pernah menempah coklat dan cupcake dari kami. Terima kasih kepada Puan Mazni kerana sudi menempah dari kami.


Nasi Arab Maglubah Bungkusan Individu

Minima tempahan adalah sebanyak 15 pax. Nasi arab maglubah kami boleh ditempah dalam bentuk bungkusan individu ataupun di dalam periuk (loose) untuk hidangan ramai. Nasi arab maglubah kami terdapat 3 jenis iaitu Ayam, Kofta Daging Lembu dan Kofta Daging Kambing.

Nasi arab maglubah kami tiada bahan pengawet atau MSG serta kami menggunakan rempah ratus yang diimport. Tempahan hendaklah sekurang-kurangnya 5 hari dari tarikh dikehendakki. Sila hubungi kami untuk tempahan atau sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment