Thursday, August 5, 2010

Cupcakes Besday Harith Pulak

Salam. Hari tu penulis telah menulis satu n3 mengenai kek besday orang labah-labah anak saudara penulis iaitu Harith. Kali ini pula mengenai cupcake yang ditempah oleh adik ipar (SIL) juga untuk anak sulungnya itu.


Cupcakes untuk Harith

"Harith, mak long dah mencari merata-rata, tak juga dapat gambar ultraman yang Harith nak, maka cupcake ni juga orang labah-labahla ya Harith!!!" Cupcake ini ditempah oleh SIL untuk dibawa ke tadika Harith. SIL telah menempah 30biji cupcakes iaitu 20 cupcakes edible image spiderman dan 10 cupcakes buttercream untuk cikgu-cikgu Harith. Ye la, takkan cikgu-cikgu nak makan cupcake spiderman pulakkan.


Cupcakes Orang Labah-Labah (close up)

Untuk cikgu-cikgu, penulis membuat deco campuran iaitu flora dan kotak hadiah memandangkan mungkin terdapat gabungan cikgu lelaki dan cikgu perempuan sebagai tenaga pengajar Harith.


Cupcakes Untuk Cikgu Tersayang

5 cupcakes untuk cikgu, penulis letakkan bersama di dalam kotak cupcakes orang labah-labah, manakala 5 lagi diletakkan dalam bekas plastik seperti diatas. Diharap pelajar-pelajar kelas Harith suka dengan cupcake orang labah-labah ini dan cikgu-cikgunya pula menikmati cupcakes deco dari penulis. Terimakasih ya Mieza atas tempahan ini. Lain kali boleh order lagi dari akak ya!!!





No comments:

Post a Comment