Tuesday, August 3, 2010

LECTURER KESAYANGAN

Salam. Puan Azlah, deputy head biology dari UIA telah menempah cupcakes untuk pelajar-pelajarnya. Beruntung sungguh pelajar-pelajar beliau.

Buttercream Cupcakes (small roses deco)

Memandangkan deco bagi tempahan kali ini diserahkan kepada penulis maka dengan gumbiranya penulis membuat deco ros kecil dihiasi dengan daun-daun atau corak kehijauan. Tema warna pula adalah merah/hijau/putih. Terima kasih daun keladi kepada Puan Azlah dan diharap Puan Azlah gembira dengan hasil deco ini.


25 pieces Cupcakes dalam Kotak Bertingkap

Penulis meletakkan kesemua cuppies(cupcake) di dalam kotak khas bertingkap dan mempunyai lapisan lubang cuppies di dalamnya agar kelihatan menarik dan memudahkan penghantaran cuppies kerana lubang-lubang di lapisan dalam kotak memastikan cuppies tidak mudah terjatuh. Kotak ini juga sesuai sekiranya ada keperluan untuk membawa cuppies ini ke tempat-tempat berjauhan (travelling).

Cupcakes kami adalah halal serta dibuat dengan bahan-bahan yang segar dan berkualiti. Pada yang ingin menempah cupcakes seperti ini sila hubungi kami ya.

No comments:

Post a Comment