Friday, January 7, 2011

FRUIT TARTS ANYONE???

Salam hujung minggu. Semoga hujung minggu kita dipenuhi dengan keceriaan. Baru-baru ini penulis menerima tempahan tat buah. Setelah berbalas-balas sms rupanya Puan Hani yang ingin menempah dari penulis merupakan jiran di kawasan perumahan penulis dan tinggal agak berdekatan sahaja.


Tat Buah - Fruitilicious

Puan Hani telah menempah tat buah yang kecil tapi mengancam ini untuk jamuan di pejabat beliau nun di putrajaya sana.



Untuk makluman semua, tat buah seelok-eloknya dimakan pada hari sama ia ditempah. Ini untuk memastikan kelongsong tat rangup serta kastadnya segar. Tat yang tidak dimakan segera hendaklah disimpan di dalam peti sejuk untuk memelihara kesedapannya dan memastikan ia tidak rosak kerana kastad tat mengandungi susu.

Salam perkenalan dan terimakasih daun keladi kepada Puan Hani atas tempahan ini.

2 comments:

  1. aida, meleleh dah air lio tengok tat tu. apasallah kakpah makin dah malas nak masak ni.....

    ReplyDelete
  2. auntiekakpah bz..takde masa nak masak2 hehe..er...besday kek ada lebih tak kakpah..nakkkkkkk :-)

    ReplyDelete